Followers

Monday, 28 October 2013

Malang Tidak Berbau

Lame dah tak berupdate tibe tibe je tajuk sedikit saspen. #agaknyelaaaa

Aku ni selame ni mmg pergi keje bawak kereta tapi sebabkan minyak naik, aku pun bawak la motor. Eh tapi sebelum minyak naik aku dah bawak motor. Lebih kurang dah 4 bulan jugak aku pergi keje bawak motor. Aku amek keputusan bawak motor sebab nak tolak tambah darab bahagi semua mmg sangat jimat tang duit petrol kalau aku pergi keje bawak motor.

Aku dari rumah nak hantar anak anak ke rumah mak aku dah berapa km, lepas tu dari rumah mak aku nak ke office pun dah berapa puluh km, jauh la kan, lagi pulak kereta laki aku tu kuat benor makan minyak la oi. Lagi azab baru baru ni minyak naik harga, bertambah la peluh jantan yang keluar ha. Sebab tu bincang dengan husband dan ambik keputusan untuk pergi keje naik motor. Motor wave 125 lakiku tu letak kat rumah mak. So aku just bawak kereta dari rumah nak ke rumah mak menghantar budak budak. Lepas tu pergi keje naik motor dari rumah mak. Dapatku rasai perbezaannya bebeh!

Tapi tu la kan orang kata malang tak berbau. Kalau berbau awal awal lagi ku da elak jebat. Pagi Selasa tu mcm biasa lepas hantar anak anak kat rumah mak aku, terus aku pergi keje naik motor.

Nak dipendekkan cerita entah mcm mana masa aku belok nak masuk simpang ke tempat keje, kereta dari arah bertentangan pun main masuk je simpang sama. Kenapa la gelojoh sangat? Tunggu lah adek ni masuk simpang dulu, baru la ko masuk, aku ni naik motor bhaiii.. So lepas tu bergesel la kan dan aku ni yang malang, jatuh la kan terseret atas jalan tar tu ha. Mula mula kena mmg la tak rase ape kan. Kat simpang tu ada kedai ayam, kedai jual ayam maksudku. Ayam untuk dimasak dimakan untuk lebih details (takut uolls pk "ayam" lain pulak LOL). So orang yang dekat kedai ayam tu ada 3 orang la yang membantu aku. Angkat motor dan tolong aku sebab mase tu selipar entah ke mana, beg entah ke mana. So nasib baik mereka membantu dan menolong ambik beg dan kasut aku dan berikan kepadaku. Terima kasih ye semoga Allah saja yang membalas jasa baik kalian.

Lepas jatuh tu aku mcm tak dapat nak pikir apa apa pun, bila orang yang keje dekat kedai ayam tu suruh call someone, baru aku capai phone dalam beg dan terus ku dail nombor suamiku. Reaksi dia jangan cakap la, mmg terkejut habis. Tak sampai 10 minit pun dia dah sampai. Ntah berapa laju dia bawak kereta. Suami bawak aku pergi klinik dulu semua. Masa nurse nak cuci luka aku mmg takut.. Takut pedih takut sakit. Tapi alhamdulillah tak rasa ape pun. Lepas tu doktor inject, pun tak sakit. Hehehehe

Lain lain aku malas nak cerita.. Nah bagi korang tengok luka masa mula mula jatuh dan luka lepas 3 hari. Lagi azab ok lepas beberapa hari, kaki membengkak dah mcm ape, nak jalan punye lah seksa, solat apetah lagi. Phewwww!



Atas ni mase baru je kena. Baru lepas balik dari klinik masa ni. Kiranya masih fresh lagi luka ni. :D
Aduh tengok balik gambar ni teringat balik rasa pedih tu. Mahu tidak, terseret atas jalan tar kan, mmg "sangat sedap" laaaa.



Gambar luka ni pulak sebelah petang lepas aku urut. Oh ye lupa cakap petang lepas jatuh tu aku terus je pergi berurut sebab jatuh terhempas atas jalan kan, mesti akan rasa sakit sakit badan. Mase urut tu mmg agak sakit la tapi takde la sampai tak tahan, sebab baru kena je aku terus urut kan. Tapi esok paginya aku bangun tidur amek kau sakit jugak 1 badan terutama kat leher dan bahu.



Ini pulak keadaan luka selepas 3 hari. Kaki mmg membengkak sangat sangat, nak berjalan mmg sangat susah apetah lagi mase solat. Boleh nampak kan beza kan? Yang dekat tapak tangan tu mmg sangat bisa, tapi luka luka tu semua dah kering cuma masih lagi rasa sakit terutama bahagian kaki tu. Allah je yang tahu mcm mana rasaya.

Syukur alhamdulillah takde luka luka lain selain dari luka dekat tangan n kaki ni. Maybe atas faktor baju sweater yang aku pakai agak tebal dan aku menahan guna tangan sebab tu tapak tangan je luka, lain lain anggota badan tidak terjejas.  Syukur..

Suami aku mmg melarang aku naik motor lagi tapi aku kan degil.. Hehehe.. Mase dia cakap lepas ni pergi keje naik kereta semula tak payah nak bawak motor lagi, aku pun "saya bantah Yang Arif!".. Mihmihmih hangin je member. Sebenanrnya naik ape sekalipun kalau dah mmg tertulis, kita tak boleh nak elak lagi dah. Skrg ni cuma perlu lebih berhati hati dan berwaspada la.. Kadang kadang kita dah habis hati hati pun kena jugak kan. Macam kes aku ni la.

So lepas ni kena pandai jaga diri sebab kemalangan boleh terjadi di mana mana. Mintak dijauhkan dariku dan seluruh keluargaku ya Allah! Amin.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers