Followers
Tuesday, 8 October 2013
Genap 4 Tahun
Syukur alhamdulillah, hari ni 8 Oktober 2013 genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Imbas balik 4 tahun lepas, 8 Oktober 2009 kami dinikahkan. Waktu tu umur aku baru 21 tahun dan suami 22 tahun. Muda lagi dah kawen kan. Mihmihmih
Seronok kawen awal ni. Walaupun masih lagi mentah waktu tu, alhamdulillah bahagia rumahtangga kami. Kena ada tolak ansur, kena ada persefahaman, kena tahu tanggungjawab, kena ada rasa mempercayai. Ape pun salah sorang kena mengalah dalam apa jua situasi. Kalau dalam keadaan genting dan salah sorang tak boleh mengalah, dua dua better diam sampai keadaan cool kembali. Itu aku la tu selalu buat. Aku yang selalu buat suami marah lepas tu aku sendiri yang sakit hati, dah sakit hati tu terus merajuk pulak. Bila suami tak pujuk, nak sentap sentap padahal si suami tengah marah jugak. So ape lagi, diamkan diri je la sampai keadaan back to normal dan mase tu boleh la say sorry.
Sempena ulangtahun perkahwinan ni aku tak mintak apa apa pada suami. Aku cuma nak dia bahagiakan aku dan anak anak sampai bila bila. Nak dia jadi suami yang lebih bertanggungjawab, menghargai diri aku dan menyayangi diri aku sampai bila bila. Kalau aku dah tua kerepot muke kedut kedut kalau dia tak sayang lagi, siap la dia.
Ada perancangan nak keluar berdating berdua dengan dia tapi aku kena double confirm dengan mak aku untuk tolong jagakan anak anak aku. Mase aku usulkan nak dating berdua, suami dah rasa malas sebab dia tak boleh anak anak tak dibawa bersama. Aku kenal sangat dia tu. Susah kalau nak kami keluar berjalan tak bawak anak. Macam rase bersalah gitu ke ape tak pasti la, yang pasti dia mmg jenis payah nak jalan tinggal anak. Tapi kalau dia berjalan dengan kawan kawan, takpe pulak tak bawak anak bini kan, tak rase bersalah pulak dia kan.
Doaku untuk rumahtangga dan perkahwinan ini, semoga akan kekal hingga ke jannah, semoga kekal bahagia bersama anak anak untuk selamanya, sentiasa dilimpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan sentiasa dimurahkan rezeki buat keluarga kami. Aamiin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment