Followers

Saturday, 19 January 2013

Afiq Danial 3 Bulan

Alhamdulillah sudah 3 bulan usia my baby boy.. Perkembangan untuk sebulan & 2 bulan terlajak sudah. Takpelah, kita terus je melangkah ke 3 bulan. 

Perkembangan Danial di usia 3 bulan ni, beratnya sudah mencecah 6.2kg! Semangat bam2.. Geram sangat dengan dia. Tembam sangat. Lebih2 lagi bila bukakan baju dia nak mandi. Mak aiii semangat sangat sampai aku mcm nk gigit2 terutama kat bahagian peha. No wonderlah aku cepat penat bila dukung dia dalam masa yang lama. Berat dah nak sama akak dia dah. Tentang kakak dia akan aku cerita di lain entry. 

Ramai yang cakap Danial tak macam baby berusia 3 bulan. Mana tak nya, badan dia bulat bukan main lagi. Dah macam baby 5-6 bulan. Kuat menyusu kooooo. Kalau menyusu badan tu, mesti nak lama2 sampai setengah jam. Naik kematu bontot bila menyusukan dia secara duduk. 

Masa dia lahir berat dia 3.05kg. Umur sebulan berat dia naik banyak jugak jadi 5.4kg. Ni sekarang dah jadi 6.2kg. Fuhhh mmg champion lah kamu.


Danial jugak dah pandai ketawa mengekek2 bila kita agah dia. Dabel sukeeeeeeeeeeee! So skrg bila balik keje je mesti akan ku terpa Danial. Tapi tak boleh nak agah dia sangat2 takut tidur malamnya tu nanti dia mengigau pulak. Kalau ayah dia yang agah lagi dia suka. Ayah dia buntangkan mata ngangakan mulut pun dia dah boleh ketawa. Heran aku. Anak ayah lah tu kenkonon kannnnnnnnnnn. 

Baju dia banyak dah tak muat. Yang size newborn mmg kirim salam lah ye. Semua dah sempittttttttt. Aku skrg mmg beli size besar dari umur dia. Selalunya aku beli size 6 bulan ke atas. Percayalah bahawa baju size 6 bulan pun dia dah pakai ngam2 je. Cepat sungguh kamu membesar ye! Yang mana baju kakak dia yang ala2 unisex tu aku recycle balik. Romper kakak mmg banyak sangat! Aku belasahkan aje pakai. Kat rumah je takpe. Pink2 lagi banyak. Tapi apa ku kesah. Tak berdosa pun kan. Asalkan aku tak pakaikan gown n skirt sudehhhhhh. Hewhew

Danial suka main air liur! Aku tak tahulah dia suka main air liur ke atau dia tak reti nak menelan air liur tu, tu pasal meleleh2 sampai basah baju. Orang2 tua kata kalau air liur meleleh tu maknanya masa mengandungkan dia, si ibu tak dapat makan something yang diidamkan. Tapi seingat aku, masa mengandungkan Danial, aku tak ada mengidam apa2 makanan pun. So kesimpulannya, Danial yang tak pandai nak menelah air liur. Kalau dia baring, elok pulak takde nak meleleh2. 


Selain tu, Danial mmg dah bercampur minum susu tepung. Sejak aku dalam pantang lagi aku mmg dah bagi dia susu tepung. Bukan aku nak kata malas pam taw. Sekarang ni bila aku bekerja mmg Danial menyusu susu tepung je. Kalau waktu malam atau waktu aku tak bekerja, mmg aku bf dia takde bagi susu tepung. Aku bagi susu Dutch Baby Langkah 1. 

Sejak dua menjak ni pulak aku tengok dia makin galak nak belajar meniarap. Tapi mmg selalunya fail pun. Tak pernah berjaya kalau aku tak tolong tolak bontot dia. Takpe2, baru 3 bulan kan, mmg belum lagi waktunya kot. Kakak Dhia dulu pun 4 bulan lebih baru reti meniarap. Tak kisahlah lambat ke cepat janji sihat n normal perkembangannya. 


Siang hari Danial tidur dalam buaian. Buai pulak buai karen berenjut sendiri, mmg lenalah dia tidur. Tidur dalam buai mmg bedung. Pernah kadang tak bedung sebab cuaca panas, tapi tidurnya sangat kejap. Buai kan berenjut, mungkin dia terperanjat2 lah kot. Kalau malam mmg tidur bawah sebelah aku dan tak bedung. Malam dia tidur melasak. Kadang mengiring ke kiri, kadang ke kanan, kadang terlentang. Nanti elok2 aku bantalkan dia, celik2 mata kang tengok bantal dah hilang. Mmg lasak anak bujang aku ni tidur. Eh anak dara aku tu pun sama jeeeee tidur mmg melasak. Nasib aku lah tersepit sebab diapit oleh anak2. >.<

Ok buat masa ni tu je lah perkembangan Danial. Akanku update dari bulan ke bulan, inshaAllah. 

P/S : Febuari akan menyusul tak lama lagi, bakal menginjak ke angka 25. Terase semacam sudah tua. :p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers