Ok, entry ni sepatutnya aku post minggu lepas.. Tapi disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, aku perapkan aje dalam draft.. Skrg ni baru ade rase kerajinan nak postkan entry ini..
Jalan-jalan di BP Mall aje.. Ayah Dhia sibuk nak pergi memancing, dia ajak aku n Dhia sekali.. Tapi tak kuasa aku nak menunggu dia memancing kat kolam ikan tu 3 jam.. Jadinya, aku bawak sekali akak n adik aku.. Hantar suami sampai kedai makan je sbb kawan dia dah tunggu kat situ..
My sayang yang sangat happy dapat berjalan ke mall buat pertama kali sejak dapat kaki.. Maknyanya ini kali pertama dia berjalan sendiri di shopping complex.. Sebelum ni naik stroller je.. :) |
Terus kami ke BP Mall.. Dhia punya reaksi? Of course teruja.. Didukung tak mahu, dipimpin tak mahu, nak jalan sendiri.. Kita kena follow dia, bukan dia follow kita.. Yang lagi fengsan, dia suka jalan ke depan lepas tu patah balik.. Bila kita tarik dia jalan ke depan jangan patah balik, dia ngamuk2 duduk atas lantai.. Ayoyooo sayang, pitam ibu mcm ni..
Aku n kakak a.k.a Auntie Ngah.. Dia masih bujang tapi udah berpunya ye.. |
Dhia mmg suka pergi ke tempat yang ramai org.. Aku pun pelik sebab biasanya budak2 ni mana suka pergi tempat yang ramai org ni, rimas kan.. Tapi anak dara aku lagi suka.. Kalau ada org tegur dia lagi dia suka lepas tu tersipu2.. Aku pun tak tahu dia ikut perangai gedik sapa.. Auntie Ngah dia mungkin.. Errr =p
Dhia dan belon |
Jalan punya jalan, jumpa ada 1 kedai jual belon yang selalu badut main tu.. Belikan untuk Dhia n Ucunye sekali.. Dapatlah dukung dia sekejap sebab dia leka dengan belon tu.. Kalau tak asyik nak berjalan sendiri.. Penat kita mengejar dia.. Biar penat dukung dia daripada penat kejar dia.. :)
Saye ade belon.. Tapi pegang terbalik.. Jenuh ibu pusingkan bagi pegang yang betul, dia tetap pusingkan balik.. |
Ucu pun kena belikan 1.. Kalau tak merajuk.. Budak lelaki pun nak merajuk.. Huh |
Tapi sekejap je lah nak didukung.. Tak sampai 10 minit dah mintak turun.. Follow aje lah daripada dia mengamuk 1 mall tu kan.. Happy je dia kan dapat jalan sendiri.. Tak hirau dah ibu dia.. Yang buat aku tak menahan bila dia jalan sendiri, setiap 1 kedai dia masuk.. Penat taw kami follow dia.. Bila masuk kedai pulak apa barang yang boleh dicapai, dia capai.. Tak ke pengsan mcm tu? Aku tengok anak orang lain ok je jalan berpimpin tangan dengan mak ayah dia.. Anak aku ni je tak nak dipimpin.. Takpe, mentanglah baru dapat kaki kan..
Sgt tekun dia mamam sekerim tu.. Diam je bila letak atas troli ni.. Kalau tak, kompem dia dah meronta-ronta nak turun berjalan sendiri.. |
Dhia dan ibu.. Ibu comot.. Bulatnya mata kamu sayang! |
Naik ketapi pun rilex je tak meronta-ronta.. Elok je dia abeskan mamam keropok sekerim tu.. Mmg leka betul dia mamam.. Senang sikit ibu dia ni.. |
Ibu kena interframe banyak kali.. Hihi!! Dhia tengah pelik tengok dalam handphone ada dia, dalam cermin pun ada dia.. |
Layan punya layan si kecik tu berjalan, rupanya tak sedar masa berjalan pantas.. Dah dekat 2 jam lebih dah kat dalam tu.. Seronok jugak melayan si kecik tu sebab alih2 dah pukul 5 petang dah..
Sebelum tu pergi tengok ayah Dhia memancing dekat kolam ikan kejap.. Tapi disebabkan ngantuk, Dhia boleh mengamuk pulak kat situ.. Terus kami pulang dulu.. Ayahnya nanti balik naik kawan dia je.. Masuk kereta je, bagi susu terus tido si kecik tu.. Kepenatan sangat lah tu berjalan je..
Muka Dhia yang dah kepenatan + ngantok.. Tu yang dia meragam kat sini.. Terus ayah dia suruh balik dlu.. |
Hujung minggu ni ingat nak bawak Dhia jalan2 dekat Tanjung Emas.. Mesti dia seronok tengok budak2 lain naik basikal, main layang2, main gelongsor, buaian..
Ok, tu saje.. Bye!
No comments:
Post a Comment