Kalau aku ada kat rumah tak kerja, suka melayan Dhia yang asyik main kat anjung rumah kami.. Kadang2 bawak jugak dia berjalan-jalan kat halaman rumah.. Tapi aku agak malas kalau bawak dia jalan2 luar rumah kat halaman tu sbb dia nak berjalan sendiri tak nak ada orang pegang atau pimpin tangan dia..
Budak baru lepas merajuk dgn ibu.. Dia nak keluar tapi ibu tak bagi.. |
Jadi, lebih selamat aku letak je dia kat anjung rumah dengan pintu pagar semua aku kuncikan.. Kadang2 stress jugak dia sbb nak keluar tak boleh, lepas tu mulalah dok gegar2kan pintu pagar tu.. Awak ingat awak mampu ke bukak pintu pagar tu sayang? =p
Cak baa |
Kalau sepupu2 dia main sama, lagi dia suka.. Sebab kat rumah Tok Mak dia ada uncle2 n auntie yang melayan dia.. Jadinya kalau kat rumah dia sorang2 je, dia cepat bosan.. Bila dah bosan mula cari ibu merengek2 minta dukung.. Lagi tension sebab aku tak dapat nak buat kerja kalau dia celik mata.. Dia akan nangis kat kaki aku sambil tarik2 seluar aku.. Aku syak dia bosan sebab tak ada kawan.. Sbb bila aku duduk tengok dia main, ok pulak dia kan.. Bila aku angkat bontot nak buat kerja contoh nak basuh pinggan ke masak ke, confirm dia akan nangis kat kaki aku.. Ini serius punya, bukan rekaan..
Kalau malam pulak main kat dalam rumah je dengan lambakan mainan dia tu.. Tapi bila dia dah meroyan, kasi keluar jugaklah main dekat anjung tu je.. |
Tu yang susah kalau nak masak kalau ayah dia tak balik kerja lagi.. Camne nak masak kalau dah dia nangis kat kaki kita.. Aku tak reti buat kerja sambil dukung dia.. Bahaya pun ye jugak.. Ye la, masak ni dah tentu ada api.. Minyak panas lagi.. Bahaya kan.. Makin besar aku pikir lagi senang lah.. Rupanya lagi susah nak buat kerja.. Ingatkan dah dapat kaki ni mudah lah kerja2 rumah yang aku nak buat.. Tapi lebih mencabar.. Ni baru sorang.. Fuhh!
Dolphin yang hampir2 nak kehilangan kandungan angin.. Mana tak nya, anak dara aku dok main henyak2 atas dolphin tu.. Naik semput aku tengok.. Haaaaaa |
Alangkah bahagianya kalau duduk rumah jaga anak kan.. Tapi bila memikirkan aku yang duduk bersebelahan rumah ipar duai, terus aku lupakan hasrat menjadi surirumahtangga.. Ada org kata hidup berkumpul adik beradik mcm tu senang n best, tapi percayalah, hanya org yang mengalaminya sahaja yang tahu best ke tak best.. Mendalam tak ayat aku? Hehe
2 comments:
Happy birthday Dhia... sori aunty terlambat wish... lama benar tak bukak fb dan blog.... semoga dhia membesar dengan sihat yer....
bg laaa dia adik...so dia ade kawan....hehehe~gurau je
Post a Comment