Followers

Wednesday, 28 September 2011

Dhia 1 Tahun (17 September)

Dah seminggu ++ berlalu, aku baru nak update perkembangan Dhia sempena usianya 1 tahun.. Tak patut, tak patut.. 

Tapi sebab mmg aku nak tengok perkembangan Dhia terisi dalam blog ni, aku update jugaklah walaupun sudah agak lama tarikh lahir Dhia tu.. Janji ade dari nan hado.. =)

1 tahun usianya, banyak dah yang dia dah belajar.. Ibu ayah gembira sangat tengok anak tersayang semakin bijak semakin sihat membesar.. Walaupun kadang2 tak terlayan kerenah dia yang semakin lama semakin manja.. Mesti nak melekat je dengan ibu.. Banyak akal dia sekarang ni.. Syukur sangat dikurniakan anak yang bijak mcm Dhia.. Alhamdulillah.. 

Kalau kita baru balik kerja atau baru bangun tidur n kiss Dhia, mesti dia akan muncungkan mulut sambil buat bunyi hembus nafas menandakan kita busuk.. Kalau dia berak pun sama muncung2kan mulut.. Kalau kita ckp "Eeee busuknyee", automatik mulut dia akan muncung jugak.. Aksi dia ni buat ibu ayah, nenek2 n atok2 dia gembira.. Uncle2 n auntie2 dia pun sama suka tengok aksi dia.. Takde sape ajar pun.. Tak tahu mana datang idea dia nak buat mcm tu.. Kalau aku dapat tangkap video bila dia buat mcm tu, akanku jaja di sini ok..

My sayang yang sentiasa buat saya bangga

Bila kita sebut "Horeyy" atau "Champion", dia akan happy angkat tangan then tepuk2 tangan.. Ajar sekali je, esok bangun tidur terus dia buat mcm tu.. Happy sangat dia cepat tangkap apa yang org ajar.. 

Kalau kita sebut "Syhhh", jari tangan dia akan letak kat mulut.. Somel sgt.. Tapi kadang2 tersasar jugak dia letak kat hidung.. Yang tu funny.. Bila kita ketawakan dia, dia ikut sama ketawa sampai nampak gigi..


Masa raya hari tu ada budak2 main mercun, tangan dia akan tepuk2 dada tanda terperanjat.. Kalau skrg ni ckp dgn dia "Terperanjat2", tangan dia akan tepuk2 dada.. Kalau dengar guruh ke atau apa2 yang jatuh ke, dia akan tepuk2 dada jugak.. MasyaAllah, bijak sungguh,, Takde sape ajar pun yang ni.. Serius tak tahu mana dia belajar.. Pergi rumah org beraye pun bila ada budak main mercun, akan tepuk2 dada, org yang tengok pun hairan, pandai pulak budak ni menggayakan terperanjat.. 

Bila dia terjatuhkan sesuatu atau kita saja sakat dia ckp "Haiyoo tak tahu sape buat", tangan dia akan goyang2 sambil tunjuk ke kita.. Lepas tu sengih2 nampak gigi.. Konon2 dia tak bersalah lah tu.. Kecik2 pandai acting ye kamu.. Nasib baik comel.. Boleh ibu gigit2.. Hehe


Kalau nampak ayah dia ke, atuk dia ke, ibu dia ke atau auntie dia naik motor, cepat2 dia keluar nak ikut.. Jadinya lebih baik kalau dia tak nampak kita kalau bnaik motor.. Lagi satu, dia tak boleh nampak ayah dia ke ibu dia ke tok mak dia ke tok ayah dia pakai baju lawa atau pakai tudung, kompom dia tahu kita nak g berjalan, cepat2 dia akan meluru ke kaki kita mintak dukung.. 

Skrg ni kalau dia minum dah ada style.. Lepas minum je mesti sebut "Ahhhh".. Tapi minum air masak atau air lain lah, kalau minum susu, tak pulak dia sebut ahhh tu.. Waktu malam dalam tidur pun lepas minum susu mesti nak air masak suam.. Dalam pada mata dia pejam tu, mesti sebut ahhh jugak lepas minum air masak.. Funny kan? 



Kalau bab makan ikut mood dia.. Kadang2 naik geram ibu dia ni nak bagi makan.. Punyalah susah.. Tapi masih makanlah setiap hari.. Walaupun sikit memadailah daripada tak makan langsung.. Susu pun dia minum kurang kalau siang.. Ingat nak main aje.. Tapi kalau malam boleh minum 2-3 kali dalam masa dari jam 10 pm - 7 am.. Setakat ni aku yang sentiasa bangun n bancuh susu Dhia.. Tak pernah lagi ayahnya yang bangun n bancuh.. Aku dah biasa berdikari kot.. Kalau nak pergi pasar ke pergi kedai ke bila asben tak ada, aku pergi berdua je dengan Dhia.. Dah terbiasa mungkin.. =)

Pantang nampak kita makan jajan atau aiskrim atau apa2 makanan yang dia tengok lain daripada biasa.. Kalau kita makan nasi, mmg dia tak heran pun.. Kalau kita makan jajan, laju2 datang kat kita sambil hulur tangan mintak.. Kalau nampak kita minum air pun sama.. Nak jugak.. Bagilah dia rasa seteguk, lepas tu pun buat ahhhhh.. 

Love u sayang
Lampin masih lagi pakai saiz M.. Belum bertukar sejak dia 5 bulan.. Badan dia kecik je.. Berat dia 1 tahun cuma 7.2kg.. Appeton dah bagi, scotts dah bagi, nutrigen pun aku beli bagi dia minum.. Tapi mmg tak naik berat dia.. Ikut baka aku mungkin.. Kalau ikut baka aku, mmg payahhh lah nak naik berat badan.. Aku pulak check-up dekat klinik kerajaan, bising ajelah nurse2 tu.. Aku bagi anak aku makan khasiatlah, bukan tak bagi.. Nurse suruh datang lagi next month n kalau berat masih naik tak banyak, kena refer doktor.. Boleh tak kalau aku taknak jumpa doktor tu? Sebab kak ipar aku pun anak dia mcm Dhia, skrg umur anak dia 3 tahun tapi berat badan 13kg.. Akak ipar aku ckp jumpa doktor cuma dengar nasihat bagi makanan seimbang n khasiat.. Tu yang malas jumpa doktor sebab aku bagi anak aku makanan khasiat cuma mmg berat dia taknak naik.. Naik tu naik lah tapi tak banyak.. Jumpe doktor pun dengar dia bebel je, bukan boleh bagi berat badan anak aku naik mencanak.. Buntu3.. 


Tinggi dah 74cm.. Ni pun ikut baka ibu kot, tinggiiii.. Hehe..

Tidur dah makin lewat skrg ni.. Paling lambat dia tidur pukul 11 malam.. Paling cepat pun 9 atau 9.30 malam.. Sebelum dia dapat kaki, pukul 8 atau 8.30 malam dah tidur dah.. Sejak dapat kaki ni, susah benar nak suruh tidur.. Tapi lepas tu, esok pagi bangun pun lewat.. Kalau hari ibu bekerja mmg susah nak bangun lewat sebab kadang2 angkat masuk kereta dia tersedar.. Tapi kalau tak sedar, mmg sampai ke rumah tok mak dia lah dia tak sedar.. Kalau hari minggu mmg dia akan bangun pukul 9.30 atau 10 pagi.. Tapi lepas tu siang tidur sekali je.. Lebih baik dia bangun awal, dapat tidur 2 kali siangnya.. 

Bila masuk dalam kereta dah tak boleh duduk diam.. Kejap diri kejap duduk kejap nak duduk bawah kejap tengok belakang kejap main radio kejap nak main wiper lah sterenglah.. Fening haku.. Ni kalau bawak jalan jauh kompom ibu dah pengsan dulu.. Hehe

Hmm apa lagi ye.. Banyak lagi kot tapi aku kelupaan sudah.. Hehe.. Cukuplah ni dulu.. Kalau ingat, akanku tambah.. 

Semoga anak ibu membesar jadi insan yang berguna yang boleh berjasa kepada bangsa, agama n negara.. Yang mampu membuat ibu ayah tersenyum bangga.. Amin.. 

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers