Followers

Friday, 16 September 2011

Dhia Budak Penyepah

Anak dara aku ni sekarang mmg suka buat sepah.. Tak kiralah mainan dia ke, surat khabar ke, makanan ke.. Tu semua dah mcm jadi kegemaran dia pulak.. 

Konon2 mcm makan lah sgt.. Padahal sebaliknya.. Bab makan mmg sgt payah.. Sanggup dia nangis dari makan nasi.. Geram dgn anak dara ni.. Suruh makan pun susah.. Tapi tok mak dia ckp sama mcm aku dulu, suruh makan je nangis.. Haizz lah anak, awak dah lah kecik, tak nak makan pulak.. Mmg baka n gen ibu betul lah kamu ni.. 
Tapi yang sadis, ibu dia yang kena dok mengemaskan segala benda yang dah dia sepahkan tu.. Penat mmg penat tapi sebab anak, takpe aje.. Ye lah, anak tengah nak explore tu.. Biarkan sahaja dia menyepah2kan.. Lagipon apa sangat lah mengutip hasil sepahannya itu.. Pahala kot.. :)

Tengok lah tu, nasi yang kat lantai tu lebih banyak sepah dari yang kat atas pinggan.. Pegang je sudu tapi takde pun dia nak menyuap masuk dalam mulut.. Sibuk nak bermain2 je ketuk2 pinggan tu.. Mana lah nasi tu tak berterabur mcm tu.. Mcm ni kalau aku bagi ketupat siap dengan kuah lodeh, tak ke naya lantai rumah orang tu? Siap dengan baju2 dia sekali kot bermandi kuah.. Hehe
Ok pic2 ni masa beraya kat rumah kawan aku.. Dihidangkan sate n mee bandung.. Aku bagi Dhia nasi impit dari sate tu je.. Takde kuah ke apa sebab dah tahu mmg dia tak akan makan punya.. Dia cuma nak main2 je dengan makanan tu.. Sebab dia tengok ibu makan, kenapa dia tak makan? Haruslah bagi dia pinggan + sudu, biar dia tak ganggu ibu makan.. Hehe

Ibu jugak yang mengutip hasil sepahan kamu itu wahai anakku..  Tapi buang masa, sebab lepas kutip, dia kasi sepah lagi.. Kutip lagi, sepah lagi.. Beginilah kalau ada anak kecik yang berangan nak berdikarai sendiri.. Bila aku suap, tak mahu pulak.. Mmg lah tak mahu sbb tujuan utama dia bukan nak makan tapi nak main sepah2 aje.. Pitam ibu ko mcm ni nak.. 
Cumanya, tu lah, kat rumah orang pun menyepah jugak.. Budak kecik lagi, mana lah dia nak tahu kan.. Dah besar kalau buat sepah jugak, sendiri kemas ye nak.. =p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers