Followers

Friday 18 March 2011

Anak Aku dah Berusia 6 Bulan

Semalam 17/03/2011 genaplah usia Dhia 6 bulan.. Alhamdulillah besar dah anak ibu.. Membesar jadi anak yang berguna ye sayang.. Semoga sihat2 selalu dan semoga Dhia mendapat segala kegembiraan.. Bila dah masuk usia 6 bulan ni, mcm2 perangai dia yang dia tunjuk skrg.. Aku list kan untuk tatapan aku jugak kemudian hari..

  • Sangat suka meniarap sekalipun baru bangun tido
  • Sangat suka minum air masak.. 1 hari mahu sampai 4-6 oz minum air masak
  • Dah campur susu.. Fm bagi bila aku pergi kerja, BF bila aku tak kerja & ada di rumah
  • Dah start makan solid food
  • Pandai cebek bila kita buat2 marah dia.. Kadang2 terus nangis
  • Sangat suka dengar bacaan surah Yassin sebelum tido
  • Manja dgn ayahnya.. Baru dgr suara ayah pun dah ketawa2.. Kalau ayahnya bersin atau sendawa pun dia ketawa.. Boleh gitu??
  • Siang tido dalam buai dan berbedung.. Kalau tak bedung dia tak tido.. Kalau dia dah tido, baru boleh bukak bedungnya.. Tapi malam tido dengan ibu dan ayah..
  • Tido sgt lasak.. Paling suka tido mengiring
  • Sebelum tido malam kena tepuk2 dlu dan bukakan surah Yassin
  • Malas diri (Yang ni geram, kita pegang dia pun kadang2 dia malas diri.. Gggrrr)
  • Dah kenal ibu, ayah, atuk, nenek, tok mak, tok yah, auntie n unclenya
  • Suka bila diagah.. Kadang2 sampai mengekek2 ketawa
  • Suka mainan yang ada bunyi dan berwarna -warni
  • Dah mula pandai mintak makanan kita.. Kalau kita tak bagi dia akan mengamuk.. Oleh itu, makan jangan sampai nampak dia.. Bahaya..
  • Tido masih lagi nyenyak dan tak bangun di tengah2 malam kecuali kalau badan dia tak sedap atau tak sihat.. Contoh selsema atau terkehel..
  • Suka sgt mandi dan sgt suka bila masuk ke dalam air!!
  • Mandi masih lagi air hangat.. Dia tak suka air sejuk..
  • Dah pandai nenen sambil aku baring.. Sambil tangan main2 dgn baju atau rantai aku..
  • Suka berbual walaupun dalam bahasa baby..
  •  Sangat suka dgn iklan tv3 yang lagu Nananana.. nananana.. nananana tv tigaaaaaaaa
  • Sangat takut pada bunyi blender.. Aku pon tak paham apa yang dia takut.. Kalau aku blend je mesti dia nangis.. Hairan..


Ape lg ye? Banyak perkembangan dia.. Dah pun setengah tahun umur dia.. Sekejap je masa berlalu kan.. Nanti tak lama lagi dah setahun.. Wahhhh.. Seronoknyaaaaaa... Clap clap clap!!

2 comments:

angahfarah said...

ala..alaaa..cumilnye dhia..da besar ye..masuk 6 bln da..hee..ibu nye bg solid food mkn ape yer? saje tanye..kot2 leh share utk baby Ammar nanti masuk 6 bln..

ratusiput said...

seronok bila tgk baby org kejap je dh besar n pandai mcm2...

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers