Followers

Saturday, 13 August 2016

Raya JB

HAHAHAHAHAHA SYAWAL PUN DAH HABIS LAAAA WOIH

Takpelah, blog aku ni bukan ada orang baca pun, aku yang tulis aku yang baca kot. Takde masalah nak cerita kisah raya lagi memandangkan banyak pulak gambar dalam folder ni ha, baik aku bubuh dalam blog picisan aku ni, kot kot bosan boleh aku baca balik kejadian raya 2016 ni hihi

Kitorang pergi JB hari Sabtu 16 Julai 2016 bersamaan 11 Syawal. Malam tu aku tido kat rumah mak aku sebab senang karang tak lah aku terkejar kejar pagi tu, maklum lah kali ni jauh perjalanan kan, 2 jam setengah perjalanan ke JB tu. Gerak dari rumah 8 pagi, tapi singgah sarapan roti canai dulu sebab jauh nak berjalan kang lapar pulak. Mak aku tak buat sarapan pagi tu, tak sempat oih. Sampai JB lebih kurang pukul 11.30 pagi mcm tu. Rumah pertama dituju rumah mak mertua kakak aku dekat Kampung Melayu Majidee.


Alamak dah hensem dah pakai spec tapi kat mulut tu spoil lah dik


Try pakai lipstik colour soft macam dalam gambar ni, tak berapa sesuai lah kot untuk aku. Aku rasa aku sesuai pakai lipstik warna terang terang je

Kat rumah adik beradik mak aku, MakWok kat Masai. Tengok si Wafiy tu pandai eh tengok kamera


Kasi semua orang makan dulu kenyang kenyang, i jadi pemerhati bebas menjaga anak anak. Lauk sedap, sambal tumis udang campur terung pipit, ikan goreng dengan sayur campur. Nyamsss kenyang alhamdulillah :)


Dah sudah makan, duduk borak borak kejap sambil layan cerita Bajrangi Bhaijaan time ni kat tv.



Nak gerak g rumah maklong pulak



Gambar macam dan tunggang terbalik, malas aku nak remove atas bawah, lantok sana. 



Gambar berangan kat rumah kakak aku. Rumah dia ni dah siap dah tapi tengah renovate lagi so belum pindah masuk lagi. Nanti bila dah siap rumah dia ni mmg rajin lah aku turun ke JB hehehe rumah makcik pakcik mmg banyak ada 4 orang kat JB ni tapi still tak selesa la kan nak datang jalan JB bermalam rumah dorang sebab dorang pun ada famili sendiri kan, tak selesa lebih pada Lan lah.


Ni masa kat rumah mak mertua kakak aku, Wafiy baru bangun tido, mmg aku lah laju laju sambar dari dalam buai. Uiii geram dengan baby, rasa mcm nak kemam kemam taknak lepas. Eh eh Danial pun sibuk nak agah agah abang Wafiy hiks. Walaupun awak lagi besar tapi Wafiy pangkat abang taw pada awak n kakak Dhia.


Hahahahaha apeni gambar kejap sana kejap sini


Ni dah rumah last, kat rumah pak'njang, mmg dah letih gile dah ni rasa nak merangkak je dah. Mmg dah petang sangat dah time ni, dah pukul 6.30 petang bih kurang. Tengok Lan tu kite ajak bergambar dia bebuat tutup mata. Payah betul nak suruh bergambar!


Tengok tu muka tak senyum gggrrrr tengok macam aku, letih mcm mana pun tetap sengih merenyihhhh



Kat rumah pan'njang makan lagi. Menu best gile kot, sup tulang dengan nasi ayam. Haruslah makan kenyang kenyang sebelum balik.


Danial time ni naik kereta dengan uncle auntie tokmak tokyah, uncle ajak selfie bukan main buat mcm mcm mimik muka, tapi aku bubuh 2 je hahaha

Aku rasa aku dah malas nak letak caption sebab gambar pun dah kejap atas kejap bawah, kejap kat sana kejap kat sini, dah berterabur dah.





Pose follow me to ni dah lama aku berangan nak buat dengan Lan. Tapi pepaham lah laki aku tu bukan suka nak layan benda benda mcm ni. So time tengok rumah kakak aku ni aku paksa adik aku Ira tu ambikkan gambar ni hihi tu yang kat atas tu pun kakak aku nak pose sama jugak, layankannnnn

Lan tengok gambar ni dia dok ejek ejek cakap aku kuat berangan. Eleh biarlah, i kuat bergambar time time raya je.



Gerak balik dari JB bih kurang pukul 6.45 petang. Balik tu aku drive pulak sebab Lan dah tumbang, mata dia dah merah menyala mengantuk punya pasal. Ondaway balik tu hujan so bawak slow slow je. Biar lambat asalkan selamat. Ye tak?

Ok next year rumah kakak aku dah siap dah senang tak payah nak balik hari mcm ni dah, penat woih.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers