Followers

Saturday, 27 August 2016

Aktiviti Danial Di Taska

Kalau yang tak tahu, Danial ni pagi kat taska, tengahari tokmak ambik bawak balik rumah tokmak pulak. Sebab tokmak bosan kat rumah nanti, tokmak dengan rela hati nak ambik Danial balik halfday. Padahal balik je rumah tokmak, mandi minum susu terus tido sampai ke petang 4-5petang. 

Sebelum ni kan mmg tokmak yang jaga, tapi kesian pulak Danial takde kawan kat rumah tokmak sebab kakak Dhia sekolah, balik sekolah pulak duduk kat rumah mertua aku sbb sekolah dekat sana so aku masukkan Danial ke taska bagi dia bersosial sikit. Lagipun Danial belum bercakap lagi, dia mild autisme. Aku belum pernah cerita dekat blog ni kan? Nanti bila tiba masa aku nak cerita, aku akan cerita ok?

Tapi tak lama dah kot kat taska ni sebab next year aku nak masukkan tadika pulak. Bawah ni gambar gambar aktiviti Danial dekat taska yang dihantar ticer taska ke dalam ws group. 


Atas ni main doh yang diperbuat dari tepung kot. Rajin ticer ticer taska ni melayan anak anak taska. Danial bab doh doh ni mmg all times feveret la kan. Sebab tu sebulan sekali aku kena pegi mr diy beli doh pek 8pcs warna tu. Alat alatan mainan masak masak semua dah sedia ada, doh kan kena angin selalu cepat keras sebab tu kena belikan je. Terpaksa belikan tiap bulan sebab tu je mainan yang Danial suka all time. Dia boleh duduk main doh tu berjam jam ye. Paling suka buat aiskrim, aku ada belikan bekas buat aiskrim tu, kang dia masukkan dalam bekas tu penyek penyek kasi padat n cucukkan batang dia. Pengaruh youtube hihi




Gambar atas ni pulak masa ticer bawak pergi pantai. Saje nak kasi anak anak main pasir dan tengok keindahan alam. Danial dulu sensitif sangat kalau pegang pasir, sekarang ni rileks je main pasir. Sebab ada belikan kinetic sand n bagi dia main everyday. Tu happy dia main pasir, bila balik rumah habis penuh kulit siput kat rambut hahahaha





Yang ni time pergi jalan jalan kat Giant. Betapa tabah dan rajinnya ticer taska bawak anak anak taska ni semua pergi Giant kan? Aku anak 2 je pun kadang terpekik jugak kalau pergi mall sebab tahu budak budak mcm mana kan. Sebelum balik ticer belanja makan kfc.


Nampak tak Danial berbaju belang oren hijau tu dengan selamba lalu pintu belakang? Hahahaha ni time pergi beraya rumah ticer dia bulan syawal hari tu.


Elok je dia duduk tertib mcm tu. Duduk bersimpuh pulak tu hihi. Ni pun time pergi beraya rumah ticer taska.

So far aku puas hati je taska melayan dan menjaga Danial. Danial pun tiap pagi aku hantar dia happy je takde nak nangis nangis taknak ke ape. Maknanya dia ok lah tu. Tahun depan dia tadika aku ingat nak transit je kat taska. Maknanya pagi 8-12 kat tadika, nanti 12 tu ticer ambik dia kat tadika terus balik ke taska, petang aku ambik. Tapi tokmak cakap sekolahkan dekat dekat dengan rumah tokmak je sebab tokmak tak boleh pisah dengan Danial ni, kesayangan sangat. Kalau Ahad aku tak keje tak jumpa Danial 1 hari pun dah rindu rindu hahaha nanti akan difikirkan semula.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers