Tapi macam aku yang bekerja sektor swasta ni susah sikit lah sebab tak sama cuti dengan kerajaan. Terpaksa ambik cuti Jumaat n Sabtu tu. Setahun sekali kan raya? Takpelah pejam mata jelah banyak cuti bulan raya ni. Total aku ambik cuti masa bulan raya ni ada 7 hari. Cuti tahun berapa sangat je lah baki, nak sampaikan hujung tahun pun tak cukup.
Seperti biasa aku bawak Dhia je, Danial pulak pagi pagi Lan dah hantar ke rumah tokmak sebab dia pun kena kerja. Bukan aku taknak bawak Danial tapi susah nak handle 2 orang anak, nak bawak motor lagi. Danial pulak baru baik demam kan, so tak payah lah bawak sebab cuaca pun panas membahang boleh tahan hari tu.
Dhia terpaling suka lah kalau bab bab beraya ni. Macam mak dia jugak lah, lagi lagi bila marhaban ni mmg dapat makan sedap sedap. Boleh dikatakan setiap rumah akan diberi makan. Melompat lompat lah usus perut aku hari tu. Aku jamah setiap makanan dalam setiap buah rumah, bila nampak yang sedap je mulalah rasa nak menambah tapi nasib baik cepat sedar diri. Bulan puasa beriye iye la makan nasi sikit bagai, sahur pun banyak makan roti je tapi turunnya 2kg je. Tapi bila raya je dalam masa 2 hari tu kot dah kembali ke berat asal. Punyalah sakit je hati aku ni tengok.
Pasal marhaban ni takde lah cerita sangat, nak share gambar yang banyak dalam folder ni. Lagi 1 mcm aku cakap, kalau tahun depan aku dah lupa marhaban tahun 2016 ni bila waktu kejadiannya, so boleh aku belek balik blog ni. Ni aku tak tipu sebab aku ni senang lupa. Raya tahun ni aku dah lupa dah raya 2015 marhabannya bila. Nasib baik ada aku letak dalam blog ni, automatik terus ingat bila baca balik. Hiksss
Dimulai dengan gambar budak gendut ni. Nur Faiqah Dayana, nama manja Nana or Yana. Gendut boleh tahan, aku pernah try nak dukung mmg tak berangkat langsung woih.. Dhia pun lebih ringan dari dia. Umur dia baru 2 tahun lebih.
Oh anak daraku ni mmg suka bergambar dan berposing. Serah je kat dia macam mana nak bagi senyuman paling manis bila berdepan dengan kamera. Maybe sebab masa pregnantkan dia dulu kan aku dah start sawan bergambar, asek la nak selfie n ambik gambar. Masa Danial mmg aku anti kamera, boleh dikira je kot berapa keping je gambar aku masa mengandungkan Danial. Maybe sebab tu kot Danial pun tak suka bergambar. Maybe.. Maybe... Bila difikirkan mmg tak mustahil je kuikui
Nanan n ibu. Geng baru aku Kak Ida, biras kesayangan jugak haha... Kak Ida sefamily baru je pindah duduk kampung lepas suaminya (abang sulung Lan) pencen dari komando. Sebelum ni duduk dekat Kem Iskandar Mersing. Sebelum pencen dah buat rumah siap siap dekat kawasan rumah kitorang tu jugak, berdepan rumah aku. So lepas Kak Ida dapat pindah sekolah, terus balik duduk kampung. Biras aku ni cikgu sekolah rendah.
Eh kakak Dhia lagi? Hihihi
Ni je lah ahli geng marhaban kami tahun ni. Tahun 2014 berlima, tahun lepas bertiga, tahun ni tinggal berdua je sobsobsob tapi takpe jangan sedih sedih walaupun berdua tapi hasil kami bergambar mmg tidak mengecewakan. Aku pun rajin nak snap gambar orang. So bila ada Anom ni senang aku berangan bergambar macam macam gaya masa marhaban ni. Orang lain tengok pun meluat kot hahahaha setiap rumah kalau boleh nak bergambar. Eh tu semua kenangan tuuuu
Biras aku, Kak Lin tahun ni tak dapat join sebab dia kan ada baby. Baru 4 bulan, sama baya anak akak aku si Wafiy tu lah, lahir pun beza 2 hari je. Wafiy lahir 10 Mac 2016, anak Kak Lin Amanda lahir 12 Mac 2016. Sebab tu berkurangan geng tahun ni, tinggal berdua je ni ha. Kak Ida tak suka bergambar pulak hihi
Bila tengok balik gambar kat atas ni apesal scary sangat ketembaman muka aku tu? Bulat bukan main lagi.
Mintak tolong akak sepupu ambikkan gambar kitorang pulak. Dak Dhia tu perangai dia skrg mmg pantang nampak aku nak bergambar. Mesti dia kena ada sekali. Aku nak bergambar sorang kena dia leka dulu kalau tak nanti bising bising kenapa tak ajak Dhia ambik gambar. Pening i taw dengan anak dara ni, mmg dah kenan ibu dia sangat ni tak boleh nampak kamera :p
Kakak iparku, Kak Lia yang dekat tiang tu dengan anak dia Auni. Eh kelihatan Nana ndut di sebalik pokok itu. Cari apa tu Nana?
Tengok la Dhia tu, ada je di mana mana aku nak bergambar berdua dengan Anom pun tak kasi can.
Time ni kat rumah sape ek, aku takde time ni rasenye sebab balik rumah kejap nak sediakan apa apa yang patut, sebab kumpulan marhaban dah nak sampai ke rumah aku time ni. Sebab tu aku suruh Anom bawakkan Dhia kejap, tak payah ikut aku balik. Ada anak sedara Anom ni si Suhana, ok je Dhia ikut Anom. Aku tak bagi apa apa makanan, hidangkan kuih raya je sebab rumah aku dah last last jugak time ni. Confirm perut semua orang dah tak boleh masuk. Kak Ida, Kak Lia n mak mertua aku bagi makanan pun luak sikit je.
Mari semua pandang sini ready 1 2 3
My mak mertua.. Kiss sikit mak hihi
Ko tengok Dhia yang kat belakang tu, kan dah ku bilang dia tak boleh aku nak bergambar
Hai Nana, banyak tak collect duit raya tahun ni?
Maafkan kami yang tengah berangan di tengah jalan raya yang lengang, di bawah pancaran sinar matahari yang lit lit panasnya. Lepas je ambik gambar ni, Dhia merajuk sebab aku tak ajak dia sekali haahahaha aku dok tahan gelak je tu sebab orang orang kampung "dah mcm model dah tu" hahahah kasi can lah kakak kakak makcik makcik
Kenapa makcik makcik kakak kakak cakap begitu? Kan saya dah tergelak beso mendengarnya kahkahkah
Dah aku malas nak menaip lagi, tengok je lah gambar gambar sekitar marhaban ni. Cekidout bebehhhh
Aduh ada makcik yang tengah mengambil kasut cucunya pulak kat belakang tu.. Maafkan saya makcik sebab saya malas nak crop
Sibuk pulak anak buah Lan kat belakang tu photobomb. Time ni kat rumah mertuaku. Orang dah gerak ke rumah sebelah, kitorang ape lagi ambik gambar banyak banyak lah
Aku dapat follow marhaban hari Jumaat je sebab hari Sabtu ikut famili aku beraya rumah makcik pakcik aku (adik beradik mak aku) dekat JB pulak.
Ok raya JB buat entry lain walaupun tak banyak pun gambar.
Byeeeee!
No comments:
Post a Comment