Followers

Saturday, 13 August 2016

Raya Rumah Murni + Jamuan Raya Sekolah Dhia & Taska Danial

Setiap tahun (dah 3 tahun dah) memang wajib pergi beraya ke rumah Murni ni. Aku kenal Murni ni dah dekat 4 tahun jugak lah. Kenal dari Ziela, sepupu Anom merangkap kawan sekolah lama aku n kawan sekampung dengan Lan. Hehehe tak faham? Abaikan..

Murni ni bawah aku setahun, dia dulu kawan sekerja dengan Ziela. So 1 hari tu bila dah wujud wechat, Ziela add aku n Sal dalam 1 group yang ada Murni jugak. Start dari situ lah kenal berkenalan dengan Murni. Kepala weng masuk air jugak, itu aku suka hahaha

Tapi dah 2 tahun dah Ziela tak dapat nak join kitorang. Tahun lepas dia masih berpantang, tahun ni pulak dia dah balik ke KL. Biras aku, Kak Lin pun tak join tahun ni sebab ada baby kecik lagi. Kalau aku ada baby kecik pun malas nak keluar rumah sangat hahaha. Masa pergi rumah Murni ni hari Ahad 24 Julai 2016 bersamaan 19 Syawal. Selalunya awal awal raya dah pergi dah rumah dia tapi tahun ni banyak hal masing masing sebab tu kita tunda sampai ke 19syawal.










Lan demam time ni, tengok tu dia tahankan je, badan dah tak sedap dia kata. Sebelum pergi rumah Murni ni kitorang sempat pergi ke klinik dulu, sebab tu agak lambat jugak sampai rumah Murni ni. Kesian dia tunggu kitorang sampai hehehe sorry yunk

Eh apa yang happy sangat tu Danial?


Dhia mmg tak boleh nampak Anom or Sal, mcm ada magnet nak melekat je. Tapi tangan tak lepas dari tab.


Eh eh Danial menari ke tu? Happy betul dia time ni tak tau la pasaipa



Gambar yang diupload ke dalam instagram hehehe

Kekenyangan jugak bila beraya ke rumah Murni ni, tiap tahun mmg jamu kitorang makan. Lepas ni boleh kita plan BBQ sama sama pulak. Mesti seronok kumpul ramai ramai. Geng kitorang ni kita namakan Buddy Gossip tapi takdelah nak bergossip je. Dalam geng kitorang ni cuma Sal n Anom je lah yang masik bujang belum berkahwin. Doakan dorang cepat cepat kahwin ek!

Siang tu pulak aku kebusyan sebab sekolah Dhia & taska Danial ada buat marhaban nak datang rumah. Aku ada pelawa ticer taska Danial datang hari yang sama masa sekolah Dhia nak datang marhaban ni. Tapi menunggu jawapan ticer Danial tak respon respon. Sado sado je pagi tu bih kurang kul 8 ticer Emma ws "hari ni nak datang rumah Danial boleh kan?" Uiiiii bergegas aku ke rumah Kak Lin sebab dia ada masak sup, so nanti aku topap ayam lah untuk masuk dalam sup tu. Jap, mesti ada yang kurang jelas keadaan ini, meh ak terangkan ye..

Anak anak kitorang ni semua 1 kelas so 3 rumah sekaligus lah bergabung ni untuk sekolah prasekolah ni, tak masuk ke rumah pun tapi letakkan kat bawah kanopi je kat laman rumah. Plan asal Kak Lin nak buat mihun sup kongsi dengan Kak Lia. Aku mmg awal awal nak bagi aiskrim dengan kek coklat je sebab rumah kitorang rumah last, budak budak pulak tu kan, bukan makan sangat pun nanti. Lagipun dah ada mihun sup, takyah dah kot aku nak buat makanan berat lagi. Tu yang bila ticer Danial ws pagi tu aku jadi kelam kabut sikit. Ye la, takkan nak bagi kek dengan aiskrim je kot? So terus aku suruh Lan g beli ayam sekor untuk masuk dalam sup tu. Kawan taska Danial pun semua under 5year, ada 11 orang je, ticer ada 5 orang, cukup lah tu kan hehehe

Tak banyak nak diceritakan masa hari kejadian, cuma nak kongsikan gambar je hehehe


Senang makan kat bawah kanopi ni je, kalau tumpah pun ke atas tanah, tak payah nak mop bagai hahahaha
Ramai gak kawan kawan sekolah Dhia ni, total ada lebih kurang 50 orang (2 kelas). Cikgu ada 2, pembantu pun 2. Ada parents ikut gak dalam 7 orang. Aku dah tak terlayan dah sebab masih mengukus kek coklat n tak lama lepas budak pra ni datang, kawan taska Danial pulak sampai. Phewww




Sorry cikgu cikgu n mama mama, tak terlayan tak sempat nak berbual berborak tanya pasal Dhia. Nak duduk pun tak sempat taw huhu


Ticer Min takde dalam gambar sebab dia yang ambik gambar ni! Hehehe ni dia suruh free style tapi aku dah mcm beruk mak nyeh dah kenapa hahahaha


Biasa lah budak budak, mmg tak terhandle sangat lah nak di ajak bergambar sama. Lagi lagi bila nampak basikal Dhia, semua berebut nak naik basikal. Tu nasib baik Danial memberi kerjasama. Kalau tak dia je yang dah ke mana mana je taknak bergambar. Anti kamera anak aku tu hahaha

Lama jugak dorang kat rumah aku, lebih kurang 1 jam jugak. Time ni dah hampir ke tengahari jugak. Seronok ramai budak budak datang rumah, mcm mcm kerenah n peel dorang kita tengok. Danial lagi seronok bila kawan kawan datang, terus berselera nak makan mihun sup, habis 1 mangkuk tu, elok je duduk sebelah ticer n makan. Kalau tak, mananya dia nak makan.

Ok bawah ni nak kongsi gambar gambar Dhia n kawan kawan sekolah masa marhaban. Dorang marhaban ada dalam 7 hari tapi bukan berturut turut, berselang seli hari lah. Baju mmg baju merah yang dipakai hari Khamis je, so semua sedondon. Gambar gambar ni parents n cikgu share dekat group ws.


















Habis sudah cerita raya 2016. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Bila ntah nak merajin selalu update blog. Kata nak buat ala ala diari blog ni tapi pemalas boleh tahan nak mengupdatenya. Kalau bubuh gambar je kan sama gak takde penceritaan, kang tengok semula pun lupa dah sesuatu gambar tu bila kejadiannya kan. Haish ni pun boleh tahan menguap nak update 1 entry.

Ok bye!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers