Followers

Wednesday 30 December 2015

Random Pictures #7

Niat di hati nak buat entry tapi bila tengok gambar dalam folder, ape ke sedih sangat gambar yang ada pun tak cukup nak dibuat 1 entry. Oleh itu, marilah aku buat entry campur campur gambar ni, gambar ada dalam memori phone nak dibuang begitu saja sayang pulak. Boleh la buat modal cerita kat blog hahaha

Krim aloe vera yang sangat aku cinta hahaha
Seperti yang sedia maklum, Danial kan ada ekzema. Ekzema dia berkurangan pun sebab krim ni sebenarnya. Try beli kat singseh n alhamdulillah sangat mujarab. Krim ni tak berminyak tak melekit dan bau dia pun wangi. Aku kalau gatal gatal pun aku pakai ni mmg hilang. Setakat ni dah habis 5 kotak dah, mmg sentiasa beli sebab mcm Danial tu bukan pulih sepenuhnya dari ekzema dia, ada masa rashes akan timbul n kulit kering. Ye kulit kering pun boleh sapu ni, sebab aloe vera kan, melembapkan. Murah je tak mahal RM12 je kat tempat aku.


Anak dara aku ni ko suruh je dia posing depan kamera, pandai la dia membawa diri. Tengah tengah orang lalu lalang pun jadi je dia ni. Mak dia pun suka gak selfie sana sini tapi nak bergambar posing camnie depan orang mmg tak la ye. Depan laki sendiri pun i is segan hahaha

Yang ni ada 1 hari tu anak anak sekolah, kita ambik kesempatan berdating berduaan. Lama dah tak dapat jalan jalan pimpin tangan mcm orang bercinta hihi

Ni nak membungkus goodies beg untuk kawan kawan taska Danial sempena birthday dia 13 Oktober lepas. Isi kek apollo, biskut, epal dengan air kotak je sebab teacher taska tak galakkan anak anak taska makan makanan segera terutamanya jajan. Tu pun air kotak tak digalakkan tapi aku dah tak tahu nak bagi apa, bedal je la hihi

Sekarang tengah naik kan caliph ni? Aku pun nak try jugak. Anak anak aku suka sangat dengan rasanya. Aku pun kadang kadang minum jugak hehe. Bagi 2 kali sehari, pagi sebelum sarapan n malam sebelum tidur. Mmg nampak perubahan bila consume supplement caliph ni dekat anak anak. Dah nak habis pun, nak kena order lagi.

Tengok la, berangan lagi. Gelang tu aku beli kat Melaka. Masa tu mmg dah dekat nak deepavali, Dhia nampak gelang ni ko ingat dia nak berdiam diri? Dia berdiri je kat situ belek belek lama betul. Aku pilihkan yang ni, nasib baik murah je RM7.50. Suka lah dia belum sempat masuk kereta dah minta bukak nak pakai. Ada lagi aku simpan elok je dalam laci, dia pun lupa agaknya. Kalau tak hari hari nak pakai, aku yang tengok aku yang rimas.

Bujang aku ni rilek je, asalkan kakak tak peluk cium dia, ok je dia. Nanti dah bosan tengok kartun kat tv, dia mintak main playdoh. Bosan main playdoh, dia kick ball pulak. Kalau dah bosan jugak, dia belasah n lanyak aku la ape lagi hahaha

Dhia mmg rapat dengan sepupu dia si Aqif ni. Dengan semua sepupu dia ok je main tapi paling rapat aku tengok dengan si Aqif ni lah. Kalau dah pergi rumah Aqif tak nak balik. Ni masa main playdoh kat rumah aku. Suruh ambik gambar sebab buat kek sama sama. Tu nampak tak kek atas pinggan yang dorang pegang tu? Hahahaha

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers