Ok raya tahun ni jatuh pada hari Rabu 6 Julai 2016 :)
Aku last keje 4 Julai tu sepatutnya fullday tapi disebabkan Danial demam, aku terpaksa balik halfday. Boleh pulak nak dekat raya ni dia demam, tonsil dia membengkak. Danial mmg kalau demam sebab tonsil je lah, terasa lama pulak nak tunggu umur dia 6-7 tahun sebab waktu tu baru boleh nak operate tonsil dia tu. Sampai raya kedua gak dia demam on off, tapi masa last day puasa dah bawak check dekat hospital n doc cakap kalau dalam masa 3 hari tak baik demam, kena datang hospital lagi n mungkin kena warded. Alhamdulillah start malam raya kedua tu dah tak demam :)
Aku ambik cuti sampai raya kelima 10 Julai 2016. Sepanjang aku cuti tu mmg berjalan raya saja. Penat tapi seronok. Raya pertama mcm biasa rutin tahunan, tapi mulai tahun ni mungkin setiap pagi raya akan kat rumah sendiri dulu (before ni gilir gilir malam raya tido kat rumah sendiri atau rumah mak aku), lepas Lan balik sembahyang raya baru bersalaman dengan famili mertua n terus balik rumah famili aku pulak, rumah dekat je pon, ape dehal? Aku ok jeeee janji dapat beraya bersama sama kedua belah keluarga.
Tapi disebabkan Danial demam sejak 28 Ramadhan tu, pagi raya pun moody je dia. Malam raya tu pun badan dia panas sangat mencapai suhu 39 darjah, ape lagi terus aku masukkan ubat vontot tu (voren). Kalau harap ubat demam jenis syrup tu mmg lambat suhu nak turun. Aku basahkan badan n kepala dia pun sampai habis lencun kot. Pagi raya demam dah kebah tapi dia moody maybe sebab pening ke ape atau tonsil dia sakit. Tonsil membengkak ni sakit ye, nak telan air liur pun perit rasanya. Pulak tu dia nak berdukung je dengan aku, dengan orang lain tak nak even dengan apak dia pun dia tak nak. Lepas semua ahli keluarga dah berkumpul makin menjadi jadi lak dia punya moody, maybe sebab tak sihat, famili mertua aku lak mmg famili besar, ramai lah ahli keluarga, mungkin Danial jadi makin tak selesa. Nak bersalam raya pun laju laju sebab dia dah nangis nangis stok menjerit jerit nak ibu. Sampaikan aku terlupa nak salam minta maaf kat suami sendiri. Mmg kelam kabut lah pagi raya tu sebab tu gambar pagi raya mmg sendu sangat, dalam hp aku langsung tak ada gambar raya ye.
Nasib baik sekarang dah ada ws, mana hp yang ada snap pic tu aku paksa hantar gambar by ws, kalau tak rasanya mmg takde langsung kot gambar raya pertama tu. Sayang sangat sebab sebelum tu mmg aku dah berangan raya pertama nak ambik gambar raya famili kecik kitorang ni sebab dah penat beli baju sedondon warnanya kan. Rasanya tak pernah ada gambar raya di raya pertama bersama sama lah kot sepanjang kahwin 6 tahun ni (ini adalah serious dan bukan cerita rekaan). Takpe nasib baik raya keempat ada ambik gambar bersama walaupun bukan uniform raya pertama kitorang :)
Gambar candid. Aku time ni tengah duduk sebelah Lan, tunggu semua orang datang berkumpul dengan rumah PIL, lepas tu suruh Dhia snap kan gambar kitorang, tiba tiba datang seketul budak omey gendut tu "nak selfie nak selfie" hahaha
Aku ketepikan kejap, dia datang lagi nak selfie jugak adoi la sudahnya gambar berdua dengan suami tak menjadi.
Ok meh ibu Yan ambikkan gambar Yana dengan Dhia n CikLan yeh.
First time anak dara aku bertudung di pagi raya. Dia sendiri request nak pakai tudung, aku belikan 3 lai je instant shawl dia. Lepas pakai tudung je berangan depan cermin hahahaha tu 10 jari siap sempat aku pakaikan inai pagi tu lepas mandi. Sibuk mintak nak pakai, layan je la sementara ayah dia belom balik dari masjid. Inai celup, sekejap je dah kering.
Ayah dengan anak daranya yang mentel n manja sangat. Tapi sejak dah besar ni boleh tahan gak lak bila dah merajuk. Aduii pening nak mujuk kalau dah merajuk. Bila merajuk selalu ayat dia "Ibu mmg tak sayang Dhia, ibu sayang adik je, Dhia tak nak kawan ibu" miahahaha nak kesian ke nak gelak? Hahahaha kakak kakak, drama queen sangat taw.
Ok jom kita selfie same same pulak. Bukan main suka bergambar lah budak gendut tu, bagus boleh geng dengan ibu n Dhia hiks
Ni mase dah follow famili aku pulak beraya. 3 beradik perempuan dalam famili, yang belakang tu kakak ipar aku, turn Muar pulak dia tahun ni. Yang sulung turn rumah mertua, adik bawah aku pulak baru ondaway nak balik kampung. Yang tu bujang lagi, belum ada turn balik mana tapi sebab dia tentera, ada turn kerja lah kan. Sampai kampung pun dah petang. Dia kerja nun kat Perak.
Nyampah betul aku jerawat seketul kat pipi kanan tu, dah nak raya time tu lah dia nak naik seketul mengening mcm tu ek. Gggrrrrr
Yang ni mase kat anjung rumah aku, famili aku terus singgah beraya rumah mak mertua aku sekali. Mase ni tengah kocoh kocoh mandikan Danial kejap, tengahari buta time ni, tengok dorang kat luar tengah elok berposing nak bergambar. Eh eh mana boleh tak panggil aku yang kaki bergambar ni kan? Aku tinggalkan Danial kejap bogel kat dalam rumah hahahaha
Ko tengok setiap gambar pun dah boleh tahu siapa yang mendominasi Hp kan? Bukan hp aku tapi hp mereka n hp Lan. Semua ni pakai monopod tu pasal mcm sawan sikit snap gambar. Mak aku dah malas je nak layankan perangai anak anak dia hahaha
Eh eh ada kaki Wafiy gendut di situ ;)
Danial mmg takde lah gambar dia raya pertama tu sebab mood adalah tak cantik. Asal hala kamera je mula lah buat perangai. Takpe lah di maafkan sebab demam kan? Di harap selepas ini sila beri kerjasama untuk bergambar bukan saja di hari raya malah di hari hari selain hari raya juga. :p
So far raya tahun ni masih lagi seronok je bagi aku hahahahaha aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana ada orang cakap raya tahun ni tak rasa nak raya sangat, rasa biasa biasa je blablabla..... Sebab kalau korang tanya aku, aku jawab uiii seronoknya raya, tak sabar nak raya walaupun umur dah meningkat, walaupun kena hulur duit raya bukan dapat duit raya. Ye lah raya kan setahun sekali? Mesti lah bahang kemeriahannya tu tetap terasa kan tak kira tua atau muda.
Bukan apa, paling seronok time raya ni bila berkumpul dengan ahli keluarga, dengan adik beradik, dapat makan sedap sedap, dapat mengeratkan silaturahim dengan saudara mara yang jauh dan dekat. Meriah kan? Kalau mcm aku yang duduk kampung ni, meriah dengan kumpulan marhaban kampung. Mahu tak seronok?
Ok lah nanti kot ada mood aku share lagi cerita raya. Best jugak bila stori dalam blog ni sebab di masa masa akan datang kita boleh baca kan diari kita ni.. Kalau semua nak simpan dalam memori kepala kita, mananya nak ingat setiap moment. Kalau di ceritakan mcm dalam blog ni kan mcm membaca sebuah diari gitu. :)
No comments:
Post a Comment