Followers

Tuesday, 29 December 2015

Birthday Celebration Dhia Danial

Lama betul dah gambar gambar ni terperap dalam folder. Seakan rasa rugi pulak kalau tak diletakkan kat sini. Dah ada dalam folder, kita cerita lah sikit sikit janji ada. Majlis ni buat kat rumah, 10 Oktober lepas. Lama kan? Lebih 2 bulan dah aku letak kat folder tu tapi nak menaip cerita yang malas.

Kali kelima kami buat birthday celebration ni. Ye, kali kelima untuk Dhia dan kali ketiga untuk Danial. Buat untuk ahli keluarga dan kawan kawan terdekat je. Jemput jugak jiran jiranm yang dekat. Tak la buat besar besar, sekadar nak jamu kawan kawan n family. 

Beli kek biasa je sebab tak sempat pun nak order order bagai. Hehe letak sekali nama kitorang sempena anniversary kitorang yang ke 6 tahun pada 8 Oktober tu.

Goodies beg ni awal awal aku dah sediakan dah. Aku pack sorang sorang je, buat pun tak banyak, mmg untuk tetamu tetamu yang bawak anak je. Tapi ada lebih jugak aku bagi lebih dekat adik adik aku, anak anak buah n officemate.

Ok kita nyalakan lilin dulu ye.. Nampak tak tangan Dhia n Aqif tu, dah mula berebut nak pegang pisau potong kek. Tengok tu mata Dhia tepat memandang Aqif, mmg kecoh betul time nk potong kek ni. Biasalah budak budak, birthday orang lain pun dia yang nak potong kek, sama je mcm anak aku hihi

Masih lagi masing masing berebutkan pisau potong kek. Ibu tak habis lagi nyalakan lilin ni, sabar sabar. Nasib baik Danial behave je dia takde mengaruk ngaruk nak potong kek jugak hihi

Haaa ko nampak kaki Aqif tu dah nak berdiri atas meja dah hahaha.. Tu ayah dia yang dukung dia tu sebab keadaa sudah tidak terkawal hahaha

Ok jom kita potong kek. Dhia tak nampak dah ada kat bawah tu. Masih lagi menjerit jerit time ni tak bagi Aqif pegang pisau potong kek sama sama. Last last dua dua nangis. Aku pun dah pening hahaha

Nak bergambar 4 orang je kami anak beranak, sekali ramai pulak yang sibuk nak interframe. Bawah tu nampak tak ada kek coklat? Tu aku buat petang sebelum majlis, aku buat 2 loyang, licinnnnn. Kek yang dibeli tu pulak yang tak berusik, semua pun ambik kek coklat tu je. Sebelah kek tu popiah sayur bersira, kak ipar aku yang sponsor.

Menu lain aku masak sup ayam je, makan dengan mee kuning. Aku order kuah mee rebus dengan sepupu aku, so aku tinggal sediakan mee bagai. Masak sup sebab takut tak cukup mcm tahun tahun lepas. Alhamdulillah tahun ni cukup dan dapat bungkus bagi kaum keluarga sorang sikit.

Officemate aku ada belikan kek jugak tapi gambar takde dalam hp aku pulak, ada dalam hp Lan. Kek tu pun aku potong potong bagi bagi dorang semua sebab aku mmg malas simpan simpan takut tak termakan nanti, membazir.. Baik bagi orang kan daripada nanti tak termakan.

Esoknya tu Ahad tu Danial pergi taska, Dhia pulak sekolah cuti, aku hantar dia pergi rumah mak aku. Then aku n Lan pun pergi ke bandar. Kitorang pergi tengok wayang cerita Jwanita hehehe. Sambil sambil tu nak belikan hadiah untuk Dhia Danial sekali.

Belikan Dhia set mainan plasticine ni. Suka lah dia sebab dia mmg suka sangat main tanah liat.

Time ni baru ambik dia kat rumah tokmak, nak pergi ambik Danial kat taska pulak.

Danial yang baru bangun tidur. Bukan main happy dia bila nampak aku nak jemput dia balik dari taska. Berlari lari kejar aku kat pintu gate.

Balik rumah terus tak menyabar nyabar nak main. Tu belakang Dhia tu kuda belon biru hadiah untuk Danial, tapi Danial pun sebenarnya lagi suka main mainan kakak. Main sama sama ye jangan gaduh gaduh. Dhia tu cermat kalau main tanah liat, dia akan main 1 warna dulu sampai dah agak keras baru dia bukak warna yang lain. Dalam set ni ada 8 warna, so sampai skrg ni pun tahan lagi ada lagi. Kalau semua dah keras kejung tak boleh bentuk lagi, nak belikan set yang lain pulak lah.

Tekun sangat tu. Kuda biru tak ditunggang pun, orang lain yang tunggang ada la. Hahaha

Tangan bentuk tanah liat, mata tengok kartun kat tv.

Eh eh tiba tiba pulak ada bapak dia kat belakang tu. Lan ni lagi advance, belikan anak anak dia ni kereta control sorang 1. Tapi sampai rumah kau tengok sape yang main kalau bukan dia sendiri. Kereta control Danial masih tersimpan dalam kotak langsung tak bukak lagi. Dhia punya pun elok ada aku letak dalam almari tu, dia pun takde mintak nak main. Ayahnya je la yang suka main. Belikan anak tu sebenarnya untuk dia nak main le tu. Elehhhh mcm la i ni tak tahu......

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers