Followers

Monday, 28 December 2015

Kidzoona BP Mall

Lama betul tak jengah blog sendiri. nak BW pun tak berapa nak merajin lately. Asyik layan cerita The Return Of Superman tu ha.. Seronok betul aku layan cerita tu sebab menghiburkan sangat tengok si ayah jaga anak tanpa ibu. Tertengok sekali terus aku terjebak nak tengok episod episod seterusnya. Siap aku download lagi episod episod yang aku terlepas tengok.

Actually time pergi kidzoona ni dah lama gile kot, sebelum buat birthday celebration Dhia Danial tu. Aku ambik gambar pun tak banyak sebenarnya sebab time pergi ni hari bekerja, letih sangat mengantuk semua ada tapi layankan jugak. Pergi BP Mall sebenarnya nak meraikan anniversary kitorang suami isteri yang ke 6 tahun. Alang alang tu terus lah bawak anak anak pergi kidzoona tu. Ala bukan meraikan gempak gempak pun, cukup sekadar makan sama sama kat tempat sedap sikit.

Kidzoona kat sini tak lah besar mcm kat tempat lain sebab space terhad kan, tapi ok lah untuk budak budak kecik mcm anak anak aku ni nak berseronok main. Aku monitor dari luar je, ayahnya yang masuk dalam jaga. Tu yang tak banyak sangat gambar dapat ambik sebab jauh nak ambik gambar, Lan tu bukan suka nak ambik ambik gambar ni, nak bergambar lagi dia tak suka. I is tak faham.

Dia ni? Mmg suka lah dapat pergi jalan jalan. Kalau boleh tiap minggu nak pergi jalan jalan. Tu pantang betul kalau nak ambik gambar, laju je posing.


Bujang kesayangan sorang ni buat hal dia je, tak kacau orang. Kalau orang kacau dia pun dia tak membalas ke apa, terus dia pun blah malas layan orang tu hahaha


Dah ada gambar dia, letak jela semua kat sini senang terus aku delete dalam memori phone, berat dah memori aku tu

Hehe bosan ke menunggu anak anak main? Biarkan dia yang jaga kat dalam sebab boleh kejar anak anak, aku nak kejar boleh tapi terbang pulak nanti shawl aku


 Seronok beronok ronok kan Danial?

 Puas lah dia dapat main segala mak nenek permainan dalam ni, semua dia try






Dua beradik ni mmg rapat, tak pernah bergaduh sampai salah sorang menangis ke apa, cuma kakak suka peluk n cium adik sampai adik menjerit rimas. Hehehe aku pun mcm tu jugak kalau dapat peluk cium bujang aku tu, geram sangat kot




Lain kali boleh pergi lagi, sekarang ni aku mmg malas betul nak berjalan jalan kalau weekend tu. Aku lagi suka duduk rumah, masak, kemas, tengok tv, tidur. Oh my, nampak sangat sejak meningkat usia ni dah jadi cepat letih sebab tu suka duduk rumah kebanyakkannya.

Lagi satu aku sebenarnya malas nak bersiap hahaha boleh mcm tu? Ye lah nak keluar berjalan takkan nak comot comot, mesti nak siap kemas kemas, lilit lilit shawl, muka nak jugak di touch up pakai bedak, celak, lipstik. Haa bila pk nak bersiap tu alah malasnya hahahaa

Takpe anak anak, ibu dah planning ni nak ajak ayah korang bawak kita pergi karok pulak. Lama dah tak berkaraoke. Last masa sebelum raya tu tak salah. Lama dahhhh tak mengeluarkan suara yang tak merdu ni hahaha

1 comment:

Nurhidayu said...

Salam perkenalan..saya pun baru 1st time bawa anak2 ke Situ..best juga la...sebab time tu tak de org lg..hehe..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers