Followers

Thursday, 9 October 2014

Weding Day ZielaEkhsan 5&6 Sept 2014

Tengok tarikh, sebulan sudah berlalu. Orang tu dah habis honeymoon dah pun aku baru hegeh hegeh nak buat entry untuk majlis kahwin dia. Takpe, asalkan ada untuk kenang kenangan akan datang sok sok dah tua sikit boleh bukak blog aku ni baca n tengok gambar.

Ziela ni sekampung dengan suamiku, Lan. Mase sekolah pernah sekelas dengan dia form 2, pastu dia dah pindah sekolah teknik so dah takde jumpa. Tak rapat pun masa kat sekolah. Tapi laa ni dah jadi sekampung jadi rapat la. Ate, dah sebaya pun kan. Kampung tu pulak tak berapa ramai pun gadis remaja baya baya kitorang ni. Eh gadis remaja? Kahkahkah!!

Majlis akad nikahnya hari Jumaat lepas isyak 5 Septermber 2014. Oleh kerana rumah dekat jalan kaki 5 minit dah sampai, maka aku adalah wajib datang masa akad nikah. Bawak Dhia je, Danial aku tinggalkan sekejap dengan Lan sebab ko pepaham la budak Danial tu mana duduk diam, kang orang tu nak menikah, dia dah kat depan tok kadi dulu acaner? Tak pun aku membayangkan dia porak perandakan barang barang hantaran pengantin. Sebab dia adalah tak suka n mata dia jadi sakit tengok barang tersusun atur cantik. Aku pun tak paham cara cara dia lebih suka rumah n barang bersepah. Aku elok lipat kain, datang dia je selamba sebelah kaki sepak lipatan aku tu. Susun mainan dia dekat bawah rak TV pun datang datang dia habis menyerang terbalik semua mainan. Letak frame gambar tepi TV, dia amek baling ke lantai. Nasib baik tak pecah. Laju laju simpan dalam laci. Tunggu dia besar sikit lah baru menghiaskan barang barang kaca. Belum lagi dia pergi ke dapur mengemas rak besen pinggan mangkuk aku. Rak belah bawah je aku berani susun periuk n besen. Yang pinggan mangkuk kaca sila duduk rak paling atas. Tu pun aku khuatir kejap lagi dia panjat rak tu. #BersedialahMenghadapinyaJika BenarBenarTerjadi (amboi hashtag). Ini macam nak suruh aku susun atur hias bunga bagai di sudut sudut rumah? Tak payah, kirim salam ye sebab sekali raksasa menyerang, habis 1 kawasan musnah. Dah aku jugak yang jadi kerja nak mengemas balik.

Haaaa kan dah tercerita pasal Danial pulak.

Ok sambung cerita Ziela kahwin.

Eh tak payah cerita sangatlah sebab mcm dah hilang ingatan jap di hari kejadian. Jadi jalan yang lebih selamat, jom tengok gambar je lah.























Gambar tunggang langgang tapi sebab aku malas nak susun balik, lantak situ.

Sekali lafaz je Ziela sah menjadi milik Ekhsan. Alhamdulillah dah melangkah ke alam baru.

Esoknya Sabtu 6.9.2014 pulak majlis bersanding. Aku sampai lambat sikit sebab keje pagi tu. Aku sampai rumah pengantin around 1:30pm, just nice gitu sampai jumpa pengantin dulu tapi pengantin tengah mekap, so turun bawah makan dulu.

Tak lame pun melepak, lepas bersanding aku terus balik sebab Danial kat rumah mak aku. Kakak dia je ikut. Dhia tu mane boleh tinggal. Nak jugak mengikut. Tapi dia datang dengan mak ayah aku sebab mak ayah aku dijemput sama jugak so diorang bawak lah cucu yang mentel tu sekali. Mak aku kata, nampak tokmak dia pakai tudung, dia dah menjerit kat auntie dia suruh pakaikan baju cantik sebab dia nak ikut lepas tu auntie cakap adik mcm mana, dia balas "Adik duduk rumah je, adik tak boleh ikut, bahaya".. Haha amboii bab berjalan terus tinggal adik.. Kesian adik mentang mentang adik belum mengerti. Sikit hari lagi adik dah faham, habislah adik pun nak ikut jugak tak boleh tinggal.

Masa nak tunggu waktu bersanding, kitorang naik atas n pelamin nikah ni kosong takde orang, ape lagi, menggeletik masing masing nak posing atas pelamin tu. Termasuk aku la tu. :p
























Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar selama 2 hari tu.

Untuk Ziela n suami, selamat melayari alam rumahtangga yang lagi penuh cabaran. Awal awal tahun perkahwinan diharap dapat dilalui dengan sempurna. Aku doakan semoga rumahtangga yang baru terbina ni akan berkekalan hingga ke jannah. Happy happy selalu di samping suami tercinta n semoga berbahagia selalu. Amin.

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers