Followers

Friday, 31 October 2014

Gambar Hari Raya Haji

Hihi tak perasan pulak ada gambar budak budak sepupu sepapat ni masa hari raya haji hari tu. Sebab nak clearkan memori, lebih baik aku tepek kat sini. :)



Dia ni mana tahu takut. Nampak lembu pun sibuk nak kejar lembu tu.


Amboi Aqif bukan main lagi peluk Dhia.



3 orang sepupu = Dhia, Aqif, Auni.





Nah ramai ramai duduk belakang lori ni. Dok dendiam tengok lembu sembelih.


Kusyuknya Aqif tengok apa tu? Sampai ternganga mulut.





Abah mertua buat ibadah kurban ni. Untuk 2 orang anak dan 5 orang cucu termasuk Dhia :)

Raya haji kami camni lah dekat sini, takde yang happening sangat pun. Tak berbaju raya pun. Hihi lain tempat lain cara menyambutnya ye tak? Yang penting pengertian ibadah kurban tu..

Thursday, 30 October 2014

Random Pictures #5


Lan dengan sepupunya. Rapat sangat 2 orang sepupu ni. Ni masa pergi konvoi dekat Pengkalan Balak Melaka. Kalau berkonvoi mesti 2 orang ni ada. Konvoi tu konvoi jugak, anak bini jangan dilupa dekat rumah.


Budak bosan. Dia mmg mcm ni kalau pagi pagi baru bangun tidur baru mandi. Lambat nak panas enjin. Dia akan malas malas mcm ni dulu baru lah dia aktif. Tapi kalo dia dah aktif, mmg penat lah sebab dia suka menyepahkan barang n mainan. Tapi takpe lah nak, asalkan kamu bahagia buat begitu. Kang kalau tak, tak berpeluh jugak ketiak mak kau ni. Asek duduk je mak kau ni nanti, kang badan dah mengembang berat dah naik, menyalak pulak kat ayah kau. Hahaha


Kakak dia ni pulak? Mcm tu lah.. Kuat berangan. Tu baju dia request nak pakai sebab nak main pusing pusing. Pastu baju ni kan lace n tutu, dia cakap cantik mcm baju pengantin. Tu jumpa pulak kasut yang orang bagi dekat dalam bilik aku simpan. Besar lagi, so aku simpanlah. Mana dia korek ntah terus berangan pakai sambil pusing pusing. Same jugak ucapan ibumu, suka hati kamu lah nak asalkan gembira.


Mee sup terpaling sedap aku pernah makan. Murah je penuh pinggan ni cuma RM3. Mana nak dapat harga mcm ni lagi? Isi boleh tahan banyak pulak tu. Dhia Danial pun suka sangat makan mee sup ni. Boleh habis sepinggan kongsi berdua.


Alolololo acah acah baca komik upin ipin ye dik?


Dah mcm lelaki pulak pakaikan dia mcm ni. Takpe kak, ni namanya stylo. Hahaha


Pantang nampak mainan pay n ride ni taw. Mesti cepat cepat dia kejar nak naik.


Budak kuat berangan mcm ni lah. Ni mintak pakaikan inai. Aku lukis je asal boleh. Janji dia happy, tak payah nak beria sangat lukis. Tu pun dia ulang ulang cakap cantiknya ibu buat cantiknya ibu buat. Hihihi

Wednesday, 29 October 2014

Wordless Wednesday 29 Oktober 2014

Rutin harian aku setiap pagi akan minum 2 sudu jus perawan gold d'herbs. Semalam pagi Dhia bangun awal. Masa aku tengah minum jus tu dia ada kat sebelah. Lepas tu terjadilah conversation seperti di bawah ini :

Dhia : Ibu, ibu makan ubat ke?
Aku : Haah, ni ubat ibu..
Dhia : Ibu makan ubat terlajak laris ea?
Aku : Ha? Hahahaha

Hahahaha dahsyat penangan iklan dia tu kan, budak budak pun boleh tahu. Dia tanya mcm tu sebab kat botol tu kan ada gambar aliff syukri tu dengan isteri dia. Hahahaha!!


Friday, 24 October 2014

DIY : Goodies Beg

Mase birthday celebration Dhia n Danial hari tu, aku terlebih rajin n excited so aku buatkan goodies beg untuk bebudak yang datang nanti. Mula mula ingat nak bagi sekali kat orang dewasa, tapi bila tengok bilangan tetamu yang hadir, mcm tak cukup kalau nak bagi dekat orang dewasa sekali sebab aku buat lebih kurang 80+pcs je. Tak sangka ramai sudi hadirkan diri. Tahun tahun sudah tak seramai mcm tahun ni sebab tu lah aku prepare pun tak banyak.

Tahun tahun lepas pu takde nak buat goodies beg ni. Tahun ni tetibe pulak teringin nak buat. Alhamdulillah walaupun last minit punya idea, tapi dapat jugak aku siapkan. Betul betul sampai last minit, petang sebelum majlis pun aku kerahkan adik adik aku buat goodies beg ni.



Mintak tolong akak aku buatkan n send bagi aku by skype. Aku cuma edit sikit sikit je kat tulisan tu. Hihi


Print banyak banyak, balik rumah terus jalankan operasi menggunting n menampal. Tapi masa nak buat ni mencabar betul si Danial asek "curi" gam aku bawak lari. Dhia pulak asek belek gambar Elsa tu. Dia kan mmg peminat cerita frozen. Bila cakap ni untuk dia, suka la dia. Excited betul dia masa aku buat benda alah ni.


Mcm simple sangat so aku buat tq tag untuk diikat dengan tali. Aku edit pakai photoscape je. Simple mcm ni aku pandai lah. Lepas print aku gunting n gam kat tengah tengah. Kiranya depan belakang ada muka budak berdua ni. Lpeas dah gunting, susun elok elok atas kertas laminate ni. Dah laminated, gunting lagi n punch kat atas hujung gambar bebudak ni.


Tadaaaa yang ni baru separuh siap.


Jadi beginilah goodies beg DIY aku. Ok lah lawa lah jugak di mataku. Yang penting buat sendiri tu lagi puas hati.


Kerahan tenaga secara paksa telah berlaku. Ni hari Sabtu petang, mmg aku suruh adik adik aku datang tolong apa apa yang patut. Nak harap aku dengan Lan je mmg tak siap keje keje nanti. Lagipun banyak suruh jagakan Dhia n Danial je. Pagi tu aku beli lagi jajan jajan sebab nak tambah lagi goodies beg. Buat kat bilik aku sebab eksen pekerja aku ni, nak buat keje dalam aircond je.


Gemuk dan sendat. Kalau penuh lagi kompem susah ikat. Boleh terburai silap silap. Haha


Isi perut goodies beg. Mula mula isi goodies beg ni cuma coklat, corntoz, coco bin, lollipop n sumi. Tapi aku rasa mcm sikit sangat so aku beli lagi jajan jagung binbin tu dengan gula gula coklat cloud 9 aku bubuh 3 bijik setiap beg. Ok lah untuk bebudak. Ingat nak isi buah tapi fikir balik takpe lah next next year boleh buat. Tahun ni pestime buat goodies beg, kita bagi jajan jajan je. Ada rezeki boleh buat lagi. Yang penting aku mmg seronok dapat buat sendiri. Ni tahun depan Dhia dah sekolah ni mesti aku nak buat goodies beg jugak bagi kawan kawan dia.

Haha tahun depan punya siap dah berangan skrg. Biasa lah dulu dulu kecik mana dapat merasa benda benda mcm ni. Dulu kecik aku sekali je sambut birthday jemput kawan kawan jiran tetangga. Mase tu aku darjah 3 ke darjah 4 mcm tu. Seronok sangat feeling dia tu. Sebab tu skrg ni buat kat anak anak. Dulu tak dapat merasa, skrg turn anak anak lah kita buatkan, sekurang kurangnya merasa seronok jugak tengok anak anak happy.

Ok dah tu je, bye!

Thursday, 23 October 2014

Sambutan Hari Lahir Dhia & Danial

11 Oktober 2014 yang lepas sambutan ni berlangsung.

Tahun lepas buat bulan kelahiran Dhia iaitu bulan 9, tahun ni kita buat bulan kelahiran Danial pulak. Lagipun salah 1 sebab, bulan 8 baru je buat open house raya. Sebab tu kita anjakan sikit. Mula mula nak buat masa hari raya haji. Tapi fikir punya fikir kita postponed lagi seminggu. Sebab abah mertua aku pun ada buat ibadah korban ni. Siang dah semestinya bz dengan ibadah korban ni. Takkan siang dah sibuk sibuk tu aku pulak nak menyibuk jugak masak masak buat birthday celebration malamnya kan. Tak patut tu sebab tu kita postponed. Lagipun just nice buat 11/10 sebab Danial punya birthday 13/10 :)

Mula mula tak pasti nak jemput berapa ramai. Main jemput je. Lan dah semestinya jemput kawan kawan motor dia. Dia kan ade kelab motor retro, konvoi merata. Ramai jugak kawan kawan motor dia ada dekat 30 orang. Kawan kawan aku lagi, sepupu sepapat, famili aku n famili Lan, sedara mara yang dekat dekat pun jemput jugak.

Beli mee 12 kg, langsai ye. Mula mula beli 8 kg je, dah petang tu tengah masak sekali terfikir kalau tak cukup mcm mana, tambah beli lagi 4 kg jadi total 12 kg. Nasib baik beli, kalau tak mesti tak cukup. Aku masak mee bandung je. Beli rencah mee bandung siap siap. Aku beli 3 kg. Sekilo dia jual RM20. Senang tinggal bubuh air je. Tapi aku terbubuh banyak air, kuah jadi cair. Aku rebus kentang 12 biji kasi lenyek n masuk dalam kuah tu. Dah masuk kentang pun kurang pekat, aku masukkan pulak kacang tanah kisar. Tapi still sedap walaupun agak cair kuahnya :p

Selain mee bandung, kakak Lan orderkan kuah mee rebus. Kuah sahaja sebab mee pakai mee yang aku beli je senang. Menu lain ada otak otak aku order 150 pcs, tak sempat jamah dah langsai dah. Puding karamel pun ada aku order 2 bijik dengan kawan aku. Ada jugak kuih popia sira pedas (kakak Lan sponsor) n aku order apam coklat dengan kakak ipar aku (isteri abg sulung aku). Buah pulak buah tembikai yang di sponsor kakakku. Owh mak mertuaku pulak buat sate daging. Kawan office chinese aku pulak sponsor sebijik kek tiramisu. Alhamdulillah murah rezeki Dhia Danial tahun ni banyak makanan. Tq alls yang sudi sponsor untuk birthday party ni. Sayangnya tak ambik gambar. T_T

Ok sebabkan gambar tak banyak, ini sahaja gambar potong kek yang ada. Ni pun ehsan dari kakak Lan. Gambar tak clear, aku dah edit habis light pun masih tak dapat nak clearkan. Nasib baik ada gak gambar. Kalau tak, takde lah kenangan di masa akan datang. Tahun tahun lepas ada jugak gambar. Tahun ni lupa langsung nak ambik gambar. Apa yang aku ingat pun tak tahu. Dah bz sangat kot tu yang jadi lupa nak pass HP bagi adik aku untuk snap kan gambar. Sobss T_T






Dhia happy lah potong kek ni. Pulak tu budak budak ramai nyanyikan dia lagu happy birthday, lagi suka dia. Danial je yang buat tak tahu je. Dia ape peduli potong kek ke apa ke, dia lagi suka nak berlari atas jalan tar tu. Tak boleh stop kalau dah kasi lepas pakai kasut taw. Tu pun aku "curi" dia sekejap untuk potong kek. Tapi dia taknak potong pun, pegangkan pisau potong kek pun dia taknak, sudahnya kita posing je lah depan kek tu.

Oh kek yang atas ni aku beli sendiri. Pasal kek pun boleh terlupa, dah petang puul 3 mcm tu baru pergi beli sekejap. Entah apa yang aku ingat sampai kek pun lupa. Tiramisu yang kawan aku belikan tu kita simpan untuk tetamu yang datang kemudian. Sedap yang tu, aku makan sesudu je, tu pun cuit kawan punya sikit.

Alhamdulillah berjalan lancar walaupun sebelum start majlis hujan lebat. Kami suami isteri dah risau dah kalau hujan tak stop. Ye lah, kawan kawan motor suami tu nanti mcm mana nak datang kalau hujan. Alhamdulillah hujan turun sekejap je dalam 15 minit lepas tu dah stop. Syukur..

Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih yang sudi beri hadiah n "angpow" pada Dhia Danial. Panjang umur murah rezeki kita buat lagi tahun depan, inshaAllah. :)

Wednesday, 22 October 2014

Wordless Wednesday 22 Oktober 2014

Teringat conversation malam kelmarin dengan Dhia.. Ajar dia sebut nama penuh dia..
Ibu : Ok, kakak ikut ibu sebut nama kakak ni ye..
Dhia : Ok bos!
Ibu : Dhia Fitriah Bte Mohd Roslan (1 by 1 aku sebut)
Dhia : Dhia Fitliah Bte Mohd Loslan (pelat T_T)
Ayah : Mohd Roslan tu sape kak?
Dhia : Muhammad Rasulullah..
Ibu : Bukanlah.. Mohd Roslan tu nama ayah..
Semua yang ada nama Mohd dia cakap Muhammad Rasulullah. Belum faham lagi kan. Tapi kelakar lah perbualan malam kelmarin. Hihi!


Monday, 20 October 2014

Wedding Day Azyan 18 Okt 2014

Ini adalah entry yang tak basi. Yeay!

Wedding day cousin.
Wedding berlangsung di Stulang Laut, JB. Aku pergi dengan mak ayah aku n adik adik aku 2 orang je. Lan tak ikut sebab kat kampung pun ada kenduri kahwin. Yang kahwin pulak kawan dia, sama baya so mcm tak sopan pulak masa kitorang kahwin dia ada, mase dia kahwin ko takde pulak kan. So aku pergi ke JB, Lan kat kampung je rewang lah ape lagi. 

Agak payah ye pergi jauh tanpa suami di sisi. Dhia takpe lagi, boleh handle lagi. Danial tu ha yang ligatnya bukan main lagi. Dalam kereta alhamdulillah dia ok je tak ngaruk ke ape, elok je duduk tengok signboard. Oh, Danial mmg ada hobi pelik sikit, dia sukaaaa tengok signboard. Aku yang penat tengok dia terteleng teleng kepala tengok signboard. 

Nasib baik lah adik aku lelaki tu ada ikut. Kalau tak, habislah shawl aku ke mana, Danial ke mana, Dhia ke mana. Danial tu kalau dah melasak mmg senak lah ko. Aku pun tak terkejar. So Danial banyak diserahkan kepada uncle Zaha. 

Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari mcm tu kot, just nice sampai terus lunch. Banyak makanan kot. Tapi aku terpaling banyak makan putu mayam dia. Sedapnyaaaaa sampai 3 piring aku makan. Sepiring tu ada 2 keping. Selalu aku beli tu dia punya gula merah berketul ketul, aku kurang suka. Yang ni pakai gula melaka, sedap gile tu yang tak perasan makan sampai 3 piring. 

Lagi menu dia ada lempeng kelapa cicah sambal tumis, laksa johor, nasi beriani, acar buah. Mmg sedap anak tekak aku makan. Dhia makan nasi beriani dengan daging kambing. Anak dara aku tu mmg pencinta kambing. Kalau makan gearbox tu sedap je dia slurppp slurppp sedut pakai straw. Danial pulak aku suap nasi beriani je sebab dia tak suka bila aku gaulkan dengan kuah kambing tu. Yang lain pedas pulak kang menjerit. 

Tapi mmg susah kalau suami takde sekali. Aku nak berposing bergambar dengan kakak aku pun tak boleh. Mata meliar tengok anak je. Anak dia dengan anak aku sama naiknya. Kang leka 2 saat je dah berlari ke depan. Ggggrrrr! So gambar adalah terhad. Ni pun nasib baik adik aku si ucu tu ada snap 2-3 keping gambar pengantin kat HP aku 1 lagi tu. Mmg HP 1 lg kat tangan dia. HP aku dah mmg dalam beg je dendiam. Pengantin bersanding pun tak sempat nak ambik. Orang ramai + gigih menjaga Danial. 

Ni je lah gambar selfie dalam kereta yang ada. Mase ni dekat R&R Pandan tengah tunggu kakak aku datang. Dia pun datang sendiri dengan anak dia Wafia, suami dia pun takde mase tu ada masuk pertandingan memancing. Dah awal awal dia register kan n dah bayar so nak tak nak kena lah pergi kang rugi pulak.




Bahagia sikit bila ada uncle Zaha n ucu tolong jaga anak anak buah. Dorang pun nak berpimpin dengan uncle ucu, mak mak jadi mandur je kat belakang.





Bakal jadi geng bila dah besar sikit nanti ni. Skrg pun dah geng jugak main sama sama. Perempuan kan. Nanti besar sikit main solek solek la tu sama sama.


Danial yang masa mula mula sampai dia pening tengok orang ramai. Dia kan suka nak menjelajah sana sini mana reti duduk diam diam. So peluk la dia kaki uncle dia tu sambil tengok orang lalu lalang. Hihi



Dukung je lah, asek peluk kaki uncle je sampai orang tu nak berjalan pun susah. Dah didukung pun tengok la reaksi dia tu, masih dalam keadaan keliru. Hahaha





Anak dara aku ni tak susah. Dia mmg suka kalau pergi kenduri kahwin. Dia suka tengok pelamin, dia suka tengok pengantin. Paling dia suka, tengok orang main kompang. Ni bergambar atas pelamin pun dia yang request ni. Pengantin belum rasmi lagi, dia dah rasmi dulu. Aku suruh berdiri je dekat depan kerusi tu, eh tak terima dia, dia kata "nanti tak cantik, dhia nak duduk kat kerusi ni mcm pengantin" T_T





Unik. Pengantin lelaki sampai terus dibagi duduk dekat meja makan depan pelamin ni n terus makan. Lain dari yang lain mcm kenduri kahwin yang aku pergi sebab selalunya pengantin akan bersanding dulu n baru makan. 

Ape pun, selamat pengantin baru buat Yan n pasangan. Sorry tak dapat nak jumpa wish selamat pengantin baru sebab sibuk melayan kerenah anak anak tekak. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Cepat cepat jadi mak. Happy wedding day Yan!

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers