Musim cuti sekolah adalah musim orang kahwin ye.
Da la mmg musim hujan jugak skrg ni. Hehehee :p
Ini adalah majlis kahwin kawan sekolah aku ye. Kawan sekolah menengah je, sekolah rendah tak same. Tapi suke kawan dengan dia, baik orangnya, lembut dan sopan. Mase sekolah dulu kalau nak dibandingkan aku dengan dia ni, bagaikan langit dengan bumi. Aku ala ala gangster kot? Kawan pun nak dengan budak budak lelaki je. Kawan perempuan pun dapat dibilang dengan jari. Hahaha. Aku dulu sebab malas kalau kawan dengan perempuan ni nanti mesti ada istilah "tak kawan, tak kawan". Eh malas ok. Baik aku kawan dengan budak budak lelaki, nak gurau mcm mana sekalipun dorang takkan amek hati punye.
Eh? Macam dah cerita lain plak.
So Yana ni aku kenal since form 2, tapi senyum senyum gitu je la sebab tak sekelas. Dia kelas pandai, aku kelas sederhana pandai. Hahahaha nak jugakkkkk tu. Kawan pun tak la rapat cuma mmg suke berkawan dengan dia. Kalau berbual dengan dia, alahai lembut orangnya. Aku ni kalau cakap dah la mcm petir, ketawa mcm mak lampir. Yana kalau cakap penuh kelembutan, kalau ketawa pun tak nampak gigi.
Mase dia tunang, aku tak tahu sebab lepas habis sekolah kitorang dah jadi mcm jauh. Dia keje kat KL, aku masih lagi di kampung. Dapat tahu dia tunang pun dari fb. Alhamdulillah sampai jodohnya, 13 Disember 2013 dia dan pasangan selamat dinikahkan. Esoknya majlis bersanding. Kebetulan pulak Sabtu tu aku mmg halfday. Dapatlah pergi tengok dia sanding. Kalau aku kerja fullday pun aku pasti datang jugak walaupun sekejap sebab masa wedding aku, ingat lagi time tu Yana sanggup balik kampung semata mata nak datang wedding aku. Lama dia stay, dari aku sanding sampai aku da tukar baju untuk photoshoot. Da petang majlis dah habis baru dia balik. So aku mmg kena datang jugak majlis dia.
Yana, walaupun kite tak la rapat mane, tapi aku sayang kau ketat ketat. Keep in touch ok!
Aku dah malas nak bercerita, so marilah lihat pengantin baru yang comel ini...
Ni la dia Liayana atau nama pendeknya Yana.
Muka baru balik keje. Muka yang sangat pucat lesu. Mmg takde secalit bedak pun, kulit aku tengah mengalami proses pengelupasan, so aku biarkan je tanpa perlu oleskan bedak. Sapu krim je. Mase ni baru seminggu pakai produk tu, skrg ni alhamdulillah kulit aku dah more better. Dah takde pengelupasan dah, pergi keje pun dah tak payah dah nak pakai bedak, parut jerawat dah makin pudar, jerawat yang baru nak tumbuh pun cepat je kering. Aku suka betul dengan perubahan ni. :)
Siap ada tarian zapin..
Comel kan Yana?
Hari tu Yana ada wassap gambar dia masa hari nikah n waktu sanding dekat pihak lelaki. Suke betul dengan baju n solekan masa dekat pihak lelaki. Comel sangat Yana! Berseri seri muka awak taw.
Ni gambar masa hari nikah. Tema warna pink.
Cantiknya Yanaaaaa.. Eeeeee suke betul tengok..
Tahniah buat Yana dan pasangannya, Fazree. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
No comments:
Post a Comment