Followers

Monday, 6 January 2014

Musim Demam

Memang tengah musim demam kan skrg ni. Anak anak aku tak terkecuali dari terkena demam. Aiyooo dua dua orang sekali pulak tu demam. Pening kepala jap. Umpama tangan buat kaki, kaki buat kepala, kepala buat tangan. Perumpamaan gila kan.

Danial yang terkena demam dulu sebenarnya. Sabtu 28 Dis tu aku keje halfday tapi tak terus balik rumah mak. Aku pergi rumah akak ipar aku dulu sekejap ada kenduri then pergi lari kejap rumah kawan aku tunang, 1 kampung jugak. Tak boleh amek anak anak dulu nanti jadi huru hara. Lagipun malam tu mmg nak tidur rumah mak aku sebab esok pagi pagi laki aku nak keluar konvoi motor. So ada baiknya aku tidur je rumah mak aku sampai petang Ahad laki aku dah sampai rumah baru aku balik.

So petang tu aku sampai rumah mak aku mcm biasa la peluk cium anak anak. Aku rasa Danial mcm dedar. Eh ni tak boleh jadi, terus aku bagi makan ubat demam bila dia habis minum susu. Nasib baik stok ubat demam dia mmg aku simpan siap siap dekat rumah mak. Dah mmg mak yang jaga dia time aku keje kan, so haruslah kena sediakan ubat demam ke batuk sesema untuk mereka.

Tapi malam tu masa tidur dia gelisah, resah tak selesa semua. Mengiring salah, meniarap salah, terlentang salah. Aku check suhu, 38.2 darjah. Aku just tuam tuala basah je dekat kepala dia, leher n ketiak. Sejuk menggila tidur dekat rumah mak sebab rumah papan tapi aku mmg biarkan je dia tidur tak berselimut tapi berstokin. Takut kalau selimut haba tak keluar jadi makin worse. Pukul 3.30 pagi jugak aku baru dapat lelap mata tu pun kejap kejap bangun sebab dia tidur pun kejap kejap bangun sebab tak selesa. Badan tak sedap kan. Kepala aku jangan cakap la, pening menahan ngantuk tapi what to do, laki takde pulak tu. Dia tidur kat rumah. Tapi sebelum tu dia ada datang la bawak air badak dengan cool fever. Mak aku je lah yang tolong masa Danial tak tidur tu. Tapi Danial ni time tak sihat jangan harap dia nak dekat orang lain sekalipun ayah dia ke atuk dia ke. Yang dia tuju aku le. Lepas tu tak nak diletak nak berdukung je. Lenguh lenguh tangan aku. Mahu tidak, gendut kot Danial tu?


Siang Ahad tu tengok mcm ok je. Tapi lepas dia bangun tidur eh dedar lagi badan dia. Tapi aku just pantau suhu n bagi makan ubat je la. Isnin aku keje mcm biasa. Selasa pun aku keje mcm biasa. Danial masih mcm tu, demam tapi dia demam malam. Kalau malam mmg mencanak tinggi suhu dia sampai aku pun takut nak check suhu dia. Aku cuma banyak tuam tuala basah je la bagi sejuk suhu tu.

Selasa tu balik keje mak aku kata Dhia pulak demam. Tapi dia demam mcm tak demam, aktif bukan main lagi panjat sana sini lari sana sini mak aku kata tapi badan dia dedar. Maghrib tu laki aku kata kenapa badan Danial panas sangat. Padahal petang tu dah ok sikit dah takde la panas cuma dedar je kan. Aku check suhu dia, amek kaw 39.0 darjah celcius! Terus laki aku ajak check dekat hospital. Aku pun ok sebab aku pun worry sebab dia demam lama dah 4 hari kan takut la jangkitan kuman ke denggi ke sebab musim denggi sekarang ni dekat kampung aku tu. Doktor check suhu Danial dah makin tinggi, 39.6 darjah celcius, masuk ubat bontot. Melalak tak hingat la dia mase masuk ubat bontot dengan amek darah tu. Tak sanggup aku nak dengar dia menangis. Alhamdulillah dah check darah semua bukan jangkitan kuman bukan jugak denggi. Syukur. Doktor bekalkan ubat demam je dengan ubat titis hidung untuk Danial. Untuk Dhia dapat ubat demam, batuk n selsema.


Malam tu Danial langsung tak kena. Nangis je keje dia sampai aku naik buntu. Mak mertua aku datang pukul 1 pagi sebab Danial menangis je kan, boleh dengar sampai rumah mertua aku kat depan tu. Kuat tak kuat dia melalak. Tapi Danial tetap tak nak dengan orang lain. Dengan ayah dia pun tak nak, nak dengan aku je la melekat. Lama lama dia dah penat kot dia tertidur tapi atas pangkuan aku. Dah agak agak nyenyak aku turunkan ke tilam, eh sedar ko dia! Nangis lagi bila tahu aku turunkan ke tilam. Last last aku takde pilihan, aku tidur duduk sambil memangku dia. Aku lelap mata tu pukul 4.30 pagi. Pukul 6.30 pagi dah bangun sebab Danial merengek lagi. Adoi la mata mcm kena gam tak boleh nak bukak tapi kerana anak, ku gagahkan diri jugak. Dhia ok je tidur nyenyak, dia peduli ape adik dia nangis melalak mcm mana sekalipun. Yang dia tahu dia nak tidur.

Siang 1st Jan tu aku bawak Danial n Dhia pergi berurut. Amboi sakit sakit badan Danial ok. Kat bahagian leher, bahu dengan pinggang mmg melalak kuat dia bila diurut. Anak aku kalau demam mmg aku bawak pergi berurut takut terkehel ke tersalah urat ke ape kan. Dhia siap ketawa ketawa mase kena urut. Bila tanya sakit ke tak, dia boleh cakap dengan muka eksen "tak pun, beshhh"

Malam tu Danial masih begitu la, merengek dan merengek. Khamis malam tu aku bawak pergi berubat kampung pulak. Tengok mcm dah ok sikit lepas tu, demam Danial dah kebah dah. Badan dah sejuk tapi masih merengek la, takde mood dia nak main ke apa, mmg terbaring je la nak orang pangku dukung belai dia je.

Jumaat aku keje mcm biasa. Tapi tengahari tu adik aku call pulak cakap Dhia demam panas sangat siap muntah muntah. Alahai aku kalau dah dengar anak mcm tu mmg dah takde hati lagi dah nak keje. Terus aku amek leave half. Aku balik tengok kesian Dhia. Mata bengkak nangis, badan dia panas betul. Mak aku pakaikan spender je then letak tuala basah dekat badan n dahi. Nak cakap pun dah tak larat dah dia. Danial dah kebah tapi nampak aku je terus minta dukung. Malam tu aku bawak pergi klinik pulak. Sekali bila doktor check suhu Dhia, 40 darjah celcius. Nak pitam aku dengar. Doktor pun mcm takut terus amek ubat masuk bontot. Alhamdulillah beberapa jam lepas tu suhu dia turun mendadak dan aku check dah normal semula dah. Tapi masih pantau la. Adik dia pun masih berbaki demam. Doktor chech suhu Danial 37.9 darjah celcius. Aiyooooo demam apekah ini degil sangat nak pergi.



Tengok gambar Dhia ni kesian sangat muka dia. Tak bermaya takde mood. Dah tak ceria dah. Padahal dia ni pantang hala kamera laju je buat aksi n pose pose menarik. Ni sebab tak sihat ni terus jadi masam mencuka, sedih benor rupa tu kakak.

Sabtu aku pergi keje, aku tanya adik aku keadaan anak anak aku, adik aku kata mereka ok. Dah tak demam dah, Danial pun dah mula nak main main tapi mood masih lagi belum stabil. Syukur sangat. Kalau la boleh dipindahkan sakit tu, aku rela diberi sakit tu kepada aku asalkan anak anak aku sihat. Aku mmg risau sangat kalau anak anak demam ke tak sihat ke.

Tapi smlm boleh pulak petang tu panas Dhia naik lagi, 38.9 darjah. Aku dah tak keruan dah ni. Kenapa la demam on off je. Nasib baik Johor ni kerajaan keje hari ahad, aku lak cuti ahad so terus la siap siap hantar dia pergi hospital check darah. Takut la kan jangkitan kuman ke denggi ke, sbb hari tu check darah Danial je. Alhamdulillah takde pape jugak. Demam biasa je doktor kata sebab paru paru pon ok je. Lame betul demam dia nak kebah. Pagi tadi aku nak pegi keje pon still panas badan dia, siap siap bagi ubat demam.
Batuk n sesema mmg ada, Danial pun sama tapi dah kurang sikit dah. Batuk pulak jenis batuk jahat tu. Geram aku dengar dorang batuk. Kahaknya mcm tebal sangat.

Anak anak ibu sayang, ibu ayah doakan anak anak ibu cepat sembuh ye. Nanti boleh main mcm biasa. Nanti ibu ayah bawak pergi jalan jalan. Ni awak berdua tak sihat tak dapat nak keluar rumah. Kesian kamu berdua. Mmmuuuaaaahhhhhh!!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers