Followers

Thursday 12 December 2013

Kenduri Kesyukuran & Ke Jemputan Perkahwinan

Kejadian minggu lepas, hari Ahad 1 Disember 2013. Hehehe terperam je dalam draft. Taip je padam, taip lagi padam lagi. Apehal la kan mood tak sampai sampai lagi nak berblogging. Rindu nak menaip entry tapi selalu tu la terperam je dalam draft last last tak publish. Takpe la, kalau bubuh gambar je pun ok je kan? Malas nak menaip. Aci tak? * padahal bukan ade orang kesah pun.. ko je yang poyo.. kahkah.. kasi can laaa 1 kali.. *

Kenduri dekat rumah mak aku. Kenduri kesyukuran adik bongsu aku berkhatan. Dah mcm menjadi tradisi, kalau ada di antara adik beradik lelaki aku yang berkhatan mmg mak ayah aku akan buat kenduri kesyukuran. Kalau anak perempuan pulak mak ayah selalu buat masa kami bersalin. Kenduri kesyukuran tanda dapat cucu la mcm tu. Tapi yang ni aku dengan kakak aku je lah yang dah, adik perempuan last tu belum lagi. Baru habis SPM hari tu.

Gambar adik aku yang berkhatan tidak pulak aku ambik sebab dia punya perasaan malu mmg tinggi. Baru hala kamera dah cakap "jangan la jangan la" lepas tu tutup muka pakai tangan. Lain la kakak dia ni, ko hala je kamera laju terus aku senyum sampai telinga siap posing bagai. Tapi skrg dah slow la sikit, banyak ambik gambar anak anak je. Gambar suami lagi kesian, berapa ketul je dalam henpon aku ni. Semua gambar anak je. Wallpaper smua pun gambar anak anak je. Kesian incik suami. Tapi i still love u sampai syurga ok.. Aaaawwww

Kenduri kesyukuran biasanya mmg mak akan masak sendiri. Kalau adik beradik aku semua ada, mmg bergotong royong la masak. Kali ni abang abang n kakak aku tak dapat balik. Adik aku yang tentera tu apetah lagi. Skrg tengah jalankan latihan ke apa ntah dekat Sabah sana. Susah nak hubungi sebab dia ada kat pulau. Lupa pulak pulau apa. Al maklum la, faktor usia.

Mak masak banyak betul untuk juadah kenduri tu. Aku datang rumah mak pukul 10 pagi mcm tu sebab sempat pergi sarapan dulu. Sampai sampai rumah mak je, tengah potong potong kentang, tempe, bawang dan segala mak nenek bahan masak. Adik perempuan aku sorang tu pulak tengah goreng ayam. Aku tak nak ambik alih bab goreng menggoreng sebab takut terpercik percik minyak. Hahaha ngade kan. Tapi mmg ye pun aku takut kalau minyak panas terpercik percik kena ke kulit, sakit ok. So aku terus capai pisau dan tolong mak potong potong lobak, kentang dll.

Pagi tu mmg aktiviti kopek bawang n potong memotong bahan masak je. Masaknya around 2 pm mcm tu. Biasalah hal masak memasak ni yang leceh sekali kan nak menyediakan bahan masaknya. Nak kopek, nak potong lagi nak blend lagi. Kalau masak kan senang je capai capai bahan terus masuk dalam kuali. Sebab tu aku ni weekend dah kopek bawang awal awal masuk dalam peti. Nanti nak masak senang tinggal cuci. Aku dah la keje kan, kalau balik keje sampai rumah dah 6.30 petang, nak kopek bawang time nak masak tu mmg lambat la siapnya, sebab tu weekend aku kopek awal awal.

Tengahari tu pulak aku sempat larikan diri kejap pergi ke majlis kahwin adik kepada birasku. Makan nasi minyak sedap siap ada lauk ulam ulaman, sambal belacan semua. Aku suka kalau pergi kenduri kahwin ada lauk kampung mcm tu, boleh habis licin aku makan. Dah mcm kambing dah aku hari tu ambik ulam banyak sampai tertutup lauk yang lain, nampak mcm aku makan daun daun je. Haha. Oh gambar tidak ada ye sebab handbeg aku time tu suami aku kot yang tolong pegangkan. Henpon semua dalam tu so nan hado la gambar. Tapi sebelum dan semasa dalam perjalanan ada la amek gambar sikit. Gambar anak anak n diri sendiri je pun. Suami jual mahal so taknak la aku beli. Hehehe :p



Dimulain dengan gambar anak anak kesayangan. Danial belum pandai berjalan tapi tapak kasut dah kotor. Tu aku punya keje la tatihkan dia dekat atas tanah. Hahaha.


Kasi can la ibu dia pun sama nak tepek muka.. Blog sendiri kan.. Hehehe

Geram betul tengok gambar Dhia ni. Pandai betul dia beraksi depan kamera.

Adik masih belum mengerti. Nanti belajar dengan kakak yeh dik?

Ibu je la yang beriye iye pandang kamera. Uolls buat tak tahu je kan tengok babytv. Selalu ibu diperlakukan begini. T_T
Tetibe pulak gambar tangan berinai di jari. Ni jari jemari halus Dhia ni. Sibuk pakai inai. Ni masa tu sepupu sepapat dia pakai inai, dia mula mula tak nak siap tanya "kenapa ada darah tu?" pastu dia main la buat tak tahu. Lama kelamaan dia datang balik dekat makcik dia pastu dia mintak pakai jugak. Kejung kaku je dia masa inai tu belum kering. Hahaha. Esoknya datang rumah atuk dia, cepat cepat dia tunjuk jari dia dekat atuk dia, uncle auntie ucu dia.. Teruja la tu konon.. Tapi inai ni kejap je ilangnya. Skrg tinggal saki baki je kat jari halus dia. 


Tengok tu, my cheeky girls. Pandai je buat mimik muka tu kan.. Adik masih lagi dengan babytv nye. Dia pedulik hape ibu dengan kakak nak selfie. Dia tak heran dengan ini semua. Kalau dia pandai cakap mesti dia dah sound "ini semua phoyoooooooo!"




Holoh holoh holoh.. Ini dia capture sendiri. Aku setting kamera depan, amboih tengok tu bukan main lagi berangan senyum sengih sensorang.

Balik around 3.30 pm, sampai sampai rumah je, mak dah siap masak dah. Wah begitu hebat ye. Time tu mak tengah masak kari je. Ayam dah siap siap goreng kan, so mak masak kuah kari je tinggal masukkan ayam. Lauk lauk lain dah siap masak dah pun.

Kari.. Belum lagi dimasukkan ayam.

Acar! Paling aku suka.. Siap ratah gitu je.

Sambal goreng. 

Ayam yang dah digoreng dan akan dimasukkan ke dalam kari.

Lodeh. Mak masak kering je.

Pulut panggang.

Bingka.

Puteri salat.

Abok abok.
Kuih muih pun semua mak buat sendiri. Bila masa dia buat pun aku tak tahu. Sedar sedar dah ada kat atas meja dah masa balik kenduri kahwin tu. Ni pun ada lagi lauk yang aku tak snap sebab mak masak dah petang petang sangat dah, pastu aku pun dah busy mengemas apa apa yang patut kan. Lauk kulit lembu masak lemak cili api dengan urap daun pegaga n pucuk ulam raja aku tak snap.

Kenduri lepas magrib, jemput tak ramai tapi 8 dulang jugak la ambang. Malam habis majlis aku terus balik rumah.Tapi tolong mak dulu cuci pinggan cawan kotor semua. Penat jugak walaupun kenduri sikit je. Itu belum lagi kenduri yang jemput orang datang rewang, lagi penat ok. Fuhhh.

Oh adik aku yang berkhatan tu pun dah elok dah luka, dah pakai seluar siap dah main bola.

1 comment:

aanie said...

Perghh..cepat betul mak masak....mmg terer habis la....

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers