Followers

Tuesday, 31 December 2013

Dhia Free Diapers

Yeahhhh!! Clap clap clap hands!


Alhamdulillah di umur 3 tahun 3 bulan, Dhia dah bebas dari 'jajahan' diapers. Aku pun tak tahu mcm mana tiba tiba boleh berlaku kejadian ini. Tapi yang aku ingat 2 minggu lepas aku mmg saje cuba tak pakaikan dia diapers. Aku dah pesan siap siap kalau nak kencing nak berak bagitahu cepat. Tapi setiap sejam aku mesti tanya dia, nak kencing tak nak berak tak?

Mula mula dia asek kata tak nak tapi terkencing jugak dalam seluar. Tu pun bila dah kencing baru dia bagitahu aku. Mungkin dia masih blur "nak kencing bagitahu" dengan ayat "dah kencing bagitahu". Dia confused nak bezakan "nak" dengan "dah". Maybe dia fikir kalau dah kencing baru bagitahu sedangkan yang kita maksudkan adalah kalau rasa nak kencing bagitahu. Eh paham tak ni apa yang aku cuba sampaikan ni? Ok, abaikan...

So takpe untuk trial aku maafkan dia yang terkencing dalam seluar dekat depan tv. Lepas tu aku pesan lagi kalau rasa nak kencing bagitahu cepat cepat pergi bilik air. Tapi dalam intonasi tegas dan mata bertemu mata. Dia just anggguk angguk je la kan. So dia main main dengan adik dia, aku tengok tv. Sejam lepas tu aku tanya nak kencing tak, jawapan still no. Ok main lagi.. Tak lama lepas tu dia datang kat aku "bu, kakak nak kencing". Cepat cepat aku bawak pergi bilik air. Suruh cangkung, tu pun tak keluar "ish tak boleh keluar lah bu" T_T

Aku suruh je dia try kencing sampai boleh. Ye la sebelum ni pakai diapers kan, suka hati dia je nak kencing. Ni kena mencangkung plak ni, untuk benda yang pertama kali dia nak buat, dia rasa janggal la kot kan? Dekat 2 minit baru la dia kencing. Siap happy ni dah kencing "ehh kakak dah boleh kencing la". Muke senyum sampai telinga. Lepas tu aku puji puji dia, "ha pandai pun, mcm ni la..lepas ni kalau nak kencing ke nak berak, dekat dalam toilet ok?". Dia jawab "ok bos"


So ha mcm tu la ceritanya dia free diapers. Tapi masa kat rumah mak aku, kadang dia terkencing jugak. Mungkin suka tahan kencing tu pasal tak sempat nak ke toilet dah kencing dulu. Tapi ni 2-3 kali je mak aku kata, skrg dah ok sangat dah, mmg dia akan lari ke mak aku kalau nak kencing ke berak. Gud job sayang!

Tapi waktu dia tidur mmg kena pakaikan diapers. Pernah sekali sebelum tidur aku dah bagi dia kencing siap siap, tapi malam tu kencing jugak atas tilam. So aku pakaikan je kalau tidur. Kalau pergi keluar jalan jalan pun aku pakaikan je sebab kalau dia nak kencing masa dekat atas jalanraya, pitam aku mana nak cari toilet. Kalau ada stesen minyak yang dekat takpe lagi. Kalau jauh lagi? Habis kang 1 kereta bau hancing.

Untuk perkembangan ini aku sebagai seorang ibu tentunya gembira dan berbangga dengan pencapaian anak aku ni kan. Mesti ada yang berkata "eleh setakat free diapers siap nak bangga". Ehhhhhhhh biarrrrrr laaaaaaaaaaaa pun kannnnnnn. Kang kalau anak ko sendiri mcm ni, ko pun akan berbangga. Bukan ke perasaan seorang ibu itu mmg begitu? Apa apa berkaitan anaknya dia akan merasa bangga. Kan?

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers