Followers

Tuesday, 24 December 2013

Baru Pandai Pegang Sendiri

Budak manja kan, umur dah setahun sebulan lebih baru nak pegang botol susu sendiri. Kalau tak sebelum ni mesti kena pegangkan sampai dia habis minum. Jenuh la orang yang pegang tu kan nak tunggu dia habis teguk minum susu tu. Bukan kita tak ajar dia, dah ajar dah tapi sebab dia ni malas ke sebab manja sangat ke apa ntah la, mmg dia cepat cepat tarik tangan dia kalau kita suruh pegang botol sendiri. Nanti kita dah letak tangan dia pegang botol, terus dia tarik tangan dia, jatuh la botol kan. Terpaksa jugak pegangakan.

Tapi beberapa minggu lepas la, baru dia nak pegang botol sendiri. Tu pun hari hari ajar pegang. Dia mcm tu la, tarik tangan cepat cepat tak nak pegang botol. Tapi aku nak bagi dia pegang sendiri jugak, so bila botol tu jatuh, aku buat tak tahu je, biarkan dia ambik sendiri n pegang. Alhamdulillah taktik aku berjaya. Bila dah lama tu aku buat tak tahu, dia no choice, terpaksa jugak ambik botol tu dan pegang sampai la susu habis. Boleh pun kan cuma manja terlebih sangat.





Besar dah bujang aku sorang ni.. Muka fresh pagi pagi baru bangun tidur. :)

Skrg dah tak main la botol kecik yang 4oz tu, skrg pakai botol yang 8oz, tapi aku selalu buatkan 6-7oz je tu pun kadang kadang ada ditinggalkan sikit baki. Tapi kalau buatkan dalam botol kecik ni mmg tak cukup, habis je susu dia sedut sedut lagi. Bila dah sedar susu dah habis, merengek la dia. Budak lelaki kan, mmg kuat menyusu. Bila dah kuat menyusu, diapers dia pun larap la jugak pakai. Kalau siang 3-4 keping, malam pulak biasa 2 keping tapi kalau berak, 3 keping la. Nasib baik kakak dia dah free diapers, dah jimat kat situ.

Oh tentang Dhia free diapers tu nanti aku blogkan. Tu pun secara tiba tiba je dia boleh dah free diapers.

1 comment:

mama ila said...

hehehe..comel =) anak ila dulu pun camtu..setahun lebih baru nak pegang botol sendiri..hihihi..manje betul =)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers