Hahaha siap ada part part pulak. Ingatkan mmg dah habis dah cerita tu.. Tapi rupa rupanya ada cerita tambahan, tu yang buat part 2 tu. Hehehehe
Ceritanya begini, entry semalam ni aku karang pada hari Sabtu tapi aku masuk dalam draft dulu dan publish semalam. Sabtu balik keje tu badan aku rase seram sejuk, rase tak sedap badan la kan. Mcm nak demam tu, mandi pun menggigil gigil keluar dari bathroom. Siap bersweater bertoto bagai. Anak anak mmg suami yang handle lah. Suami tengok aku menggigil gigil tu terus bawak pergi klinik. Demam sikit dan check sekali kaki aku yang membengkak gila. Sakitnya Tuhan je yang tahu. Nak menapak pun rasa terseksa. So doc suruh aku pergi x-ray sebab mase hari aku jatuh tu doc tak x-ray sebab aku pun cakap tak sakit pun, just sakit kat luka je la kan. Klinik aku pergi tu pun takde buat x-ray so kena pergi buat kat tempat lain.
Lepas tu balik terus ngap ubat n tidur terus. Danial aku jugak dodoikan sebab dia mmg tak nak ayah dia dodoikan. Nasib baik tepuk tepuk terus tidur, dapat aku berlayar sama. Pagi Ahad bangun tidur lagi menggila dia punya bengkak, Nak berjalan pun tak larat mcm nak merangkak je. Hubby dah bising sebab aku cakap still ok tak payah x-ray, sakit kat luka je tu. Hihihi perempuan yang takutkan kebenaran begini la. Aku takut sekali x-ray tu mmg betul betul patah ke ape ke kan, pastu siap pk kena operation semua. Ah ini semua pemikiran dan imaginasi perempuan penakut sahaja. Kuikui
So hubby mmg membebel je la ajak pergi x-ray tapi aku kan bijak membantah dan membangkang, so aku menang tapi dengan ucapan "jangan nak ngadu2 ngadu sakit ke ape, suruh pergi x-ray pun takut". Hikhikhik awak ni comel la taw tak? Lepas tu aku kata "ok la ok la esok pagi kalau sakit kita pergi k?". Ko tengok? Nak tunggu esok esok jugak kan. :p
Esok paginya bangun tidur seolah olah tak sakit, dah boleh menapak sikit. Eh eh ini mcm tak boleh jadi, kena cancel pergi x-ray ni. Hahahaha. So aku mandi lepas tu pakai baju semua nak siap siap pegi keje. Suami aku tengok aku mcm nk telan je. Lepas tu aku pun berjalan depan dia dengan gagahnya dan kata "tengok tengok, dah boleh jalan dah mcm biasa, dah tak sakit dah sayang". So suami pun bagi aku pegi keje. Baru sampai opis buat keje 10 minit, suami aku sms tanya mcm mana kaki ok tak. Aku kata la ok je lagipun kat opis ni duduk je tak berjalan sangat pun. Dua jam lepas tu dia tanya lagi mcm mana ok tak. Tapi kuakui la kan kaki aku makin bengkak sebenarnye tapi kurang dah sakit. Lepas aku sent je mesej tu, tak lama dia terus call. Hahahaha membebel lagi dan lagi lepas tu bagi amaran keras suruh aku balik half day, tak kira dia nak bawak pergi x-ray jugak. Lepas tu dia cakap "kalau tak nak pergi jugak, tunggu la kang ada yang sampai dekat opis tu tarik dia pergi x-ray". Uiii kite takut, jadi kite pun terus inform manager.
Aku ingat dia nak bawak klinik je untuk x-ray, sekali dia bawak aku pergi hospital. Dia cakap kot kot teruk ke boleh minta admit wad terus. Eeeeee kita tak nak lah tido hospital.... Dah sampai hospital pung pang pung pang dah x-ray bagai then doc tengok sah ada sikit crack. OMG OMG tak tahu mase tu nak senyum depan suami ke nak gelak besar terus. Suami aku mmg dok gerammmmm je kan. Nasib baik tak teruk sangat, doc just bandage je dan bagi date appointment jumpa doctor pakar tulang next Monday (4.11.2013).
Kat dalam kereta siap kena tarik telinga taw dengan suami. Dia cakap awal awal x-ray kan tak mcm ni. Tu la kan nak buat mcm mana, aku kan penakut nak jumpa doctor. Hahahaha. So Isnin depan ni kena la menyerah diri lagi ke hospital untuk check-up. Harap cepat sembuh. Amin!
Followers
Tuesday, 29 October 2013
Monday, 28 October 2013
Malang Tidak Berbau
Lame dah tak berupdate tibe tibe je tajuk sedikit saspen. #agaknyelaaaa
Aku ni selame ni mmg pergi keje bawak kereta tapi sebabkan minyak naik, aku pun bawak la motor. Eh tapi sebelum minyak naik aku dah bawak motor. Lebih kurang dah 4 bulan jugak aku pergi keje bawak motor. Aku amek keputusan bawak motor sebab nak tolak tambah darab bahagi semua mmg sangat jimat tang duit petrol kalau aku pergi keje bawak motor.
Aku dari rumah nak hantar anak anak ke rumah mak aku dah berapa km, lepas tu dari rumah mak aku nak ke office pun dah berapa puluh km, jauh la kan, lagi pulak kereta laki aku tu kuat benor makan minyak la oi. Lagi azab baru baru ni minyak naik harga, bertambah la peluh jantan yang keluar ha. Sebab tu bincang dengan husband dan ambik keputusan untuk pergi keje naik motor. Motor wave 125 lakiku tu letak kat rumah mak. So aku just bawak kereta dari rumah nak ke rumah mak menghantar budak budak. Lepas tu pergi keje naik motor dari rumah mak. Dapatku rasai perbezaannya bebeh!
Tapi tu la kan orang kata malang tak berbau. Kalau berbau awal awal lagi ku da elak jebat. Pagi Selasa tu mcm biasa lepas hantar anak anak kat rumah mak aku, terus aku pergi keje naik motor.
Nak dipendekkan cerita entah mcm mana masa aku belok nak masuk simpang ke tempat keje, kereta dari arah bertentangan pun main masuk je simpang sama. Kenapa la gelojoh sangat? Tunggu lah adek ni masuk simpang dulu, baru la ko masuk, aku ni naik motor bhaiii.. So lepas tu bergesel la kan dan aku ni yang malang, jatuh la kan terseret atas jalan tar tu ha. Mula mula kena mmg la tak rase ape kan. Kat simpang tu ada kedai ayam, kedai jual ayam maksudku. Ayam untuk dimasak dimakan untuk lebih details (takut uolls pk "ayam" lain pulak LOL). So orang yang dekat kedai ayam tu ada 3 orang la yang membantu aku. Angkat motor dan tolong aku sebab mase tu selipar entah ke mana, beg entah ke mana. So nasib baik mereka membantu dan menolong ambik beg dan kasut aku dan berikan kepadaku. Terima kasih ye semoga Allah saja yang membalas jasa baik kalian.
Lepas jatuh tu aku mcm tak dapat nak pikir apa apa pun, bila orang yang keje dekat kedai ayam tu suruh call someone, baru aku capai phone dalam beg dan terus ku dail nombor suamiku. Reaksi dia jangan cakap la, mmg terkejut habis. Tak sampai 10 minit pun dia dah sampai. Ntah berapa laju dia bawak kereta. Suami bawak aku pergi klinik dulu semua. Masa nurse nak cuci luka aku mmg takut.. Takut pedih takut sakit. Tapi alhamdulillah tak rasa ape pun. Lepas tu doktor inject, pun tak sakit. Hehehehe
Lain lain aku malas nak cerita.. Nah bagi korang tengok luka masa mula mula jatuh dan luka lepas 3 hari. Lagi azab ok lepas beberapa hari, kaki membengkak dah mcm ape, nak jalan punye lah seksa, solat apetah lagi. Phewwww!
Atas ni mase baru je kena. Baru lepas balik dari klinik masa ni. Kiranya masih fresh lagi luka ni. :D
Aduh tengok balik gambar ni teringat balik rasa pedih tu. Mahu tidak, terseret atas jalan tar kan, mmg "sangat sedap" laaaa.
Gambar luka ni pulak sebelah petang lepas aku urut. Oh ye lupa cakap petang lepas jatuh tu aku terus je pergi berurut sebab jatuh terhempas atas jalan kan, mesti akan rasa sakit sakit badan. Mase urut tu mmg agak sakit la tapi takde la sampai tak tahan, sebab baru kena je aku terus urut kan. Tapi esok paginya aku bangun tidur amek kau sakit jugak 1 badan terutama kat leher dan bahu.
Ini pulak keadaan luka selepas 3 hari. Kaki mmg membengkak sangat sangat, nak berjalan mmg sangat susah apetah lagi mase solat. Boleh nampak kan beza kan? Yang dekat tapak tangan tu mmg sangat bisa, tapi luka luka tu semua dah kering cuma masih lagi rasa sakit terutama bahagian kaki tu. Allah je yang tahu mcm mana rasaya.
Syukur alhamdulillah takde luka luka lain selain dari luka dekat tangan n kaki ni. Maybe atas faktor baju sweater yang aku pakai agak tebal dan aku menahan guna tangan sebab tu tapak tangan je luka, lain lain anggota badan tidak terjejas. Syukur..
Suami aku mmg melarang aku naik motor lagi tapi aku kan degil.. Hehehe.. Mase dia cakap lepas ni pergi keje naik kereta semula tak payah nak bawak motor lagi, aku pun "saya bantah Yang Arif!".. Mihmihmih hangin je member. Sebenanrnya naik ape sekalipun kalau dah mmg tertulis, kita tak boleh nak elak lagi dah. Skrg ni cuma perlu lebih berhati hati dan berwaspada la.. Kadang kadang kita dah habis hati hati pun kena jugak kan. Macam kes aku ni la.
So lepas ni kena pandai jaga diri sebab kemalangan boleh terjadi di mana mana. Mintak dijauhkan dariku dan seluruh keluargaku ya Allah! Amin.

Wednesday, 9 October 2013
Wordless Wednesday 9 Oktober 2013 ~ Future Mr Right
Fresh lagi pic ni, pagi tadi tangkap gambar dia sesampai je ke rumah tok mak. Gambar kakak tidak dapat dikongsikan sekali sebab masih tido. Perangai kuat tido dia tu masih lagi lekat dan sebati dalam diri dia. 10 - 11 am baru dia bangun. Kite angkat ke gerak mcm mana pun dia pedulik hape, tido lebih penting dari segalanya.
Danial ni kan dah nak menginjak 1 tahun dah next week, itu nanti letak entry lain khas sempena umur dia 1 tahun. Simple entry pun takpe janji ade kan walaupun birthday party dia pun dah buat awal dan saing dengan kakaknya.
Ummm kakiku.. Tembun tembun jari kakiku.. Geramnye.... |
Nyammm nak try gigit laaa.. Geram sangat dengan kaki sendiri ni.. |
Gigit dia gigit dia!! |
Ibu : Ape adik ni makan kaki?? Danial : Adik gigit je la bu geram ni jari kaki adik gemok gemok mcm kena sengat honey bee.. Ibu : Tak mo tak mo! |
Hmm ibu marah pulak kan, ok la kite tak gigit lagi.. |
Eh eh mcm dah tak wordless je ni.. Hahahaha!!
Tuesday, 8 October 2013
Genap 4 Tahun
Syukur alhamdulillah, hari ni 8 Oktober 2013 genap 4 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Imbas balik 4 tahun lepas, 8 Oktober 2009 kami dinikahkan. Waktu tu umur aku baru 21 tahun dan suami 22 tahun. Muda lagi dah kawen kan. Mihmihmih
Seronok kawen awal ni. Walaupun masih lagi mentah waktu tu, alhamdulillah bahagia rumahtangga kami. Kena ada tolak ansur, kena ada persefahaman, kena tahu tanggungjawab, kena ada rasa mempercayai. Ape pun salah sorang kena mengalah dalam apa jua situasi. Kalau dalam keadaan genting dan salah sorang tak boleh mengalah, dua dua better diam sampai keadaan cool kembali. Itu aku la tu selalu buat. Aku yang selalu buat suami marah lepas tu aku sendiri yang sakit hati, dah sakit hati tu terus merajuk pulak. Bila suami tak pujuk, nak sentap sentap padahal si suami tengah marah jugak. So ape lagi, diamkan diri je la sampai keadaan back to normal dan mase tu boleh la say sorry.
Sempena ulangtahun perkahwinan ni aku tak mintak apa apa pada suami. Aku cuma nak dia bahagiakan aku dan anak anak sampai bila bila. Nak dia jadi suami yang lebih bertanggungjawab, menghargai diri aku dan menyayangi diri aku sampai bila bila. Kalau aku dah tua kerepot muke kedut kedut kalau dia tak sayang lagi, siap la dia.
Ada perancangan nak keluar berdating berdua dengan dia tapi aku kena double confirm dengan mak aku untuk tolong jagakan anak anak aku. Mase aku usulkan nak dating berdua, suami dah rasa malas sebab dia tak boleh anak anak tak dibawa bersama. Aku kenal sangat dia tu. Susah kalau nak kami keluar berjalan tak bawak anak. Macam rase bersalah gitu ke ape tak pasti la, yang pasti dia mmg jenis payah nak jalan tinggal anak. Tapi kalau dia berjalan dengan kawan kawan, takpe pulak tak bawak anak bini kan, tak rase bersalah pulak dia kan.
Doaku untuk rumahtangga dan perkahwinan ini, semoga akan kekal hingga ke jannah, semoga kekal bahagia bersama anak anak untuk selamanya, sentiasa dilimpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dan sentiasa dimurahkan rezeki buat keluarga kami. Aamiin...
Wednesday, 2 October 2013
Danial Demam
Risaunya hati ni kalau anak demam. Danial demam lagi. Walhal masa buat birthday dia dengan kakak dia tu dia baru baik demam dan sakit mulut. Ni dah demam lagi. Dari hari sabtu lepas Danial demam. Sabtu tu aku balik keje petang tu tengok dia ok je main main dengan kakak dia. Tapi dah nak magrib tu mase suap dia makan, aku rasa mcm dedar dedar. Eh tak boleh jadi ni, lepas makan je cepat cepat bagi dia makan ubat demam. Malam tu makin menggila panasnya ok. Check suhu, 39.5 panas dia. Aku jeram je dengan tuala basah lagi lagi dekat celah ketiak, peha, leher dengan dahi. Malam tu pun aku tidur tidur ayam je. Kejap kejap bangun check suhu dan jeram air.
Pagi Ahad tu pun sama suhu main dekat 38-39 je.. Dah bagi ubat pun tak jugak jalan. Tak boleh jadi, tengahari tu aku bawak pergi klinik. Demam berlarutan sampai ke malam tak jugak kebah. Lepas dah bagi ubat pun tak surut demam dia, aku decide nak bawak pergi urut. Esok paginya aku keje mcm biasa sampai petang. Balik keje bawak pergi urut. Kat tengkuk dia dengan pinggang sakit. Budak baya mcm dia tengah melasak, tu yang sakit sana sini. Nangis mase urut jangan cerita la, nak pujuk dia bagi diam pun susah. Aku mmg akan hantar anak aku pergi urut kalau demam makan ubat tak jugak kebah. Kita pun kadang kadang badan rase letih, sakit, lenguh. Baby pun mcm tu jugak nak nak lagi tengah melasak mcm Danial tu.
Alhamdulillah malam tu lepas urut, demam dah kebah. Mase tidur tu pun aku check suhu dah turun jadi 36.8.. Syukur sangat. Tapi timbul pulak hal lain. Dia tak nak makan tak nak menyusu! Alahai anak anak.. Malam tu mmg langsung tak menyusu. Pukul 1.30 pagi dia nangis. Maybe sebab lapar perut kosong tak nak menyusu tak nak makan. Aku paksa pun makin menangis dia. Eh ni tak boleh jadi. So aku tak paksa dah. Budak ni kalau dia tak nak, jangan la paksa. Nanti dia fobia terus tak nak minum susu. Uiii i is takuit.. Then try bagi air suam, ok dia minum. Takpe la janji tak hydrate. Cume perut dia kosong laa tak berisi apa apa. T____T
Semalam (selasa) aku keje mcm biasa jugak. Tapi masa lunch hour mak call cakap Danial dari pagi aku hantar tak nak makan tak nak susu, air masak je dia minum. Lepas tu dia menangis je sebab lapar barangkali. Mak aku dah naik risau tu yang call aku. Terus aku pecut balik. Sampai rumah je kesian tengok anak bujangku. Mata bengkak, lesu, tak bermaya, takde mood. Aku tak tahu dah nak buat mcm mana nak bagi dia makan n minum susu. Aku nampak ada sumi, aku try bagi, dia makan. Takpe nak, sumi pun boleh buat alas perut. Tapi makan 1 bekas kecik tu je. Try bagi lagi dia dah tak nak. Aku dah syak dia sakit mulut. Alaaa kalau baby kan boleh kena sakit mulut tu yang putih putih je tu. Tapi aku tengok takde pun putih putih, mulut pun tak berbau. Kalau sakit yang putih putih tu kan, mulut akan berbau busuk. Petang tu tunggu suami balik keje terus bawak pergi check dekat hospital.
Bila doktor dah check, tekak dia je merah. Maybe tu yang buat dia tak nak makan tak nak minum. Tapi kenapa nak air masak? Kompius sangattt. Mungkin mcm kita la kan kalau demam tekak perit tekak pahit, so air masak je yang sedap ditelan. Pity my baby... Doktor just bagi vitamin untuk bagi dia selera makan. Tapi vitamin jenis syrup ni sangat laaa tak sedap. Nak termuntah mase aku bagi Danial makan. Balik hospital singgah makan, try bagi Danial nasi dengan sup ayam. Eh eh dia makan. Oh gembiranyaaaa ibu lihat awak makan..
Malam tadi pun tak menyusu lagi. Takpe laa sebab dah makan nasi dengan sup kan, dah boleh buat alas perut dia. Pagi tadi sebelum hantar pergi rumah mak, aku buatkan susu dan try bagi, mula mula dia menolak dan nangis. Lepas tu aku pujuk bukak video boboiboy, baru dia nak minum. Habis 1 botol 4 oz.. Alhamdulillah..
Ni tadi baru call mak, mak cakap dia dah nak makan dan minum susu. Ohhh gembiranya hati aku ni bila dengar mcm nak lelompat bintang. Dah start main main, merangkak sana sini. Sejak demam Sabtu tu dia terbaring lesu je takde mood nak main. Aku pun rindukan gelak ketawa dia. Begitu jugak ayah dan kakak dia. Alhamdulillah syukur ya Allah. Maybe demam nak tambah akal atau demam nak berjalan. Hehehehe. Tak sabar nak balik. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)