Followers

Tuesday, 19 March 2013

Anak Inspirasi Berblogging

Amboi siap ada perkataan inspirasi2 kau..

Ye memang benar, tujuan utama aku berblogging ni kerana nak catitkan perkembangan anak2 aku. Letak gambar2 mereka dari baby sampai besar. Itu yang sebenar-benar niat aku wujudkan blog ni. Dulu, aku ada blog lain. Sebelum aku kahwin lagi dah menulis blog tapi masih baru lagi, tak lama pun. Lagi pulak aku belum lagi fasih tentang penulisan blog tu semua.

Nak tengok blog lama aku ke? Bolehlah tengok kalau sudi. Klik sini

Lepas aku kahwin, mood nak berblog adalah zero. Aku pun tak tahu kenapa. Lebih2 lagi bila aku pregnant anak sulung. Sungguh nak menaip pun rasa malas sangat. Lepas dari tu, terus stop begitu saja.

Akan tetapi, selepas lahirnya anak sulung aku Dhia Fitriah, aku terfikir nak berblog kembali untuk anak2 aku. Jadi wujudlah blog ini, khas untuk anak2 aku. Tapi bercampur aduk jugaklah sekarang tentang kehidupan aku, tentang apa saja yang aku rasakan aku nak menulis dan kongsikan bersama. :)

Ada sesetengah orang berblog mungkin sebab minat menulis dan sebagainya. Aku ni nak kata minat menulis tu tak jugak, tapi kerana aku nak ada 1 medium untuk anak2 aku dapat membaca tentang diri mereka dari lahir sampai ke besar, aku rasa aku perlu buat blog untuk mereka baca di masa hadapan. Aku pun boleh baca jugak di masa2 akan datang.

Bila difikir2kan, bagus jugak aku buat blog ni. Contohnya masa aku bersalinkan Danial, aku repeat baca balik pengalaman aku bersalinkan Dhia.. Lebih kurang sama cuma aku tak melalui episiotomi kali kedua bersalin. Itu yang buat aku seronok. Boleh baca kembali benda2 yang lalu yang dah aku coretkan kat sini. Kalau simpan dalam kepala je, esok lusa ada harapan untuk lupa. Tambah2 lagi dah beranak 2 ni. Aku mmg kerap lupa. Apekah ini semua??

Sekarang ni suka sangat baca blog2 berkisarkan mak2. Suka baca blog ibu2 yang ada anak2 baye2 anak2 aku. Dalam masa yang sama boleh baca pengalaman ibu2 lain menjaga anak mereka. Setiap orang kan tak sama caranya.

Dua orang dah anak aku. Sampai bila agaknya mampu aku menulis di sini? Sampai anak 5 orangkah? InsyaAllah selagi terdaya, akan aku tulis dan menulis di sini. Catatan kehidupan aku.

Semoga anak2 ibu menghargai apa yang ibu buat untuk kamu. Ibu sayang anak2 ibu dunia akhirat. Amin..

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers