Followers

Thursday, 31 March 2011

Petua Tambahkan Susu

1- DAUN SIRIH
- sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara.
Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

2- NASI PANAS, HALIA MUDA,AIR ASAM
- makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa.

3- LONGAN KERING
- rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya.


4- LOBAK PUTIH
- ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas
air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.



5- BUNGA MELUR dan DAUN PUCUK MANIS
- giling daun bunga melur atau daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi
sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.



6- SUSU
- banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.


7- KACANG TANAH
- digalakkan ambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

8- HALBA dan JINTAN HITAM
- cuci halba atau jitan hitam bersih2. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya,
rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis @ jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum
airnya.



9- DAUN BETIK MUDA
- ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan 2-3
kali sehari.


Tadi suami sms ckp dia dah belikan lobak putih dan sengkuang.. Kata mak dan mak mertuaku, lobak putih n sengkuang boleh menambahkan susu.. Aku akan cuba mana yang boleh.. Selain tawakal, doa dan makan vitamin, aku akan cuba makan apa2 makanan yang boleh menambahkan susu.. Tak kiralah pahit ke hanyir ke.. Semua hanya untuk anak aku..

Semoga ikhtiar dan segala usahaku membuahkan hasil.. Permudahkanlah segalanya ya Allah.. Amin..

Mood : Sedih


Aku sedang dalam kesedihan.. Sedih sebab susu aku semakin berkurangan.. Sgt risau memikirkannya.. Boleh stress dibuatnya.. Skrg ni hanya mampu tawakal dan berdoa.. Selain tu cuba jugak petua2 yang mak & mak mertua aku bagi.. Semoga berhasil..






Ya Allah, hanya pada-Mu aku memohon.. Tabahkanlah hati hamba-Mu ini ya Allah.. =(

Saturday, 26 March 2011

Senang Tidurnya

Dhia skrg kalau nk tido tak payah nak bertepuk2 sangat montot tu.. Bagi nenen secara baring, nanti dia gentel2 baju kita atau rantai kita lepas tu dia lelap sendiri.. Kena tepuk2 jugak tapi tak mcm sebelum ni, selagi tak tido selagi tu bertepuk..


Depan belakang badan dia mmg kena letak bantal ke teddy bear ke bantal pelok ke sebab kalau tak letak dia mcm tak lena tido.. Lagi pulak si kecik ni tido mmg mengganas, sekejap je lah posisi macam ni lepas tu dah ke mana.. Fuhhh..


Suka sgt tengok dia tido.. Perhatikan mata dia, kening dia, mulot dia.. Lepas tu mulalah terkenang saat2 melahirkan dia.. =)

Close up

Skrg kalau tido sgt nyenyak.. Dah takde bangun2 tengah malam.. Cuma bangun mintak susu je.. Bila dah kenyang, tido lagi tak sedar sampai ke pagi.. Tido pun lama.. Kalau tido lepas magrib, sampai esok pagi aku nak pergi kerja tu lah dia baru bangun.. Kita pun dapat lah menyambil2 buat kerja2 rumah bila dia tido..

Wednesday, 23 March 2011

Anak Saudara Yang Ke 12

Tengok tajuk.. Yang ke-12 ye kawan2.. Anak saudara aku sebelah suami.. Belah aku baru sorang.. Semalam petang biras aku iaitu isteri abang iparku telah selamat melahirkan seorang baby lelaki..



Sweet baby ni.. Baby boy.. Berat baby masa lahir 3.6 kg.. Semangat sgt baby mereka..


Pic atas ni mak ayah kepada baby tersebut.. Mak ayah pun sweet, baby pun sama sweet..

Actually biras aku ni, Lin dah admit masuk wad since Jumaat 18/03/2011.. Tapi tak bersalin jugak.. Isnin 21/03/2011 masuk labour room pukul 3 am.. Tapi sebab jalan tak bukak, dari pukul 3 am sampai esok pagi Selasa 22/03/2011 bukaan cuma 5cm tak bukak2 lagi, maka doktor ambik keputusan untuk operate.. Untuk selamatkan baby dan juga ibu..

Dengan itu, kelahiran ini menjadikan anak saudara belah suamiku kini sudah menjadi 12 orang.. Nak dekat raye nanti kena kira2 budget ni.. Fuhhh..

To Shazlin & Norman, congratulations di atas kelahiran baby korang yang somel!! Didiklah sebaiknya dan berikan kasih sayang yang tiada bandingnya.. Semoga besar kelak menjadi anak yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.. Amin..

Friday, 18 March 2011

Anak Aku dah Berusia 6 Bulan

Semalam 17/03/2011 genaplah usia Dhia 6 bulan.. Alhamdulillah besar dah anak ibu.. Membesar jadi anak yang berguna ye sayang.. Semoga sihat2 selalu dan semoga Dhia mendapat segala kegembiraan.. Bila dah masuk usia 6 bulan ni, mcm2 perangai dia yang dia tunjuk skrg.. Aku list kan untuk tatapan aku jugak kemudian hari..

  • Sangat suka meniarap sekalipun baru bangun tido
  • Sangat suka minum air masak.. 1 hari mahu sampai 4-6 oz minum air masak
  • Dah campur susu.. Fm bagi bila aku pergi kerja, BF bila aku tak kerja & ada di rumah
  • Dah start makan solid food
  • Pandai cebek bila kita buat2 marah dia.. Kadang2 terus nangis
  • Sangat suka dengar bacaan surah Yassin sebelum tido
  • Manja dgn ayahnya.. Baru dgr suara ayah pun dah ketawa2.. Kalau ayahnya bersin atau sendawa pun dia ketawa.. Boleh gitu??
  • Siang tido dalam buai dan berbedung.. Kalau tak bedung dia tak tido.. Kalau dia dah tido, baru boleh bukak bedungnya.. Tapi malam tido dengan ibu dan ayah..
  • Tido sgt lasak.. Paling suka tido mengiring
  • Sebelum tido malam kena tepuk2 dlu dan bukakan surah Yassin
  • Malas diri (Yang ni geram, kita pegang dia pun kadang2 dia malas diri.. Gggrrr)
  • Dah kenal ibu, ayah, atuk, nenek, tok mak, tok yah, auntie n unclenya
  • Suka bila diagah.. Kadang2 sampai mengekek2 ketawa
  • Suka mainan yang ada bunyi dan berwarna -warni
  • Dah mula pandai mintak makanan kita.. Kalau kita tak bagi dia akan mengamuk.. Oleh itu, makan jangan sampai nampak dia.. Bahaya..
  • Tido masih lagi nyenyak dan tak bangun di tengah2 malam kecuali kalau badan dia tak sedap atau tak sihat.. Contoh selsema atau terkehel..
  • Suka sgt mandi dan sgt suka bila masuk ke dalam air!!
  • Mandi masih lagi air hangat.. Dia tak suka air sejuk..
  • Dah pandai nenen sambil aku baring.. Sambil tangan main2 dgn baju atau rantai aku..
  • Suka berbual walaupun dalam bahasa baby..
  •  Sangat suka dgn iklan tv3 yang lagu Nananana.. nananana.. nananana tv tigaaaaaaaa
  • Sangat takut pada bunyi blender.. Aku pon tak paham apa yang dia takut.. Kalau aku blend je mesti dia nangis.. Hairan..


Ape lg ye? Banyak perkembangan dia.. Dah pun setengah tahun umur dia.. Sekejap je masa berlalu kan.. Nanti tak lama lagi dah setahun.. Wahhhh.. Seronoknyaaaaaa... Clap clap clap!!

Budak Penat Meniarap

Dhia skrg sgt suke meniarap.. Kadang2 tengah tido pon dia nk golek2 boleh tertiarap.. Kalau sendal bantal kiri kanan dia, nanti dia akan tak selesa lepas tu buat suara marah.. Jadi ibunya ni kena rajin bangun tengok dia..

Pic ni masa Dhia tengah meniarap then kepenatan.. Sekarang kalau penat dah pandai baring.. Sebelum ni tak tahu lagi..

Arrr uhhh

Nape syg?

Penatlah bu

Skrg ni dah pandai kalau kita tak bagi dia meniarap sgt nanti dia marah last2 nangis.. Dah pandai merajuk woo.. Ape2 pon ibu tetap syg adik.. Adiklah penawar hati ibu.. Love u so much syg.. Muahhhh3!! (Harus jeles kalau ayahnya baca ni.. Muahaha!!)

Mandi Manda Di Kolam Air Panas Part II

Lepas je mandi kat kolam air panas tu, si kecik ni mengaruk tak nak naik dari air pulak.. Mungkin dia tak puas lagi main air.. Tapi dah lama juga berendam.. Dekat setengah jam.. Budak kecik ni kalau dah masuk dalam air, mmg tak kire lame mane.. Janji air tu hangat.. Cer kalau air sejuk, mahu meraung.. Dia tak suka mandi air sejuk.. Nanti nangis sambil jerit2.. Fuhhh..

Ok meh tengok aksi Dhia lepas mandi.. Bukan main lagi tak nak naik dari air.. Bebel2 je mulut dia... Nanti ibu kiss banyak2 mulot tu taw!! =)

Mulot bebel2 sbb tak puas hati

Nk marah la tu

Dia dok pandang je bebudak lain main air

Sampai senget2 mulot tu

Takpe syg, nanti kita pegi lagi ek.. Nanti kita ajak ayah pulak.. Asek mancing je ayah tu kan.. Nasib baiklah ibu ko ni tak kisah sgt.. Tapi kadang2 boring jugak asek kena tinggal 2 beranak.. Mujur duduk sebelah rumah mertua, bosan2 boleh gosip2 dengan mak mertuaku.. Hehe..

Mase mule2 bawak Dhia mandi kolam ni, dia nangis.. Tapi kalau dudukkan dia kat tangga dalam kolam tu dia suka siap main2 air pakai kaki.. Kalau kaki dia tak memijak simen kolam tu, dia akan nangis.. Mungkin takut tenggelam.. Tapi ahad lepas tak pulak dia menangis.. Siap ketawa2 lagi.. Atau mungkin sebab Ucu n Uncle Zaha dia ade sekali yang buat dia happy mandi..?

P / S : Semalam genap usia Dhia 6 Bulan..

Monday, 14 March 2011

Walker Baru.. Woot2!!

Si kecik tu bukan main happy lagi bila kita belikan dia walker baru tu.. Lebih happy sebab walker tu ada music.. Bukan setakat music.. Siap ada bunyi katak, itik, anjing dan kucing.. Bila tangan dia tertekan button tu, keluarlah bunyi2an tu.. Apa lagi, bertambah happy si kecik ni.. Tapi tidaklah nak masukkan dia terus dalam ni.. Ini percubaan saja.. Dia masih belum pandai.. Maybe after a month.. =)






Terserlah kehappyan Dhia.. Bila anak happy, mak ayah pun tumpang happy.. Suka betul tengok dia happy.. Dhia sayang anakku, ibu n ayah syg adik sgt3.. Membesar jadi anak yang berguna ye sayang..

Bawah kaki dia tu mmg sengaja tak bukak.. Sebab dia pun belum pandai nak diri.. Ini percubaan saja.. Best walker ni.. Tepi 2 bahagian tu boleh adjust then nanti jadi mcm buaian.. Thats why tengah2 tu beranjak.. Tapi boleh disambungkan..

Nak cari yang simple tapi ada banyak permainan.. Semua design mcm sama je.. Design yang ni je yang buat hati ibu Dhia ni meronta-ronta nk ni jugak.. So lepas tanye husband, dia pun ok, kita pun ambik je lah ni.. Kaler pun ok kan.. Kalo korang ckp tak cantik, harus aku sentap sebab aku yg pilih.. =p

Jalan-Jalan

Semalam pergi jalan2 dengan Dhia dan ayahnya.. Sekadar nk try pizza set baru tu dan juga beli walker Dhia.. Memang nak belikan Dhia walker.. Setakat pergi Summit.. Macam biasa lah ayah Dhia nk masukkan game baru dlm PSPnya.. So makan pizza dekat Summit tu je..




Budak kesayangan saya bersama dgn budak kesayangan saya jugak.. Eeerrrr.. Haha!! Ini 2 org budak kesayangan saye..

Pizza set baru tu ok, kena dengan tekak aku.. Suke sgt.. Husband aku lagi suke.. Tapi mushroom soup dia tak sentuh.. Terpaksa aku habiskan 2 cawan tu.. Terpaksa ok.. Nk tapau kang sampai rumah dah kompom tak disentuh..

Mencabar sungguh nk makan semalam.. Dhia terjerit2.. Kita makan pizza dia pun nak.. Kita makan sup cendawan dia pun nak.. Bila tak bagi bukan main lagi terjerit2 tunjuk protes.. Fuhhh kecik lagi ni dah rupa gitu kalau marah.. Jadinya makan adalah laju2 sebab si kecik tu menggeram tengok ayah ibu dia makan..

Lepas makan pizza n masukkan game, kitorang pun keluar dari Summit sebab husband tiba2 je tekak dia nak makan kek Moist Chocolate Secret Recipe.. Tapau lah 3 potong.. Aku dah tentu tapau New York Cheese.. Husband ambik Moist Choc dengan Black Forest..

Kebetulan sebelah Secret Recipe tu BabyShop.. Memang niat di hati nak carikan walker untuk Dhia.. Ingat nak cari kaler pink ke tak pun biru2 laut tapi takde pulak.. Berkenan kat 1 design ni.. Tengok kaler pun cantik.. Harga mmg berpatutan.. Ada muzik.. Try masukkan Dhia dlm tu bukan main lg minah tu senyum manjang.. So rembat je yang tu.. Lagipun husband yang bayar.. So kita sebagai isteri tolong memilih saje.. Hehe..

Dapat je walker terus balik... Sampai2 rumah terus masukkan Dhia dalam walker tu.. Wahh teruja betul si kecik tu.. Yang tu next entry ok... Tunggu..

Saturday, 12 March 2011

Kalau Dah Masuk Dalam Air, Tak Nak Naik Pulak

Skrg ni kalau mandi mesti nak main2 air dulu.. Kalau tak dia akan sentap diikuti dengan suara rengekannya yang tak puas main air.. Hai lah anak ibu... Dulu masa baby2 baru lahir, bukan main lagi kena air je menangis kuat2.. Sekarang ni dah terbalik.. Nampak air terus teruja nak masuk dalam besen mandi dia..

Jom mandi

Seronoknya mandi

Tengok tu senyum nakal bila dapat main air

Sekarang kalau nk mandikan dia kena bagi dia puas dulu main air.. Tapi kalau pagi, aku angkat je, nangis pun biar je.. Sejuk taw pagi2.. Anak dara ni tak kiralah pagi ke petang ke mmg kegemaran dia berendam dalam air hangat tu.. Aku mandikan dia mmg dgn air hangat.. Belum lagi ajar mandikan guna air sejuk..

Sebab tu skrg kalau bawak dia mandi dekat kolam air panas bukan main lagi dia.. Sampai tak nak balik.. Sanggup ko nangis2 bila kita angkat dia dari dalam air tu.. Nasib baik jugak kolam air panas tu dekat je dengan rumah.. Selang 3 buah rumah je sampai lah kolam air panas tu.. Nanti next time kalau aku bawak Dhia mandi kat situ, aku snap pic dia then bagi u alls tengok..

Friday, 11 March 2011

Hai Popoh

Dhia sgt suka dgn Pooh.. Ada toy lain tapi dia tak hirau sgt mcm dia suka dgn Pooh.. Aku bg name Popoh dekat ketiga-tiga toys Pooh Dhia.. Tamak ke sampai 3 patung Pooh? He2.. Belikan Dhia 1 je yg saiz sedang2 tu boleh gantung dekat cermin kereta.. Lagi 2 tu ibunya ni punya dulu masa zaman anak dara..

Ibu dia pun peminat Pooh.. Patut lah anak pun suka jugak..

Ini milik aku asalnya

Mula2 dulu bagi, Dhia tak hingin pun

Skrg ni asek dok borak dgn Popoh dia ni

Tengok tu, baju pun ada pic Pooh.. He2.. Suke hati aku je kan.. Kalo kt kereta pun ade jugak.. Gantung dekat cermin tu.. Tekun lah Dhia tengok Popoh dia..  1 lagi Popoh besar.. Lebih besar dari Dhia.. Tu nanti tunggu Dhia besar sikit baru bagi.. Sekarang tersimpan rapi dlm almari..

P / S : Dah tak tahu mcm mana nak bercerita..

Suka Bila Diagah

Dhia sejak kebelakangan ni sangat suka ketawa.. Bila dia ketawa, hati rasa gembira.. Balik keje penat2 pon hilang rase penat.. Tambah suke bila nampak kita balik je dia akan teruja dan tangan + kaki terangkat2..

Ni pic semalam.. Sangat suka bila diagah.. Ketawa sampai mengekek2.. Meh tengok..

Sengih lebar

Gelak besar ye sayang

Mengekek2 dia bila kita agah.. Seronok betul skrg kita agah dia.. Dah besar dah anak aku.. Dah pun menginjak 6 bulan.. Alhamdulillah.. Bulan ni masuk angka 6 bulan lah si kecik ni.. Nanti aku update perkembangan dia bila nk menginjak 6 bulan ni..

Wednesday, 9 March 2011

Penyakit M

Kebelakangan ni penyakit M dah mula dtg pada aku.. Tiba2 dah rasa malas nk update blog ni.. Sebab tu dah lama rasanya blog ni tak berupdate2 entry baru.. Banyak kejadian tapi gambar takde, mood nak menulis pon takde, so tinggallah blog ini kesepian...

Ampunkan saya.. Ok lepas penyakit M ni dah stabil, aku akan kembali memeriahkan blog..

Psstttt tapi aku masih lagi rajin BW taw.. Cuma kadang2 tak rajin pulak nk tinggalkan jejak dan komen.. Maaf ye..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers