Followers

Monday 24 January 2011

Selsema Dan Batuk Telah Menjangkiti Dhia

Kan saye ade ckp yang saye demam + selsema + batuk.. dan perkara yang paling saye bimbangkan telah pun terjadi.. ye, Dhia telah dijangkiti virus selsema + batuk saye!

Nasib baik dia tak demam.. kalau tak, lagi haru rasenye.. start selsema + batuk hari sabtu.. malam tu pergi makan asam pedas dengan family mertua + ipar duai semua.. balik rumah je Dhia ok lagi, dia terus tido sebab kepenatan.. then pukul 1.30 pagi, dia tiba2 je bangun dan gosok2 muka dia semua.. lepas tu dia jerit marah.. rupanya hidung dia tersumbat!

Ambik penyedut hingus tu, tapi tak ada apa yang keluar.. ambik minyak pulak sapukan kat dada, belakang badan dan tapak kaki dia.. tapi masih jugak begitu.. dia nangis tapi lite2 je.. mata dia mengantok nak tido tapi susah bernafas.. baby kan.. mana dia tahu nak bernafas melalui mulut.. yang dia tahu nangis sebab hidung tak selesa.. sedangkan kita kalau hidung tersumbat je mcm mana rase.. kesian anak aku..

Dah letak minyak semua, aku bagi dia bau minyak angin tu kat hidung dia.. supaya dia rasa selesa sikit.. pukul 3 pagi jugak baru dia dapat tido.. tu pon lepas aku tolong bukakan mulut dia.. tapi dia mmg tak pandai bernafas ikut mulut.. aseklah nak ditutup mulut tu..


budak yang merajuk dengan ibunya..

Esoknya bawa pergi jumpa doktor.. alhamdulillah tak ada apa2.. dia cuma selsema dan batuk je.. tak demam.. paru2 pon ok.. alhamdulillah.. balik rumah je bagi nenen terus bagi ubat.. tapi susah wooo bagi dia mam ubat.. mengamuk.. tangan kaki semua naik.. lepas tu dah masukkan dalam mulut dia, terus sembur.. last sekali, menangis.. mcm kena cubit je menangisnya tu..

Pagi tadi tengok ok dah selsema dia.. ada sikit lagi.. hingus pon dah tak ade dah.. malam tido pun ok takde tersumbat pun hidung dia.. alhamdulillah.. cepat sihat ye sayang!!

3 comments:

Arissa Zoela said...

semoga dhia cempat sembuh....mama dhia pulak ambik vitamin c tu dua biji..patah dua mkn yer..then bf dhia mcm biasa..insyaallahh..cepat sembuh selsema dia....arissa kalau flu ke demam ke...saya buat cetu lah...leh baca kt sini..

http://arissazoela.blogspot.com/2010/12/arissa-1st-fever-1st-injury.html

satu lagi jgn bg dia Vicks tu tau...bg Vicks yg khas utk baby..tp kalau pakai minyak panas biasa pun kene pastikan campuran dia tak merbahayakan baby...boleh bc kt sini jugak pasal vicks..

http://arissazoela.blogspot.com/2010/10/vicks.html

or petua org lame2..ni pun berkesann

http://arissazoela.blogspot.com/2010/10/kunyit-dan-nasal-spray.html

salam ukhwah....

Jum Sertai GA sempena 1st Birthday Arissa..Hadiahnya mmg mommies suke :) TQ http://arissazoela.blogspot.com/2011/01/arissa-zoela-1st-birthday-giveaway.html
~Hadiahnya Alfalfa milk booster & ice packs~

angahfarah said...

salam...huhu..da sama mcm ank fara la..la ni tgh batuk2..rs kesian sgt2 tgk baby batuk...nak tido pun terganggu..x selesa...alahai..gara2 jangkit dgn umminye ni la..

Softtouch [Hanim] said...

siannya dhia...musim skrg ni..yelah baby mana tau bnafas ikut mulut. cube awk sedut sndiri hingus dia...pastu letak kunyit ke kat idung dhia

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers