Followers

Saturday, 27 August 2016

Dhia Di Prasekolah

Saje je nak buat entry ni sebab tahun depan pun Dhia dah masuk darjah 1, so boleh lah bila bila tengok kenangan dia yang ada bila dia bersekolah di prasekolah ni. 

Tak banyak gambar yang ada dalam simpanan tapi ada yang kenangan manis buat Dhia esok esok dia dah besar nanti.


Masa ambik gambar 1 kelas. Belum dapat lagi gambar ni, tak sabar nak dapat nak framekan hihi. Cari Dhia kat mane?


Sebab dia sekolah dekat dengan rumah, so kalau Lan awal balik dia la ambik anak dara dia ni balik sekolah lepas tu terus pergi dating ngeteh berduaan. Balik sekolah kang terus mandi n tengok tv kejap, 1.30 petang gerak pegi sekolah agama pulak sampai 3.30 petang. Nanti duduk rumah kak ipar or mak mertua kat sebelah rumah sampai aku balik keje.


Haaa ni masa dia menang lumba lari dapat no 4, dapatlah pingat gangsa walaupun dapat no 4. Ok la tu baru 6 tahun kan. Ikut jejak langkah aku la ni. Aku dulu time sekolah mmg masuk sukan balapan je nak nak lumba lari n lompat jauh. Pingat aku menang masa sekolah dulu banyak kat rumah mak aku tu. Sekarang menurun kat anak aku pulak.


Masa ambik hadiah. Kongsi stage sebab mana ada no 4 kat situ tapi hadiah mmg disediakan sampai no 4 punya pemenang. Badan kecik tapi kurang laju maybe sebab kasut hihi


3 ketul sepupu yang sekolah pun dapat 1 kelas. Bila balik tu kalau kakak ipar aku ambik, dia ambik tiga tiga sekali. Begitulah kalau Lan or Kak Lin yang ambik. Tapi tahun depan Aqif masih di sini, Dhia & Auni masuk darjah 1 dah next year. Uishhh sekejapnya dah sekolah rendah?? Kalau tengok dari awal blog ni, Dhia baby lagi.


3 stooges? Kalau dah baik mmg baik. Kalau dah gaduh, nak pitam aku dengar masing masing berlawan mulut. Tapi selalu Dhia lah akan nangis sebab anak aku tu gembeng boleh tahan.



Geram je dia nak masukkan dalam bakul tak masuk masuk. Cikgu kat sebelah dah jerit jerit bagi semangat. Hahahaha


Bab bergambar dia la paling terer tak payah di ajar hahaha

Tahun depan dah masuk darjah 1, rasa mcm tak percaya pun ada sebab sekejapnya masa berlalu kan. Buat masa ni menaruh pertolongan kakak ipar tengok tengokkan dia lepas balik sekolah tu. Biasanya lepas balik sekolah agama aku suruh tido so tak terasa sangat nak menunggu aku balik keje tu kan. Bukan aku tak nak uruskan dia pergi balik sekolah tapi aku pun sayang nak lepaskan kerja aku skrg ni. Dah hampir 8 tahun buat kerja ni, sayang sangat nak resign. Tunggu ibu betul betul malas nak kerja baru ibu berhenti jadi surirumah sepenuh masa ok sayang anak anak ibu? Ibu sayang anak anak ibu sangat sangat.

Aktiviti Danial Di Taska

Kalau yang tak tahu, Danial ni pagi kat taska, tengahari tokmak ambik bawak balik rumah tokmak pulak. Sebab tokmak bosan kat rumah nanti, tokmak dengan rela hati nak ambik Danial balik halfday. Padahal balik je rumah tokmak, mandi minum susu terus tido sampai ke petang 4-5petang. 

Sebelum ni kan mmg tokmak yang jaga, tapi kesian pulak Danial takde kawan kat rumah tokmak sebab kakak Dhia sekolah, balik sekolah pulak duduk kat rumah mertua aku sbb sekolah dekat sana so aku masukkan Danial ke taska bagi dia bersosial sikit. Lagipun Danial belum bercakap lagi, dia mild autisme. Aku belum pernah cerita dekat blog ni kan? Nanti bila tiba masa aku nak cerita, aku akan cerita ok?

Tapi tak lama dah kot kat taska ni sebab next year aku nak masukkan tadika pulak. Bawah ni gambar gambar aktiviti Danial dekat taska yang dihantar ticer taska ke dalam ws group. 


Atas ni main doh yang diperbuat dari tepung kot. Rajin ticer ticer taska ni melayan anak anak taska. Danial bab doh doh ni mmg all times feveret la kan. Sebab tu sebulan sekali aku kena pegi mr diy beli doh pek 8pcs warna tu. Alat alatan mainan masak masak semua dah sedia ada, doh kan kena angin selalu cepat keras sebab tu kena belikan je. Terpaksa belikan tiap bulan sebab tu je mainan yang Danial suka all time. Dia boleh duduk main doh tu berjam jam ye. Paling suka buat aiskrim, aku ada belikan bekas buat aiskrim tu, kang dia masukkan dalam bekas tu penyek penyek kasi padat n cucukkan batang dia. Pengaruh youtube hihi




Gambar atas ni pulak masa ticer bawak pergi pantai. Saje nak kasi anak anak main pasir dan tengok keindahan alam. Danial dulu sensitif sangat kalau pegang pasir, sekarang ni rileks je main pasir. Sebab ada belikan kinetic sand n bagi dia main everyday. Tu happy dia main pasir, bila balik rumah habis penuh kulit siput kat rambut hahahaha





Yang ni time pergi jalan jalan kat Giant. Betapa tabah dan rajinnya ticer taska bawak anak anak taska ni semua pergi Giant kan? Aku anak 2 je pun kadang terpekik jugak kalau pergi mall sebab tahu budak budak mcm mana kan. Sebelum balik ticer belanja makan kfc.


Nampak tak Danial berbaju belang oren hijau tu dengan selamba lalu pintu belakang? Hahahaha ni time pergi beraya rumah ticer dia bulan syawal hari tu.


Elok je dia duduk tertib mcm tu. Duduk bersimpuh pulak tu hihi. Ni pun time pergi beraya rumah ticer taska.

So far aku puas hati je taska melayan dan menjaga Danial. Danial pun tiap pagi aku hantar dia happy je takde nak nangis nangis taknak ke ape. Maknanya dia ok lah tu. Tahun depan dia tadika aku ingat nak transit je kat taska. Maknanya pagi 8-12 kat tadika, nanti 12 tu ticer ambik dia kat tadika terus balik ke taska, petang aku ambik. Tapi tokmak cakap sekolahkan dekat dekat dengan rumah tokmak je sebab tokmak tak boleh pisah dengan Danial ni, kesayangan sangat. Kalau Ahad aku tak keje tak jumpa Danial 1 hari pun dah rindu rindu hahaha nanti akan difikirkan semula.

Saturday, 13 August 2016

Raya Rumah Murni + Jamuan Raya Sekolah Dhia & Taska Danial

Setiap tahun (dah 3 tahun dah) memang wajib pergi beraya ke rumah Murni ni. Aku kenal Murni ni dah dekat 4 tahun jugak lah. Kenal dari Ziela, sepupu Anom merangkap kawan sekolah lama aku n kawan sekampung dengan Lan. Hehehe tak faham? Abaikan..

Murni ni bawah aku setahun, dia dulu kawan sekerja dengan Ziela. So 1 hari tu bila dah wujud wechat, Ziela add aku n Sal dalam 1 group yang ada Murni jugak. Start dari situ lah kenal berkenalan dengan Murni. Kepala weng masuk air jugak, itu aku suka hahaha

Tapi dah 2 tahun dah Ziela tak dapat nak join kitorang. Tahun lepas dia masih berpantang, tahun ni pulak dia dah balik ke KL. Biras aku, Kak Lin pun tak join tahun ni sebab ada baby kecik lagi. Kalau aku ada baby kecik pun malas nak keluar rumah sangat hahaha. Masa pergi rumah Murni ni hari Ahad 24 Julai 2016 bersamaan 19 Syawal. Selalunya awal awal raya dah pergi dah rumah dia tapi tahun ni banyak hal masing masing sebab tu kita tunda sampai ke 19syawal.










Lan demam time ni, tengok tu dia tahankan je, badan dah tak sedap dia kata. Sebelum pergi rumah Murni ni kitorang sempat pergi ke klinik dulu, sebab tu agak lambat jugak sampai rumah Murni ni. Kesian dia tunggu kitorang sampai hehehe sorry yunk

Eh apa yang happy sangat tu Danial?


Dhia mmg tak boleh nampak Anom or Sal, mcm ada magnet nak melekat je. Tapi tangan tak lepas dari tab.


Eh eh Danial menari ke tu? Happy betul dia time ni tak tau la pasaipa



Gambar yang diupload ke dalam instagram hehehe

Kekenyangan jugak bila beraya ke rumah Murni ni, tiap tahun mmg jamu kitorang makan. Lepas ni boleh kita plan BBQ sama sama pulak. Mesti seronok kumpul ramai ramai. Geng kitorang ni kita namakan Buddy Gossip tapi takdelah nak bergossip je. Dalam geng kitorang ni cuma Sal n Anom je lah yang masik bujang belum berkahwin. Doakan dorang cepat cepat kahwin ek!

Siang tu pulak aku kebusyan sebab sekolah Dhia & taska Danial ada buat marhaban nak datang rumah. Aku ada pelawa ticer taska Danial datang hari yang sama masa sekolah Dhia nak datang marhaban ni. Tapi menunggu jawapan ticer Danial tak respon respon. Sado sado je pagi tu bih kurang kul 8 ticer Emma ws "hari ni nak datang rumah Danial boleh kan?" Uiiiii bergegas aku ke rumah Kak Lin sebab dia ada masak sup, so nanti aku topap ayam lah untuk masuk dalam sup tu. Jap, mesti ada yang kurang jelas keadaan ini, meh ak terangkan ye..

Anak anak kitorang ni semua 1 kelas so 3 rumah sekaligus lah bergabung ni untuk sekolah prasekolah ni, tak masuk ke rumah pun tapi letakkan kat bawah kanopi je kat laman rumah. Plan asal Kak Lin nak buat mihun sup kongsi dengan Kak Lia. Aku mmg awal awal nak bagi aiskrim dengan kek coklat je sebab rumah kitorang rumah last, budak budak pulak tu kan, bukan makan sangat pun nanti. Lagipun dah ada mihun sup, takyah dah kot aku nak buat makanan berat lagi. Tu yang bila ticer Danial ws pagi tu aku jadi kelam kabut sikit. Ye la, takkan nak bagi kek dengan aiskrim je kot? So terus aku suruh Lan g beli ayam sekor untuk masuk dalam sup tu. Kawan taska Danial pun semua under 5year, ada 11 orang je, ticer ada 5 orang, cukup lah tu kan hehehe

Tak banyak nak diceritakan masa hari kejadian, cuma nak kongsikan gambar je hehehe


Senang makan kat bawah kanopi ni je, kalau tumpah pun ke atas tanah, tak payah nak mop bagai hahahaha
Ramai gak kawan kawan sekolah Dhia ni, total ada lebih kurang 50 orang (2 kelas). Cikgu ada 2, pembantu pun 2. Ada parents ikut gak dalam 7 orang. Aku dah tak terlayan dah sebab masih mengukus kek coklat n tak lama lepas budak pra ni datang, kawan taska Danial pulak sampai. Phewww




Sorry cikgu cikgu n mama mama, tak terlayan tak sempat nak berbual berborak tanya pasal Dhia. Nak duduk pun tak sempat taw huhu


Ticer Min takde dalam gambar sebab dia yang ambik gambar ni! Hehehe ni dia suruh free style tapi aku dah mcm beruk mak nyeh dah kenapa hahahaha


Biasa lah budak budak, mmg tak terhandle sangat lah nak di ajak bergambar sama. Lagi lagi bila nampak basikal Dhia, semua berebut nak naik basikal. Tu nasib baik Danial memberi kerjasama. Kalau tak dia je yang dah ke mana mana je taknak bergambar. Anti kamera anak aku tu hahaha

Lama jugak dorang kat rumah aku, lebih kurang 1 jam jugak. Time ni dah hampir ke tengahari jugak. Seronok ramai budak budak datang rumah, mcm mcm kerenah n peel dorang kita tengok. Danial lagi seronok bila kawan kawan datang, terus berselera nak makan mihun sup, habis 1 mangkuk tu, elok je duduk sebelah ticer n makan. Kalau tak, mananya dia nak makan.

Ok bawah ni nak kongsi gambar gambar Dhia n kawan kawan sekolah masa marhaban. Dorang marhaban ada dalam 7 hari tapi bukan berturut turut, berselang seli hari lah. Baju mmg baju merah yang dipakai hari Khamis je, so semua sedondon. Gambar gambar ni parents n cikgu share dekat group ws.


















Habis sudah cerita raya 2016. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Bila ntah nak merajin selalu update blog. Kata nak buat ala ala diari blog ni tapi pemalas boleh tahan nak mengupdatenya. Kalau bubuh gambar je kan sama gak takde penceritaan, kang tengok semula pun lupa dah sesuatu gambar tu bila kejadiannya kan. Haish ni pun boleh tahan menguap nak update 1 entry.

Ok bye!

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers