Followers

Saturday, 30 August 2014

Raya KeEmpat, KeLima & KeEnam #Syawal2014

Raya dah habis dah oi baru sekarang nak habiskan cerita raya? Hahaha takpe biar lambat asalkan ada.

Entry ni kasi taram 3 cerita raya terus. Malas nak cerita panjang lebar, mana yang ingat je lah aku cerita.

Raye keempat mmg rutin tahunan akan pergi beraya rumah sedara mara yang jauh sikit. Hari tu dapat pergi 6 buah rumah. Sekali arung beraya kat rumah besan mak ayah aku. Rumah mak bapak mertua abang sulung aku n rumah mak bapak mertua aku sekali. Hehe

Lepas tu terus ke rumah sepupu mak aku & atuk sedara 3 orang. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi. Payah jugak nak beraya keluar pagi pagi ni sebab anak anak aku selalunya tidur bangun pukul 9-10 pagi tapi hari tu kena kejut awal. Dhia aku kejut pukul 8.30 pagi tapi dia senang je bangun excited nak raya. Kan dia dah faham seronoknya berhari raya. Tapi cabaran nak kejut Danial bangun tidur. Adik adik aku kejut, cium cium dia semua tetap tak bangun. Cuma pusing pusingkan badan lepas tu pejam mata semula sambung tidur. Aku biarkan je n siapkan diri n Dhia dulu.

Bila semua orang dah siap dah cantik, Danial masih lagi mentidur. Mak aku suruh angkat je nanti kat rumah sape sape boleh tumpangkan mandi tapi aku tak nak sebab nanti susah pulak kena baju aku basah ke apa ke. Danial boleh tahan melasak bila mandi suka siram air kat ibu dia. T_T

Lepas dipaksa akhirnya bangun jugak tapi menangis. Hahaha kesian anak ibu..

Ok aku dah tak tahu nak taip apa. Tengok gambar je la...

Kat rumah atuk sedara yang setiap tahun semakin cantik rumahnya

Uncle Zaha & Ucu.. 

Adik aku bukan abang aku. Badan besar tak tahu laa pasaipaaa
Anak buah yang takut dengan mak buah dia ni. Dengan pak dia a.k.a abang sulungku. Budak ni sikit pun tak mahu pakai gown ke dress ke.. Mak dia kata suka sangat pakai jeans dengan t shirt mcm ni. Memilih sendiri baju yang dia nak pakai ok. Hoi kalau aku anak aku mcm ni boleh gugur jantung hari hari bergaduh nak pakaikan baju perempuan. Hahaha 
   

3 beradik perempuan dalam keluarga. Eh Dhia bukan adik beradik kami. :p

Tak kasi chan mak dia nak posing sensorang 

Comel je pakai baju same same :)

My ucuk genduk yang langsung tak suka kita nak ambik gambar dia. Privacy sangat taw awak ni. Huh!

Nur Farisya Maisarah dengan mak dia a.k.a akak ipar aku a.k.a bini abang sulung aku.. Mihmih

Ni lagi sorang susah diajak bergambar bersama. Takpe lah asalkan ibu n bonda nampak comel dalam gambar ni :p

Arghhh cantik sangat!! Cannot tahan tengok. Tahun depan datang lagi mesti dah ubah lagi dah. 

Ni pun atuk sedara buat sendiri. Dia mmg ada pokok jati sendiri, tukang pun buat sendiri.

Tangkap dia n cepat cepat snap gambar

Nasib baik rumah atuk sedare korang ni besar, suke hati je menyepahkan diri di sana sini ye :p

Ucuk gendutttttt sedap landing situ ye

Aku rasa gambar mcm dah tunggang terbalik ni. Malas aku nak susun lagi. Hehehe

Sedap je dia duduk tepi tepi lepas tu goyang goyangkan kaki.. Eeeeee
Ni kat rumah sepupu mak, baju masih hensem belum salin lagi. Nak ke rumah atuk sedare tu boleh tembus dia kencing.


Makcik dan anak buah

Buwekkk!!

Adam Putra. Tapi kalau kita tanya dia sape name dia, nanti dia jawab "Atam Puta" kahkahkah

Si mentel saya

Eh dia ni lagi? Hekhekhek

Nak jugakkkk tu
Bawah ni kat rumah atuk sedare lagi. Mmg dah tunggang langgang dah tak bersusun. 

Mak ayah dengan atuk n nenek sedara. Nenek tu adik beradik dengan arwah nenek aku a.k.a mak kepada my mom. (Sebokkk je Dhia nak menyelit jugak kat belakang tu)

We are big family! Family abang no 3 aku (Adam Putra) dah balik KL dah dapat join 4 buah rumah je

Cuba cari perbezaan gambar atas dan gambar ni :p

Ok jom gerak ke rumah last. Tapi jauhhhhh jarak perjalanan. Sebelum balik bergambar lagi walaupun matahari memancar mancar atas kepala

Ok habis dah raye keempat.

Raye kelima n keenam aku ikut marhaban kampung. Mmg tiap tahun buat 2 hari sebab banyakkk rumah 1 kampung tu. Kalau nak habiskan 1 hari boleh jugak tapi kena mula marhaban pukul 7.30 pagi n sampai maghrib belum tentu habis. Haha

Takde apa nak cerita sangat pasal marhaban. Jom tengok gambar je walaupun gambar cuma sekeping dua. Kehkehkeh

Bawah ni gambar marhaban hari pertama (raye kelima)

Nak ambik gambar dengan makcik sekampung ni tapi tahap malu dia sangat tinggi, tengok tu aku sorang sorang senyum rupanya makcik dah mengelak elak. Takpelah makcik, asalkan muka saya tak gegar. Hahahaha

Geng kampung dusun. Eh?

Geng marhaban kampung sg gersik

Dan bawah ni pulak gambar marhaban hari kedua (raya keenam)



Dah 2 keping je. Yang lain belum transfer dari hp. Malas la nak cucuk usb. So tengok je la yang ade ni je. Hahaha pemalas!

Malam raya keenam jugak aku buat makan makan sikit nak jamu kawan kawan suami sebenarnya so aku jemput sekali famili aku n kawan kawan aku, Tak ramai pun tapi tetap meriah. Suke la aku buat makan makan macam ni sebab suka orang datang ke rumah. Sebab tu every year tak pernah missed buat birthday celebration anak anak. Boleh jugak jamu kawan kawan.

Buat mee bandung homemade ok. Aku dengan kakak aku masak sendiri. Nasib baik menjadi. 




Abaikan gambar yang gelap. Tak ambik banyak gambar pun. Ini je yang sempat di snap.

Yeayyyy habis dah cerita #Syawal2014

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers