Tahun ni rumah aku kena pada hari pertama marhaban (raye kedua).. Mmg suami aku suruh masak mee goreng je. So last puasa (Ahad) tu siap siap dah beli bahan sebab hari raya nanti mana ada kedai barang basah bukak lagi. So beli mee 5kilo, sayur sawi, fishball dan segala mak nenek bahan untuk mee goreng nanti.
Pagi pagi dah bangun dah.. Tak la pagi sangat, 6.45 pagi tu kira pagi pagi lah jugak kan? Haha penat ok sebab raye pertama tu dah la pagi membawak ke petang beraya 1 hari suntuk sampai kepam dah ketiak. Lepas magrib berjalan raye lagi rumah adik beradik abah mertua. 6 buah rumah malam tu kasi serbu. Balik rumah dah dekat 12 am. Sampai rumah membanting tulang lagi basuh baju siang tadi pakai. Sebab dah peluh peluh takkan nak tunggu 2-3 hari baru nak cuci? Bertaik lalat la jawabnya nanti. Tidur malam tu around 1.30 am jugak.
Sekali bangun bangun je hujan derrr. Tapi takkan kau nak sambung membuta? Itu sangat tidak manis namanya. Kalau masih anak dara inshaAllah tarik selimut semula. Haha
So kejut suami sekali suruh bangun mandi sebab dia yang nak pegi marhabannya pun bukannya aku. Tugas aku hanya memasak n menunggu rombongan marhaban sampai.
Around 12.30 pm aku dah siap masak mee goreng dah. 5 kilo sekali aku masuk dalam kuali. Gagah perkasa jugak aku menterbalik balikkan mee dalam kuali tu. Buat 3 hidang. 1 kat dapur, 2 lagi dekat depan. Yang dapur mmg special edition punya tempat makan untuk yang baya baya laki aku tu duduk makan. Yang bujang yang da kawen yang bapak orang tapi yang umur baya baya laki aku la. Gitu.
Rombongan duduk dalam 15 minit mcm tu baru pergi ke rumah sebelah. Aku tak keluar lah masa rombongan ada. Rombongan keluar je aku cepat cepat kutip cawan n pinggan kotor. Pakai polistrin je sebab aku kan pemalas nak basuh. Lg senang pakai yang pakai buang tak payah aku nak keje basuh je. Ye la, 3 trip rombongan ok. Takkan keje aku nak marathon cuci pinggan n cawan je. Mmg dah 4 tahun beraya rumah sendiri, 4 tahun jugak marhaban aku pakai polistrin je baik cawan mahupun pinggan. Eh ramai je yang buat camnie. So takde rase bersalah sangat. Hihi
Lepas dah kutip cawan n pinggan yang dah diguna, tunggu pulak second trip rombongan marhaban iaitu rombongan budak budak lelaki. Lama jugak jarak antara marhaban dewasa dengan budak lelaki ni. Ada laaa aku tunggu dekat setengah jam. Sampai laki aku dah balik marhaban pun rombongan budak lelaki belum sampai lagi. Lepas rombongan budak lelaki, tunggu pulak budak perempuan punya rombongan. Pun jauh gak jarak masa dorang ni. Naik mengantuk aku tunggu. Angan angan nak membuta lepas rombongan marhaban siap tak kesampaian. Mahu tidak, sampai Asar baru nampak bayang budak budak perempuan. Sedangkan marhaban lelaki dewasa masuk rumah aku pukul 2.30 pm. Berapa lama die punya jarak. Habis je rombongan marhaban, kawan office pulak call nak datang. 2 orang officemate cina. Elok 2 orang tu balik, datang lagi sorang officemate cina dengan anak dia sampai 7 malam lepak kat rumah aku. Letih gileeeeeeeee...
Lepas magrib berjalan raye lagi rumah pakcik suamiku, Pokde.
Panggil sorang anak buah suami ni naik sekali dengan kami. Dhia mmg suka la abang Ajib dia naik sama sama. Nak ambik gambar je cepat cepat dia rangkul leher orang tu. Ajib dah malu malu dah. Hahaha pemalu sangat budak Ajib ni. Kang kalau aku tanya "cikyan cantik tak?", jawapan dia cantik aje sambil sengih sengih malu. Haha suke le aku tanya soalan soalan yang mintak dipuji camtu.. Hahahaha dasarrrrrr :p
Ni dalam usaha memujuk my ucuk gendut yang merajuk. Bukak upin ipin kat hp. Kepala dia terhantuk meja, sibuk sangat nak masuk bawah meja, kan dah terhantuk. Dia punya menangis mmg kejung keras kaku. Sebut pasal nangis tak bersuara sampai muka pucat ni, 24 Ogos nanti akan refer doktor pakar kanak kanak kat hospital.
Dah puas merajuk, tertidur atas pangku. Letakkan atas bantal langsung tak sedar. Penat sangat la tu.
Amek kau bergelimpangan semua pun ketiduran jugak. Dhia tu belum sampai rumah pokde lagi dia dah tertidur. Siang tak tidur langsung sebab tu dah tertidur. Lagipun kalau kat dalam kereta dia mmg senang tertidur.
Anak anak tidur ape lagi, meh sini ambik gambar sama sama. Tapi dah kenapa time orang nak snap gambar awak minum air pulak?? Lagi sekali!
Mak mertuaku..
Kakak iparku..
Biras kesayangan.. Hihi
Anak buah, Puteri..
Last sekali marilah kita
Sendiri soal sendiri jawab. Muahahaha :p
Ok dah nanti cerita raye keempat punya cerita. Cerita raya masih banyak ye. Harap sudi lagi baca. :*
No comments:
Post a Comment