Followers

Monday 10 February 2014

Steamboat

Aku nak kasi clear memori phone aku ni, berat dah ha ko penuh dengan gambar. So aku kasi bubuh dalam blog la sebab sayang je nak kasi hapus mcm tu je kan.

Ini gambar masa makan steamboat last 2 weeks tak silap, siangnya tu pergi mandi dekat Gunung Ledang. Tapi aku mmg malas nak ambik gambar masa pegi Gunung Ledang tu. Kalau tak ada jugak modal nak buat update blog ni. Aku ni kalau tak ada gambar mcm malas nak update blog sebab mcm tak best pulak kan entry tanpa gambar.

Makan steamboat ni sorang RM20 tapi mcm anak anak aku ni tak payah bayar ye. Budak kecik bukan makan sangat pun! Boleh makan banyak mana pun ko nak. Asalkan jangan ko tak habiskan, kena bayar pulak nanti kalau tak habis. Bagus jugak kat situ supaya takde berlaku amalan pembaziran.

Aku pergi dengan abang ipar dan biras aku. Mase pergi tu malam minggu, orang mmg ramai sangat. Sampaikan kami kena tunggu turn nak dapat meja kosong. Nasib baik tunggu tak sampai setengah jam dah dapat meja dah. Perut dah lapar dah mase tu.


Budak tecik ni tak boleh makan steamboat. Aku bawak bubur siap siap dari rumah.




Dhia ni suka sangat buat mimik muka taw kalau nak ambik gambar dia skrg. Kita suruh betul betul senyum baru la dapat snap gambar yang proper. Makin besar ni makin cerewet pulak tu.



Laki dan bini yang makan sampai nak muntah. Baliknya masa dalam kereta tu mcm berombak ombak pulak perut sebab kenyang sangat makan. Dah semua pun seafood kan, mahu tidak bergelodak. Si suami lagi teruk, siap nak pening pening.


Biras kesayangan. Muehehehe


Aqif ni orang nak ambik gambar dia sibuk nak pepejam mata pulak.

Makan kat sini mmg best sebab boleh ambik banyak mana pun yang kita nak. Tapi tu lah, bukan perut kita ni mcm tong drum yang boleh nak sumbat semua banyak banyak. Aku ni pun sama nampak itu nak nampak ini nak tapi tak boleh nak sumbat banyak banyak. Sapa yang suka makan dan kuat makan, tak rugi datang sini.. Pegi ramai ramai lagi syok...










Mmg banyak pilihan makanan. Aku sampai tak tahu nak ambik yang mana. Semuanya nampak sedap di mataku. Boleh lupa pulak aku nak ambik sayur time tu. Aku kalau makan steamboat suka letak sayur banyak sikit lebih lebih lagi sayur kangkung. Sedap kot... Aku kan pencinta sayuran hijau..

Aiskrim ada 7 pilihan. Kitorang ambik tapi anak anak yang habiskan siap repeat 1 kali lagi. Sedapp.. Danial pun makan aiskrim jugak. Aku kasi sikit je dalam 2-3 suap. Nak biasakan dia jugak la. Dia telan telan air liur je tengok kakak n abang sepupu dia makan, so aku kasi suap sikit. Suke dia makan. :)

InshaAllah boleh la makan lagi dekat sini. Untuk lepak lepak dengan kawan kawan ke family ke, mmg best lah. Boleh melepak sampai lebam selagi tak dihalau. Kahkahkah

3 comments:

한나Zakharshi said...

lama dah aku tak makan steamboat. takde kawan la. laki aku tu tak gemo makanan gini

Ibu Dhia Danial said...

lan makan tapi kalau dah banyak sangat masuk perut dia jadi gitu la, pening la nak muntah la.. hahaha.. balik kampong nanti try la ke sini..

jaja_NorLiza said...

BEST NYA...TELAN AIR LIUR...
JOM JUMPA...RASA NAK GI JENJALAN AREA BATU PAHAT/MUO..

* CAM SAM KAN RUPA ANAK KITA...hahahha

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers