Followers

Thursday, 22 August 2013

Hari Raya 2013

Assalamualaikum..

Sebelum raya selama 1 bulan habis, aku mewakili familyku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Lama kan kita anak tirikan blog kesayangan kite ni. Malasnye nak mengarang entry lepas raye.. Eh sebelum raye pun malas jugak tapi parah lagi kemalasan lepas raye ni. Takde mood langsung nak mengarang entry walhal gambar banyak je dalam folder tu.

Mcm mana hari raya korang semua?  Tahun ni aku raya berempat. Tahun depan berharap tidak membawa perut lagi. Letih nooo asyik aku je yang bawak perut. Haha.. Mahu tidak, 2010 bawak perut, seminggu raya bersalinkan si kakak Dhia. 2011 dapat beraye dengan dia, 2012 bawak perut lagi. Tahun ni beraya berempat.. Seronok sangat sebab si suami dah ada teman bergandingan baju raya together gether.

Tapi kan, sayang sangat sebab ape ke sengal takde gambar raya bersama sama.. Jadi jangan diharapkan entry ni penuh gambar raye pertama ye.. Malam raya tahun ni aku duduk dekat rumah aku je kemaskan apa apa yang belum berkemas. Yesss walaupun rumah mak aku dengan rumah aku tak jauh, kami tetap buat konsep ikut giliran, baru adil dan saksama. Aku tak sebumbung bersama mertua tetapi rumah aku bersebelahan dengan rumah mertua. Malam raya tu dapat pergi ke pekan sekejap cari kasut raya aku dan suami beserta baju melayu suami, lepas tu terus balik ke rumah tengok tv, masukkan kuih raya dalam balang, iron baju raya.. Pukul 11 anak anak dah tidur, aku melayan lagi tengok tv. Around 1 pagi jugak aku baru tidur. Suami aku pulak keluar lagi dengan kawan kawan dia bersembang. Lantakkan saje sebab kalau kat rumah pun same je aku dah masuk tidur, dia dekat depan tv lagi, so biarlah dia keluar kejap dengan kawan kawan dia. Tapi dalam hati terbakar jugak sebab malam malam raye keluar jumpe kawan kawan balik pukul 2 pagi. Ppppffftttttt mujur malam raye kan..

Esok paginye pukul 6.45 pagi aku dah bangun. Tu pun bukan buat apa pun, panaskan lauk semalam je. Dekat rumah sendiri malas aku nak masak ketupat lodeh bagai sebab lepas sembahyang raye terus ke rumah mak aku. Dekat rumah mak karang baru makan ketupat lodeh rendang bagai. :)

Mase suami pergi sembahyang tu aku siap siap mandi dulu sebab anak anak belum bangun. 8.30 pagi baru si adik bangun. Kakak tak bangun bangun. Dia tu kalau tidur, pukul 10-11 pagi baru bangun biasanye. Kuat tidur si kakak tu. So aku mandikan dan siapkan si adik dulu. Adik dah siap dah hensem baru aku kejutkan si kakak dan siapkan kakak. Ngam ngam suami balik sembahyang dua dua anak aku dah siapkan wangi wangi cantik hensem. Serahkan anak pade suami, baru aku touch up muke aku yang tak semenggah ni. Ekekeke

Sebelum balik rumah mak aku, salam minta maaf dengan mak abah mertua. Ehhh sebelum tu haruslah bersyahduan salam dan minta ampun maaf dari suami tercinta.. Hari raye kan, kenalah salam n minta maaf dekat suami, ibu bapa, adik beradik, sanak saudara semua. Bukannye hari raye ko buat mcm hari biase tak salam minta maaf semua macam kan ko takde dose. LOL
Siap salam dan minta maaf dekat mertua, baru dapat balik rumah mak aku.

Tiap tahun mmg belah pagi aku follow family aku pergi beraye. Belah petang lepas zohor follow family in law pulak beraye. Itu mmg tiap tahun begitu laa. Sebab family aku beraya lepas sembahyang raya tu, family mertua aku pulak beraye lepas zohor. So sangat sangat nice la kan.. Cume ptg n malam raye je kami ikut giliran. Hehehe

Tahun ni aku buat baju fesyen peplum. Skrg kan peplum sangat in kan. Dhia pun aku buat same dengan aku. So comel bergaya sama sama anak dengan baju fesyen same. Sukeeee sangat. Tema kami tahun ni biru turqoise.

Comel tak kak ton? Yeee ini dia baju rayenye. Baju raye aku tengok dekat ig atau next next entry baru aku masukkan.

Mase dekat rumah mak menunggu yang lain bersiap. Danial berbaju melayu sangat comel. Mujur memberi kerjasama tak meragam langsung 1 hari suntuk berbaju melayu. Tapi aku tetap siap sedia bawak bekalan baju t shirt dia kot kot dia tak selesa ke ape ke kan. Maklum saje, dia kan ada ekzema, bukan boleh berpanas n berpeluh sangat kang mulalah timbul ruam ruam. 
Kakak kalau duduk tak reti nak sopan mcm ibu taw. Danial sudah 10 bulan tapi belum pandai duduk. Takpe pelan pelan kayuh ye nak walaupun ada mulot longkang cakap belakang.  Masyarakatttttttttttt... 
Dah 3 je gambar di pagi raye. Gambar aku nan hado apetah lagi suami aku yang mmg tak suke bergambar tu. Akan aku pastikan raya akan datang ada gambar kami 1 family.

Dah tu je nak cite.. Bye..

2 comments:

Pupel Liyana2 said...

ko jahit mana nampak cantik.berapa upah?

Softtouch [Hanim] said...

selamat hari raya yan...maaf zahirbatinnye....

Comeynya dua beradik tu...biru jgk ye yan sefamily tahun ni....sama la kita......

Haah fesyen tgh in peplum tu skrg...akk xboleh buat peplum yan maklumlah akk berbadan comel...xsesuai..
Hehehe

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers