Followers

Friday, 11 February 2011

Tentang Majlis Aqiqah Dhia

Sebenarnya tak ada idea nak buat entry.. Sebab lama dah tak buat entry terbaru, makanya aku dah tak tahu nak mula mcm mana.. hihi!! boleh begitu?? dush dush!!

Oh ye! Majlis Aqiqah Dhia telah selamat berlangsung pada 29/01/2011 bersamaan hari Sabtu.. majlis sederhana tapi meriah.. dalam suasana hujan lebat.. tapi pic tidaklah banyak kerana tak ambik photographer.. lagipon last minit buat majlis ni sebab husband dapat rezeki sikit.. tu yang terus buat, tak tangguh2 dah.. makanya majlis jadi simple walaupun dah berangan nak buat grand (grand lah sgt!!)..

Cari kambing pun dah last minit jugak.. dapat lah sekor.. sbnrnya nak beli 2 ekor sebab saudara mara sebelah suami sgt ramai yang mana adik beradik abah mertua aku ade 14 org dan adik beradik mak mertua aku ada 12 orang.. fuhhh cer bayangkan... dengan sepupu sepapat suami.. yang dari Melaka, Johor semua dtg.. Alhamdulillah..

Ok pasal kambing tu, dah dapat sekor hidup, then beli lagi sekor yang import.. total sama jugak ada 2 ekor kan.. hihi!! walaupon 2 ekor tapi tetap tak cukop u olls!! tapi takpe asalkan majlis berjalan lancar..

Last minit jugak dapat cari gown Dhia.. haha!! punyelah beria2 nak beli online tp semua x menepati citarasa.. ada yang cantik tapi saiz sudah over dari umur Dhia.. camne? 2 hari sebelom majlis, pergilah gigih cari gown Dhia kat Giant.. dapat lah sehelai yang cantik dan menarik di hati ini.. harga pun boleh tahan.. ngam2 dengan bajet.. hihi!! Tapi gown tu boleh Dhia pakai sampai dia besar nanti sebab mmg saje beli size besar sikit.. sebelum Dhia pakai, dah pesan dekat mak adjust kasi kecik sikit.. akhirnye, terlaksana jugak nak tengok Dhia pakai gown pengantin kaler pink!!

Ok, aku tak tahu nak buat penutup.. makanya ini entry tanpa gambar.. ampunkan daku.. =)

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers