Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupon hujan sgt lebat.. Alhamdulillah jugak sbb kawasan rumah aku bukan kawasan banjir..
Ok, sangat penat ye kenduri di rumah sendiri.. Pertama kali buat kenduri kat rumah sendiri.. Sebelum2 ni kat rumah mak je kan.. Sekali kat rumah sendiri, belajarlah mcm mane nk handle terutama majlis aqiqah ni.. Penat? jgn ckp.. Sgt2 penat! Tapi sgt seronok sebab ramai org dtg rumah kita.. =)
Jumaat dah start bz rebus telur semua.. Maaf ye pic bunga telur semua tak snap.. Aku mmg sgt bz that time.. Jangan kate aku je, asben aku, adik bradik aku, mak aku, mak mertua, ayah, abah mertua semua bz.. tak terlepas daripada buat kerja masing2.. Mule2 nak amek photographer tapi last minit tak jadi sebab org tu pun dah ada appointment amek gambar org kahwin.. Sebab tu lah pic pun tak banyak.. Tapi tetap ade untuk buat kenangan walaupun tak terang coz kai henset je.. Sob sob sob..
Pagi hari majlis tu awal bangun.. Sebelum subuh dah bangun.. Sudah lah malam sebelumnya tu lewat tidur.. Pukul 2 pagi baru tido.. ish3.. Tapi tu lah bila buat kenduri ni.. Pagi2 aku dah kat dapur goreng tempe, kentang dan tauhu sebab nak buat sambal goreng..
Dalam pukul 9.30 pagi org2 rewang dah mula dtg.. Mase ni nak tahu tak, aku belum sempat nak mandi!! Dalam pukul 11 pagi gak baru dapat mandi.. Haha!! Dimaafkan ye lewat mandi sbb terlalu bz.. Dhia pulak tido sampai pukul 10.30 pagi baru bangun.. Tahu lah dia nak jadi pengantin hari tu, sedap je dia tido kan..
Atas ni gambar2 sekitar majlis.. Baby kecik tu cousin Dhia, Nureen Auni Qistina.. Belum lepas hari lagi umur dia mase ni.. Dia tumpang potong jambul sekali.. Tapi dia belum aqiqah lagi..
Bawah sekali pulak aku dengan atuk.. Atuk sebelah suami.. Yang atuk sebelah aku semua dah tak ade.. Ade pun nenek tiri.. Tapi nenek tiri pun baik sgt2 dengan aku! Menumpang kasih pade atuk org.. sob sob sob..
Marhaban perempuan berlangsung dalam pukul 4.30 ptg.. Lambat mula sebab hujan lebat.. Dhia sebelum majlis bermula adalah meragam.. Dia tak selesa pakai gown tu.. Sabo je lah.. Lepas pujuk2 baru dia ok.. Mase potong jambul tu pun sumbat puting kat mulut dia.. Pakai gown cantik2 tapi hisap puting.. Spoil betul.. haha!!
Apa pun aku bersyukur sebab majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan telah membuatkan majlis sedikit kelam kabut.. Yelah, nak masak pun dekat luar kan, habis becak sana sini..
Sebelah malamnya cuma kenduri biasa org lelaki.. Marhaban n yasinan perempuan tu sebelah petang.. Malamnya yasinan lelaki n kenduri biasa je.. Majlis tamat dalam pukul 9.30 malam lah begitu.. Lepas tu, ha marilah gotong royong kita mencuci segala periuk belanga, pinggan, cawan, mangkuk semua..
Aku? Mestilah bersama Dhia je.. Tak boleh buat kerja langsung malam tu.. Dhia asek nak berkepit.. Macam tak bagi ibu dia ni buat kerja.. Sabo je lah.. Siap kemas semua, pukul 1 pagi gak baru tido.. Lepas tu esoknye terlajak.. Hambik! Subuh pun aku tak sedar.. Fuhhh dapat bayangkan mcm mana tahap kepenatan aku? Nasib baik Dhia ikut sama tido nyenyak. hihi!! =)
No comments:
Post a Comment