Followers

Monday, 16 July 2018

HARI RAYA 2018

Assalamualaikum...

Lama gileeee punya gileee ni tak hapdet entry.. Hampir setahun.. Mcm mana boleh mcm terlupa ada blog ek.. Maklom lah socmed skrg byk.. Lagi mudah n senang nk update berbanding kat blog ni kan.. Mcm aku banyak update kat ig lah..

Musim raya ni tiba tiba mcm teringat eh aku ada blog ek kenapa aku tak update banyakkkkk cerita yang berlaku dalam kehidupan seharian kat sini ekekeke.. Yelah blog ni aku je pon yang membacanya. Haruslah patutnya aku update kat sini jugak supaya menjadi kenangan dan bahan bacaan aku akan dtg..

Ok lah harap harap lepas ni tak terlupa lagi dengan blog ni.. Nasib baik password masih ingat.. Jom lah nak cerita pasal kejadian raya tahun ni.. Baru teringat gak kisah raya tahun lepas mcm takde aku update kat sini.. Ciss bedebah.. Takpe nanti aku upload gambonya je ok kalau dah terlupa jalan ceritanya.. 


Famili kakak ipar.. Yang no 4 dalam adik beradik suami.. 

Ayah tgh struggle nak kawal Danial

Danial dah lariiii

Adik beradik suami.. Baju biru gelap tu sulung.. No 2 lelaki takde dalam gambar.. No 3 tudung purple tgh preggy tu bakal melahirkan bulan 7 ni jugak.. No 4 tudung kuning.. No 5 baju biru muda tu.. No 6 suamiku berbaju hijau ehem ehem.. Bongsu yang duduk tengah tengah dengan mak abah tu.. Budak kecik 2 ketul tu cucu hahahaha geram je Danial tu sebok "pis pis" nak bergambar gak.. Dia kalau org nak ambik gambar dia akan cakap pis pis (peace)


Danialllllllllllllllll 

Rutin biasa raya pertama ni mcm tu lah.. Aku mmg kat rumah sendiri je.. Senang tak berebut bilik air ke ape pagi pagi tu kan.. Pagi raya mesti lah semua nak cepat bersiap nak mandi semua.. So sejak 4 tahun lepas mmg malam raya n pagi raya kat rumah sendiri je. Ok je lagi seronok aku rasa hihi..

Tahun ni sehari sebelum raya aku decide masak sup tulang makan dengan nasi impit. Aku malas nak masak lodeh semua tu sbb keliling rumah aku ada mertua aku n ipar duai. So dorang yang masak pun akan bagi lauk dekat aku. Nasib baik mmg masak sup tulang, so menu dah tak sama. Pagi raya panaskan balik je lauk lauk tu semua.

Lepas dah siapkan anak anak, suami dah balik masjid, terus pergi rumah in law yang mmg sebelah rumah aku je hahahahaha Tunggu semua adik beradik sampai baru salam bermaafan n ambik gambar sekejap. Adik beradik suami aku pun semua duduk kat kawasan tu.. Sorang je dok jauh sikit ikut suami tapi jauh jauh pun cuma 15minit je perjalanan hahaha

Dah settle belah suami, laju laju pergi rumah mak aku pulak.. Biasanya sebelum pukul 11 aku dah gerak pergi rumah mak aku. Sampai je salam bermaafan n pergi menziarah sanak saudara yang berdekatan.. Sebelum ni mmg banyak rumah kena pergi. Tapi skrg tinggal 3 4 buah rumah je. Ramai dah nenek saudara ke pakcik makcik yang dah meninggal.




3 gambar masa kat rumah atok suami aku.. Time ni dah belah ptg.. Danial takde dalam gambar sbb dia dah berlari ke depan ke blkg.. Baju suami aku n Danial dah bertukar sbb Danial punya baju kena air manis habis basah lencun.. Baju suami aku pulak kena tahi anak buah aku yang dia dukung time tu hahahaha..

Oh rutin raya pertama aku mcm ni.. Pagi lepas solat raya tu salam bermaafan dengan famili suami dulu.. Lepas tu pergi rumah mak aku yang jarak perjalanan 10minit tu.. Ikut beraya dengan famili aku.. Sampai tengahari nanti terus beraya ke rumah aku n mertua aku.. Lepas zohor nanti sambung ikut famili suami aku pulak.. Adil dan saksama bukan? Aku ok jeee tak kisah asalkan bagi adil hihi




Ni je gambar dengan famili aku? Dah lah tak cukup korum.. Ayoyoooo.. Sbb raya tahun ni kan jatuh hari Jumaat, kena kejar masa nak sembahyang Jumaat lagi.. So mmg tak sempat nak ambik gambar sama dengan famili aku masa tu.. Kitorang 3 orang je beradik perempuan.. Lain semua lelaki..



Menyempat lagiii.. Baru kuar dari rumah mertua.. Nak balik rumah mak aku pulak hihi

Anak dara aku ni mmg peramah depan kamera

Kamiiii

Dhia mmg manja dengan paksu dia ni

Eh lantak lah gambar tunggang terbalik malas nak susun semula







Gitu lah kawasan rumah aku.. Depan skali tu rumah mertua.. belah kanan rumah mertua ada 2 biji rumah.. dua dua abang suami aku duduk.. Belakang rumah mertua ada 3 rumah.. Rumah kakak suami no 4 tu dengan rumah aku bercantum.. Belakangggg rumah aku rumah banglo sebiji rumah abg sulung suami aku.. Gituuu

Oh my Danial punya songkok boleh tak dapat d kesan pulak pagi raya tu.. Togel jela kepala dia.. Aku perasan dia tak suka sangat baju cekak musang ni.. Lagi suka baju teluk belanga.. Rimas kot? 



Ko tengok si Danial hahahaha

Eh tiba tiba gambar aku? Ni dah ptg sangat dah pukul 6.30 pun.. Balik beraya baru teringat nak ambik gambar dalam rumah.. Almaklom, rumah baru cat kehkehkeh





Danial mmg tak nak bagi kerjasama tau.. Geram je mak ko ni dik.. Kakak jugak yang mesra bkn main depan kamera.. Mcm mcm gaya ko bagi ye kak..









Atas ni masa dalam kereta nak ondaway balik rumah dah.. Dah berlengas dah masing masing.. Budak kecik perempuan tu anak bongsu abg sulung suamiku.. Dia suka kawan dengan Dhia.. Asek asek Dhia.. Tu sebok nak naik dengan Dhia..



Diakhiri dengan gambar suami isteri ni hihi

Sama je rutin tiap tahun.. Baju je yang lain hahahaha.. Tahun depan inshaAllah raya berlima pulak.. Masa raya ni aku dah pregnant 6 bulan tapi tak berapa nak nampak perut tu..

Ok dah takde apa nak di bebelkan.. Aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin semua.. Walaupun syawal dah habis masa entry ni di publishkan

BYE!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers