Followers

Friday, 27 July 2018

MARHABAN KG SG GERSIK 2018

Marhaban tahun ni buat pada Syawal ke 6 & 7.. Jadinya mmg aku straight cuti dari 14 Jun sampai 23 Jun.. Mmg betul betul cuti raya.. Raya ke 5 Lan dah keje dah, aku kat rumah je tak ke mana mana. Mmg 1 hari tu duduk rumah kemas rumah & tengok tv je dengan anak anak. Bagi rehat cukup cukup sebab 2 hari ni nak marhaban confirm lah letih gila. 

Marhaban hari pertama ni turn rumah aku dinaiki.. So aku order roti jala je dekat orang kampung akak ipar aku.. Pagi tu hantar anak anak pergi rumah mak aku pukul 7.15am terus ambik roti jala.. Gitu gini lambat pulak aku sebab balik tu terus hidang siap siap dalam buffet nanti senang bila turn nak sampai rumah aku tak la kelam kabut sebab Lan keje kan.. Aku sorang sorang je nanti nak kemas.. Pukul 9 baru aku gerak ikut marhaban tu.. Dah dapat 4 buah rumah pun hihi takpelah lambat sikit.. 

Awal pagi lagi ni baru bersiap.. Anak anak aku dah hantar rumah mak aku.. Lan kan keje, sape nak jaga.. Aku mmg tak larat la nak angkut dengan bawak perut mcm ni.. Tu belakang meja dah siap susun roti jalan & kuah kari nak hidang bagi orang orang marhaban nanti.. 

Aku rasa aku je yang asek selfie masa marhaban ni.. Ada ku kisah dengan pandangan org? Saya tak ganggu makcik makcik kakak kakak semua ye.. Hihi 

Lagi best bila ada kawan yang boleh layan perangai aku ni.. Mmg hip hip horey lah saya kikiki

Ko tengok lah sendiri hahahaha
  
Eh gambar kat rumah lagi? Lantak sana malas nak tarik ke atas

Lagi

Masa ni semua dah gerak gi rumah sebelah.. Aku menunggu Anom yang tertinggal kunci.. Dah kenyang nak tinggal kunci pulak hahaha

Laki aku tanya nak pergi marhaban ke ape ni? 

Eh dia tak tahu ke marhaban ni setahun sekali.. Biarlah i nak cantik cantik pun.. Takkan nak selekeh selekeh kan.. 

Lagipun mmg aku mcm ni, kalau keluar rumah mmg kena cantik cantik barulah ada keyakinan diri yang tinggi gituuuu

Eh ni mcm kat rumah biras i je ni hihi masa ni dah separuh perjalanan marhaban hari pertama.. Dah agak letih.. 

Ni mcm masih pg lg, masih bertenaga lg haha



Masa ni dah kat rumah last, rumah sepupu Lan.. So mmg saja stay lama sikit boleh bergambar.. Tak ramai yang stay, semua pun sedara mara.. Dua dua ni biras kesayangan aku.. 

Letih sangat dah time ni, nak bantal nak tilam je.. Perut pun dah kenyang sangat asek makan.. 

Bila duduk nampak lah bulatnya aku mcm mana kan



Ramai ramai yoooo

Sebelah tu my mak mertua







Haaaa awak nak cakap saya gemuk eaaaaaa

Takpelah gemuk pun, bawak 1 nyawa dalam perut hihi

Eh ni gambar pagi lagi, terkandas sebab hujan lebat.. Kenapa ploles sangat muka i tu? 
Hari pertama marhaban habis dalam pukul 3.30 petang.. Balik tu aku terus kemaskan rumah sebab mana nak sempat kemas lepas dorang masuk rumah aku tu kan.. Mmg aku tinggal je.. Balik mandi segarkan badan terus pergi rumah mak aku nak ambik anak anak. Rindu dah budak berdua tu..

Malam tu mmg lepak habis aku.. Suruh Lan urutkan kaki.. Lenguh n sakit sangat sebab dok berjalan je kan turun naik rumah orang.. Malam tu aku masuk tidur awal sebab mmg letih sangat.. Pulak tu esoknya nak sambung marhaban lagi..

Pagi esoknya tu aku bangun mcm biasa.. Tapi aku tak hantar anak anak pergi rumah mak aku.. Takut lambat.. So Lan yang hantar lambat sikit..

Ok layan gambar hari kedua marhaban pulak...

Masa ni semua org dah keluar dari rumah ni untuk pergi ke rumah seterusnya tapi kenapa aku malu malu kucing pulak tu hahahaha

Ni kat rumah pakcik Lan, abg kepada bapak mertua aku.. Bersama biras kesayangan hihi

Yana dadut.. Sikit sikit panggil Dhia, apa Dhia pakai semua pun dia nak jugak suruh ibu dia beli sama hahaha




Hello baby inside.. Masa ni dah 26weeks pregnancy tapi perut tak berapa nampak pun



Tak nampak kan perut?

Bab posing serahkan saja padaku hihi



Baju jubah ni saiz 40 tapi besar.. Yang penting selesa je pakai masa pregnant ni


Nak nyanyi lagu Negaraku ke tu? 

Comel tak perut kita? 
Muka tu bukan main lagi.. Panas silau mata bukan sebab marah tu haha


Rumah ni luas tak banyak perabot, laju laju posing kat sini

Tapi budak gendut pun sibuk nak join posing sekali

Bila gendut takde, kita berangan lah posing mcm mana pun

Kat sini makan nasi lauk kampung tapi makan sikit je sbb dah kenyangggggggg

Gendut mengganggu lagi nampaknya


Dari kerana mataaaaaaaaaa


Bukan main seronok biras aku Kak Lin dok snap banyak banyak kali sampai tepu dah nak posing cmne lagi

Marhaban hari pertama susah nak posing kat luar rumah sebab hujan gerimis sepanjang hari

Jadi marhaban hari kedua ni bila cuaca panas ting ting suka la kitaaaaa

Boleh posing dekat luar rumah dengan langit yang memutih

Walaupun pinggang tak berapa nak ada shape hahahaha

Lantak lah gambar dah tunggang langgang

"Bila kita nak habis posing ni woi penat lah hahahahahahahaha"


Bila ada org tegur asek bergambar je








Ooooo aku syak akak sepupu aku ni pakai apps kamera beauty la kot.. Gambar dari kamera dia ploles habis muka aku #JanganTertipu


Dasat begitu sekali plolesnya muka aku kan
Marhaban hari kedua habis awal sikit belum pukul 3 dah siap.. Balik terus mandi n rehat kejap sebab Yana gendut ikut balik rumah aku pulak.. Layan dia kejap, pukul 3.30 baru gerak ambik anak anak.. Lepak jugak malam tu, Lan urut kaki n bahu sebab terasa lenguh semua nak tercabut pun ada..

Malam tu terus tidur awal paksa anak anak tidur awal jugak sebab esoknya tu nak gerak beraya JB pulak.. Mmg pack jadual raya aku sebab tu kena cuti seminggu baru cukup..

Ok dah tu je cerita marhaban tahun ni.. Tahun depan dah ada baby, Lan la kena jaga baby hihi

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers