Followers

Saturday, 30 July 2016

Marhaban Raya Kampung Sungai Gersik 2016

Setiap tahun, kumpulan marhaban wanita Kampung Sungai Gersik ni tak tentu bila akan dibuat. Macam tahun ni, raya ke 10 & 11 (Jumaat & Sabtu). Kaum kaum ibu ni kalau hari bersekolah tu mmg sibuk nak ambik anak sekolah, nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju. Wah banyak tugasan kaum kaum ibu ni kan? Respect! So sebab tu kena pilih hari tak bersekolah supaya senang dan tak terkejar kejar.

Tapi macam aku yang bekerja sektor swasta ni susah sikit lah sebab tak sama cuti dengan kerajaan. Terpaksa ambik cuti Jumaat n Sabtu tu. Setahun sekali kan raya? Takpelah pejam mata jelah banyak cuti bulan raya ni. Total aku ambik cuti masa bulan raya ni ada 7 hari. Cuti tahun berapa sangat je lah baki, nak sampaikan hujung tahun pun tak cukup.

Seperti biasa aku bawak Dhia je, Danial pulak pagi pagi Lan dah hantar ke rumah tokmak sebab dia pun kena kerja. Bukan aku taknak bawak Danial tapi susah nak handle 2 orang anak, nak bawak motor lagi. Danial pulak baru baik demam kan, so tak payah lah bawak sebab cuaca pun panas membahang boleh tahan hari tu.

Dhia terpaling suka lah kalau bab bab beraya ni. Macam mak dia jugak lah, lagi lagi bila marhaban ni mmg dapat makan sedap sedap. Boleh dikatakan setiap rumah akan diberi makan. Melompat lompat lah usus perut aku hari tu. Aku jamah setiap makanan dalam setiap buah rumah, bila nampak yang sedap je mulalah rasa nak menambah tapi nasib baik cepat sedar diri. Bulan puasa beriye iye la makan nasi sikit bagai, sahur pun banyak makan roti je tapi turunnya 2kg je. Tapi bila raya je dalam masa 2 hari tu kot dah kembali ke berat asal. Punyalah sakit je hati aku ni tengok.

Pasal marhaban ni takde lah cerita sangat, nak share gambar yang banyak dalam folder ni. Lagi 1 mcm aku cakap, kalau tahun depan aku dah lupa marhaban tahun 2016 ni bila waktu kejadiannya, so boleh aku belek balik blog ni. Ni aku tak tipu sebab aku ni senang lupa. Raya tahun ni aku dah lupa dah raya 2015 marhabannya bila. Nasib baik ada aku letak dalam blog ni, automatik terus ingat bila baca balik. Hiksss


Dimulai dengan gambar budak gendut ni. Nur Faiqah Dayana, nama manja Nana or Yana. Gendut boleh tahan, aku pernah try nak dukung mmg tak berangkat langsung woih.. Dhia pun lebih ringan dari dia. Umur dia baru 2 tahun lebih.


Oh anak daraku ni mmg suka bergambar dan berposing. Serah je kat dia macam mana nak bagi senyuman paling manis bila berdepan dengan kamera. Maybe sebab masa pregnantkan dia dulu kan aku dah start sawan bergambar, asek la nak selfie n ambik gambar. Masa Danial mmg aku anti kamera, boleh dikira je kot berapa keping je gambar aku masa mengandungkan Danial. Maybe sebab tu kot Danial pun tak suka bergambar. Maybe.. Maybe... Bila difikirkan mmg tak mustahil je kuikui


Nanan n ibu. Geng baru aku Kak Ida, biras kesayangan jugak haha... Kak Ida sefamily baru je pindah duduk kampung lepas suaminya (abang sulung Lan) pencen dari komando. Sebelum ni duduk dekat Kem Iskandar Mersing. Sebelum pencen dah buat rumah siap siap dekat kawasan rumah kitorang tu jugak, berdepan rumah aku. So lepas Kak Ida dapat pindah sekolah, terus balik duduk kampung. Biras aku ni cikgu sekolah rendah.


Eh kakak Dhia lagi? Hihihi


Ni je lah ahli geng marhaban kami tahun ni. Tahun 2014 berlima, tahun lepas bertiga, tahun ni tinggal berdua je sobsobsob tapi takpe jangan sedih sedih walaupun berdua tapi hasil kami bergambar mmg tidak mengecewakan. Aku pun rajin nak snap gambar orang. So bila ada Anom ni senang aku berangan bergambar macam macam gaya masa marhaban ni. Orang lain tengok pun meluat kot hahahaha setiap rumah kalau boleh nak bergambar. Eh tu semua kenangan tuuuu

Biras aku, Kak Lin tahun ni tak dapat join sebab dia kan ada baby. Baru 4 bulan, sama baya anak akak aku si Wafiy tu lah, lahir pun beza 2 hari je. Wafiy lahir 10 Mac 2016, anak Kak Lin Amanda lahir 12 Mac 2016. Sebab tu berkurangan geng tahun ni, tinggal berdua je ni ha. Kak Ida tak suka bergambar pulak hihi

Bila tengok balik gambar kat atas ni apesal scary sangat ketembaman muka aku tu? Bulat bukan main lagi.


Mintak tolong akak sepupu ambikkan gambar kitorang pulak. Dak Dhia tu perangai dia skrg mmg pantang nampak aku nak bergambar. Mesti dia kena ada sekali. Aku nak bergambar sorang kena dia leka dulu kalau tak nanti bising bising kenapa tak ajak Dhia ambik gambar. Pening i taw dengan anak dara ni, mmg dah kenan ibu dia sangat ni tak boleh nampak kamera :p


Kakak iparku, Kak Lia yang dekat tiang tu dengan anak dia Auni. Eh kelihatan Nana ndut di sebalik pokok itu. Cari apa tu Nana?




 Sawan kamera a.k.a sawan monopod hahaha
Tengok la Dhia tu, ada je di mana mana aku nak bergambar berdua dengan Anom pun tak kasi can.



Time ni kat rumah sape ek, aku takde time ni rasenye sebab balik rumah kejap nak sediakan apa apa yang patut, sebab kumpulan marhaban dah nak sampai ke rumah aku time ni. Sebab tu aku suruh Anom bawakkan Dhia kejap, tak payah ikut aku balik. Ada anak sedara Anom ni si Suhana, ok je Dhia ikut Anom. Aku tak bagi apa apa makanan, hidangkan kuih raya je sebab rumah aku dah last last jugak time ni. Confirm perut semua orang dah tak boleh masuk. Kak Ida, Kak Lia n mak mertua aku bagi makanan pun luak sikit je.

 


Mari semua pandang sini ready 1 2 3


My mak mertua.. Kiss sikit mak hihi
Ko tengok Dhia yang kat belakang tu, kan dah ku bilang dia tak boleh aku nak bergambar


Hai Nana, banyak tak collect duit raya tahun ni?



Maafkan kami yang tengah berangan di tengah jalan raya yang lengang, di bawah pancaran sinar matahari yang lit lit panasnya. Lepas je ambik gambar ni, Dhia merajuk sebab aku tak ajak dia sekali haahahaha aku dok tahan gelak je tu sebab orang orang kampung "dah mcm model dah tu" hahahah kasi can lah kakak kakak makcik makcik


Kenapa makcik makcik kakak kakak cakap begitu? Kan saya dah tergelak beso mendengarnya kahkahkah

Dah aku malas nak menaip lagi, tengok je lah gambar gambar sekitar marhaban ni. Cekidout bebehhhh

 

 

Aduh ada makcik yang tengah mengambil kasut cucunya pulak kat belakang tu.. Maafkan saya makcik sebab saya malas nak crop









Sibuk pulak anak buah Lan kat belakang tu photobomb. Time ni kat rumah mertuaku. Orang dah gerak ke rumah sebelah, kitorang ape lagi ambik gambar banyak banyak lah







 


 
 
 


Aku dapat follow marhaban hari Jumaat je sebab hari Sabtu ikut famili aku beraya rumah makcik pakcik aku (adik beradik mak aku) dekat JB pulak.

Ok raya JB buat entry lain walaupun tak banyak pun gambar.

Byeeeee!

Friday, 29 July 2016

Rutin Tahunan Raya Keempat

Setiap tahun pada hari raya ke 4 ni mmg hari famili aku berjalan raya dari pagi hingga ke petang. Kadang kadang terlajak sampai ke magrib jugak. Tapi sekarang dah pandai sikit lah adjust masa supaya kalau boleh sebelum magrib nak kena sampai rumah dah.

Sebelum tu nak cerita raya kedua n ketiga aku.
Raya kedua n ketiga ada marhaban kampung, raya kedua aku duduk rumah je dengan Dhia n Danial sebab marhaban masuk rumah aku ada 3 trip, marhaban lelaki dewasa, marhaban budak lelaki n marhaban budak perempuan. Sampai ke petang jugak aku menunggu kumpulan marhaban ni semua masuk rumah aku. Jarak masa diorang tu sangat jauh ok. Marhaban lelaki dewasa sampai rumah aku pukul 2.30 petang tapi marhaban budak perempuan (trip last) sampai rumah aku hampir ke pukul 4 petang. Tersengguk sengguk aku tahan ngantuk tunggu dorang sampai.

Raya ketiga Lan masih marhaban lagi, so aku mengambil kesempatan balik rumah mak aku, ikut kumpulan marhaban kat sana. Kampung mak aku sana raya kedua marhaban lelaki, raya ketiga marhaban perempuan. Yang ni takde asing asing dewasa n budak budak, jadinya senang sekali harung je kan tak macam marhaban kampung aku tu. Dhia pulak pagi pagi pukul 8.30 adik aku dah datang ambik dia. Aku datang kemudian sebab tunggu Danial bangun dan aku kemas kemas rumah sikit. Gerak ke rumah mak aku pukul 10.30 jugak hahaha




Eh gambar gambar kat atas ni masa beraya ke rumah parents tunang adik aku kat Muar. Malam raya kedua tu. Letak je lah sini buat kenangan di masa hadapan hahahaha
Tu baby Wafiy yang sangatlah behave tak buat perangai langsung, beraya panas panas pun dia rilek je tido. Dapat kat aku mmg kena kenyam kenyam je budak ni. Asal aku cium je dia menjerit lah. Gerammmm tengok babyyyyyy



Esoknya raya ketiga tu marhaban kampung mak aku. Ulang balik pakai baju malam tadi sebab tak kotor pun dan aku malas nak mengiron baju lain hahaha nak cepat n pantas sarung je baju malam tadi. Sekali tengok balik gambar ni, lakkk adik aku pun sama ulang pakai baju malam tadi, tudung je lain hahahaha
Bersama kakak dan adik aku. Kitorang bertiga ni jelah anak perempuan dalam famili yang ada 9 beradik.


Budak Wafia mata sepet yang dah besar n banyak kerenah ni. Ni pun sama aku geram nak kenyam kenyam jugak. Kalau aku ada, dia terus lupa daratan dah tak ingat kat bonda dia. Asek lah ikutkan mana aku pergi, nak ibu nak ibu.



Tu diaaa wanita wanita jelita Kampung Parit Begelen. Aku je yang menyibuk tetibe sesat ikut marhaban sini padahal dah bermastautin Kampung Sungai Gersik :p
Takpe time ni lah baru dapat nak berjumpa orang orang kampung lamaku hihi

Ok dah habis cerita pasal marhaban. Kita kembali ke tajuk asal. Nak cerita pasal ceritera raya keempat hari tu. Raya ketiga lepas marhaban tu aku tak terus balik. Aku lepak lagi kat rumah mak aku sampai lah pukul 12 malam. Tapi aku malas nak tidur rumah mak aku, balik jugak tengah tengah malam tu. Rumah dekat je pun, jarak rumah 10 minit je. Malas nak tidur rumah mak aku sebab malas nak mengangkut ngangkut tilam bantal selimut. Dah abang aku 1 famili n kakak aku 1 famili pun balik, mmg tidur bersepah sepah je lah selalunya. Tu pasal aku malas tidur sana, Lan ajak tidur sana jugak senang katanya sebab pagi pagi raya keempat nak berjalan raya lagi. Takpe, kang aku kunci semua jam kat hp tu kalau tak sedar jugak mmg tidur mati namanya hahaha

Pagi pagi subuh lagi aku dah bangun cuci baju sidai baju dulu sebab nak berjalan raya 1 hari suntuk kang menggunung baju kotor dalam bakul. Dah siapkan semua dah iron baju anak beranak, aku kejut sorang demi sorang. Gerak ke rumah mak aku pukul 8.30 pagi jugak, ok la tu sedang elok. Sarapan pun kat rumah mak je senang. Ada lemang n rendang ayam pedas. Nyamsss

Tapi bila sampai rumah mak aku, baru sebahagian je yang dah siap, yang sebahagian lagi belum siap. Mmg aku laungkan jeritan bergemaan terus. Terus masing masing laju laju bersiap. Gitu gini gerak dari rumah mak pukul 9.30 pagi jugak. Macam tahun tahun sebelumnya, kita akan pergi ke Kluang, Simpang Lima, Batu Pahat n Parit Sulong. Total ada 4 buah rumah je tapi sebabkan jarak rumah ke rumah tu jauh + jammed, makanya seharian jugak baru siap semua.




Setelah beberapa kali bidikan, maka terhasil jugak famili foto kami ni. Tengoklah Danial tu, susah betul nak di ajak bergambar. Untung ni dia nak jugak duduk sama, kadang tu panggil dia taknak datang pun.
Kalau Dhia pulak mmg mesra kamera sangat. Dalam hp kitorang laki bini ni berapa banyak gambar Dhia selfie syok sendiri, macam macam mimik muka dia gayakan.
Eh eh baru perasan, tahun lepas masa bergambar kat kerusi ni pun aku pegang botol susu hahaha




Ok kita lepaskan anak anak bermain, kita beraksi menggedik berdua pulak. Umpama pengantin baru? Bukan? Ok aku mmg suka perasan sendiri. Kuikuikui
Lan tu kalau aku tak paksa mmg tak hinginnya dia nak bergambar ni. Mmg semua lelaki mcm ni ke? Hello kalau tak ambik gambar, takde lah kenangan untuk tahun seterusnya. Gambar berdua je ada berbelas keping hahaha Lan layankan je jugak. Awas kalau tak nak tengok mulut aku muncung boleh buat sangkut hanger.


Aku heret Lan bergambar dekat sini pulak mihmih
Dia cakap "tak habis lagi ke?" Hahahaha rumah atok sedara aku ni mmg cantik, kalau boleh setiap sudut rumah dia aku nak bergambar. Ko tengok la muka Lan tu muka dah malas je nak melayan hihi


Bersama kakak iparku. Tengah mengandung 3 bulan tapi kemanakah perut dia? Flat mcm tak mengandungi apa apa je. Awal tahun nanti inshaAllah bertambahlah anak buah belah aku. Bermakna akan mak ayah aku bakal dapat cucu ke 7.



Tak berjaya memujuk Danial untuk bergambar bersama sama! Gggrrrr bersilat aku nak suruh dia duduk diam diam tapi last last tak berjaya jugak.



Tak puas hati, tengah bz bermain tiba tiba aku tangkap ajak bergambar.


Ni lah my atok sedara. Comel kan? Actually wife dia adik beradik dengan nenek aku (belah mak). Kiranya mereka ni je lah atok sedara yang masih ada. Selagi masih ada ni mmg kita tak pernah lupakan untuk datang ziarah di hari raya. Dua dua dah tua dah pun tapi alhamdulillah masih sihat.


Uncle Zaha n Ucu


Dhia pun sibuk nak bergambar dengan moyang dia. Hiksss tu kakak ipar aku yang mekapkan dia, suka bukan main. Kang kejap kejap tanya lipstik dia ada lagi tak, celak dia ada lagi tak. Takut sangat mekap hilang hahaha


Dengan moyang n tokmak. Pisyooo masih trademark Dhia bila bergambar.


Patutnya gambar ni last sekali sebab ni beraya kat rumah last sekali, mase ni jam dah pun menunjukkan pukul 6.45petang. Depan sekali baju n tudung merah tu bakal ahli baru famili kami.
Dak Dhia baru bangun tido, nak baring kat riba ibu je sambil makan pulak tu hahahaha tengok tangan dia dalam balang kuih raya.


Lantok sana gambar dah tunggang terbalik


Wafia yang menjakun dengan monopod hahaha


Macam mana cerita dia ni bila Wafiy yang baru 4 bulan lagi besar dari Dhia yang berumur 6tahun? Geram betul dak Wafiy niiii nak kemammmmmmm


Dhia dengan Ucu yang selalu tak sebulu hahaha




Berasa macam tak cukup panjang je monopod ni hihi


Auntie I dengan Uncle Zaha kesayangan dak Dhia n Danial. Ada 2 orang ni mmg masing masing taknak kat aku dah.

Dah tu je gambar yang boleh dikongsikan. Yang lain semua gegar lah, blur lah. Ni pun rasanya dah cukup banyak ni aku share dalam ni. Ok next raya senang kalau lupa tahun ni punya raya, godek je dalam blog cari label tag Syawal confirm terus ingat!

Lepas ni nak share cerita marhaban pulak.. Sorry, raya dah nak habis tapi tak habis lagi cerita raya hehehe

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers