Followers

Monday, 28 April 2014

Mealshakes Shaklee Merawat Ekzema

Lama berminggu minggu dah kot aku nak cerita tapi pending je kan masuk dalam draft.
Baru taip tajuk je padahal. Hahaha


Ok, Danial start amalkan shaklee ni sejak bulan lepas, Mac.
Tarikh yang sebenar benar dia start amalkan adalah 10 Mac 2014. Hebat tak memori aku sekuat ini? Haha. Ingat sebab berdasarkan pesanan wassap yang aku hantar kat akak Akmalina yang jualkan produk ni pada aku. Kalau tak mmg langsung tak ingat.

Aku dah banyak dah baca tentang kebaikan produk shaklee ni.
Harga berbaloi pada aku sebab bukan sebulan je boleh bertahan, ni dah dekat 2 bulan dah ni still ada lagi. Bukan ke itu sudah cukup menguntungkan?


Dhia pun aku bagi jugak minum mealshakes ni.
Campurkan dalam susu mereka. Cuma 1 scoop je aku masukkan sbb tu boleh tahan lama.
Eh mmg akak Akmalina pun cakap 1 scoop sahaja 1 hari sekali sahaja.
Dhia masa mula mula aku campurkan mealshakes ni dalam susu dia, bukan main asek cakap sedap mcm aiskrim. Bila dah lama lama ni dia pun dah malas asek nak cakap sedap, tapi laju je habis sebotol. Selalu payah sangat nak habiskan 4 oz susu tu.
Skrg ni sekejap je dah licin.. Lepas tu boleh tahu pulak susu dicampur dengan mealshakes ni atau tak. Kalau susu yang tak bercampur mealshakes, lambatnyaaaa dia nak habiskan.. Lain la Danial, dia pedulik ape ada campur ke tak, sekali jalan 8oz licin. Susu habis je meraung. Hoih budak lelaki kan mmg camtu..
Ye lah, sehari sekali je kan, selalunya aku campurkan dengan susu bila dorang nak tidur je sebab siang kan aku keje, takut atok mak dorang lupa pulak nak campurkan hehe
.

Tapi aku syak mmg sedap kot mealshakes ni, bau je dah sedap dah.
Mau tak sedap, vanilla kot.. Mesti lah sedap kan..
Tak pernah pulak aku teringin nak try rasa ke apa, sbb tu tak tahu sedap ke tak.
Anak anak aku lebih memerlukan, aku khuatir kalau aku cuba cuba rasa dan terbukti sedap, mampuih tak sampai sebulan dah habis. Hahaha aku ni pantang kalau benda sedap sikit, boleh ketagih.

Sebenarnya beli mealshakes ni untuk nak merawat ekzema Danial selain nak menguatkan sistem pertahanan badan dorang. Alhamdulillah mmg bagus sangat sbb dulu anak anak aku rajin demam, sekarang ni lama dah tak demam. Syukur..
Aku nak cuba kurangkan penggunaan ubatan hospital, dan mmg aku tengah mencari produk luar yang boleh merawat atau mengurangkan ekzema.
Tak kira lah untuk minum ke makan ke mandian ke or whatever lah janji boleh merawat ekzema.
Dan kebetulan kak Akmalina ada PM bertanya tentang ekzema Danial.
Lepas aku baca testimoni dan kebaikan produk mealshakes shaklee ni, aku pun berkobar kobar nak bagi anak aku try.

Bila dah dapat je, malam tu jugak aku terus bancuh susu campurkan mealshakes ni.
Aku tak sabar nak tengok perubahan pada dia bila dah minum mealshakes ni.
Mmg la ko takkan nampak perubahan sekelip mata, so kena sabar la nak lihat perbezaan.
Ecehh aku ni cakap je pandai padahal aku pun tak sabar sangat nak lihat perubahan pada kulit Danial tu.

Alhamdulillah lebih kurang 2 ke 3 minggu mcm tu try produk ni, nampak perbezaannya.
Sebelum ni dua dua pipi Danial kering n kemerahan, kalau sekali pandang mcm bentuk kurap pun ada sebab mcm membulat gitu, tapi itu sbnrnya adalah ekzema.
Lepas je minum mealshakes ni, alhamdulillah pipi dah soft, tak kering lagi. Merah dah hilang. Aku jadi happy sangat!

Permukaan kulit dekat pergelangan tangan n siku n belakang lutut pun dah cantik sikit dah skrg.
Tapi mmg ekzema tu still ada cuma berkurang dari sebelum ni.
Kalau sebelum ni mmg teruk sangat mcm berkuping pun ada sebab ekzema ni mengeringkan kulit, kawasan kulit tu tak berfungsi normal mcm kulit lain, sangat sensitif dan akan jadi terlalu gatal bila kulit jadi dry.
Sebab tu kena rajin sapu pelembap supaya kulit tak kering.

Bawah ni adalah gambar sebelum dan selepas mengamalkan mealshakes.
Yang atas tu gambar sebelum, bawah gambar selepas.




Nampak? Nampak tak perbezaan itu? Tak nampak?
Sape yang tak nampak barangkali rabun orangnya. Haha
Ye nampak kan perbezaan kulit Danial? Dah cantik dah lepas amalkan minum mealshakes. Dah berkurang dah ekzema dia.
Yeahhh suka sangat perubahan positif ini.
Jangan ada yang salah anggap pulak nanti. Aku tak kata mealshakes boleh hilangkan ekzema, aku cakap boleh mengurangkan je.
Tapi mungkin boleh jugak hilang ekzema tu kalau teruskan pengambilan n konsisten, siapa tahu kan?

Buat ibu atau bapa di luar sana yang ada anak ekzema, boleh lah try bagi mealshakes ni.
InshaAllah ekzema tu akan berkurangan. Kite sebagai parents mesti nak yang terbaik untuk anak anak kite kan? Kesian kalau anak ekzema ni sebab ekzema tu gatal, aku pun tak sampai hati tengok Danial kalau menggaru sana sini, tu pasal sampai luka luka kawasan ekzema tu sebab dia menggaru je.

Ahad ni ada appointment dengan pakar dermatology hospital, harap harap semuanya ok je.

Oh ye selain tu aku jugak beli sabun pure collagen marine essence untuk mandian dia.


Beli seketul je dulu ha try bagi dia pakai. Aku pun pakai jugak buat pencuci muka, best jugak sabun ni.

Ok itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Nanti kalau rajin akan update lagi.

Muahhhhh!

Monday, 21 April 2014

Anak Sulong Selalu Redha Dengan Perbuatan Adiknya

Amboi bukan main panjang lagi tajuk aku kan. Tapi aku tak yakin aku boleh menaip panjang atau tak sebab tujuan utama nak share gambar 2 beradik ni je. Haha

Danial tu kan mentang mentang kakak dia jenis yang buat tak tahu je kalau dia buat apa apa pun, selamba the rock je dia tu taw. Kadang kadang kakak dia tengah minum susu, dia main ambik je susu kakak dia n dia minum tanpa rasa bersalah. Kakak bukan reti nak ambik balik, menangis je la yang dia tahu.

Kalau kakak dia hisap pacifier pun sama dia ambik dekat mulut kakak dia tu dia masukkan dalam mulut dia. Tapi selalunya dia akan campak semula sebab pacifier kakak jenis leper tu Danial tak suka. Danial punya jenis bulat cherry tu. Geleng kepala n senyum je aku tengok aksi 2 beradik ni. Dah pandai dah bergaduh berebut mainan bagai.

Ok ni gambar agak lama, aku baru reti nak share sebab baru nak merajin update blog. Haha


Ewah kedek kedek je adik berjalan menuju ke arah kakak ye..


Sampai ke kat kakak dia, sedapppp je dia menongkat kat kepala kakak tu. Haha suka hati korang lah nak janji bahagia. Kakak dia mmg takkan marah ke ape, dia diam je lah. Nampak sangat sayang dekat adiknya. Hihi

Monday, 14 April 2014

Takde Tajuk Sesuai Haha

Assalamualaikummmmmmm.. 

Fuhh fuhh tiup tiup habuk.. Banyak dah habuk sana sini siap ada sarang labah labah bagai. Kesian blog kesayangan dah semakin terabai nampaknya. Kekangan masa dan ketandusan idea lalu menyebabkan aku terpaksa menganak tirikan kamu sementara waktu ini wahai blog tersayang. 

Sebelom sebelom ni pun sama terabai kan? Bila dah rajin nak update tu, mmg ada je benda yang nak diupdatekan walaupun sekadar jalan jalan sekitar taman permainan ke, makan kat luar ke. Laa ni bila dah takde mood + mmg jarang bergambar lately, so mmg payah aku nak update blog tersayang ni. Kadang kadang bila dah bukak tapi tak tahu nak cerita apa lepas tu tutup semula dan blogwalking je lah baca blog orang lain. 

InshaAllah aku akan cuba untuk up entry walaupun sebulan sekali. Hahaha sebulan sekali ok bukan seminggu sekali atau sehari sekali. Kalau ada gambar boleh aku update. Sebab kalau update entry takde gambar mcm tak seronok kan? Banyak gambar aku share dekat instagram je skrg ni. Sebab instagram cuma perlu caption pendek je tak mcm blog ni nak kena menaip panjang panjang. Takkan letak gambar lepas tu letak 2-3 ayat je kot? Mmg tak patut la pun kan? 

Owh alang alang aku update ni meh aku nak upload sekali gambar anak anak kesayangan aku yang dah besar dah pun. 



Kakak Dhia yang bakal menginjak umur 4 tahun September nanti. Ya Allah rase sekejap sangat mase berlalu. Tibe tibe dah nak sekolah dah tahun depan. Kat sini budak budak umur 4 tahun kebanyakkan dah masuk tadika kemas dah. Tapi aku tak sekolahkan lagi anak aku sebab aku rase dia masih kecik. Biarlah dia puas dulu bangun lambat, main dengan adik dia etc. Lagipun belum masuk 4 tahun lagi kot? Ikut tahun mmg lah dah 4 tahun kan. Dulu pun aku 6 tahun baru sekolah, ok je. Ikut pada ibubapa masing masing sebenarnya. Kan? So next year baru kakak Dhia sekolah. Berdebar aku nak sekolahkan dia. Sekejapnya dia dah besar.. Taip ni sambil bergenang airmata sebab tak sangka anak yang aku lahirkan dah besar.. Syukur ya Allah.. 



Danial dah pun menginjak setahun 6 bulan. Lari dah laju dah. Suka kakak dia skrg ada kawan main ball. Tapi adik belum pandai sepak guna kaki. Adik selalu ambik ball lepas tu baling je kat kakak. Seronok tengok 2 beradik main sama sama. Tunggu adik besar sikit mesti lagi seronok bual sama sama kakak dia nanti. Alooo tak sabar tunggu waktu tu! 

Friday, 11 April 2014

Bakti Seorang Anak Kepada Kedua IbuBapanya (Cerita Tauladan)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. 
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". 
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. 

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. 
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. 

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. 
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. 

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. 

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. 
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." 

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. 

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. 
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers