Aku ni takde la jenis hari hari masak. Ye lah aku kan keje, kadang kadang tak sempat pun rasa nak masak. Biasanya aku akan selang selikan dengan kerja rumah lain. Contoh kalau hari isnin aku dah masak, selasa aku basuh kain baju, rabu masak lagi. Begitulah seterusnya tapi kadang kadang 3 hari ke 4 hari berturut turut jugak masak sambil basuh kain baju. Aku mmg tak basuh baju hari hari pun, kumpul stok 2-3 hari terus senang basuh sekali arung tak membazir air. Hehehe
Ni masakan sepanjang minggu lepas.
Biasanya mmg akan masak sayur untuk budak budak makan. Buat kuah lebih sikit, suka la diorang makan. Yang kat atas ni letak sikit isi ayam. Aku biasanya masak sayur, aku bubuh serbuk pati ikan bilis tu. Sedap terangkat rupanya. Korang cubalah try letak sikit masa masak sayur. Aku masak sayur biasanya cuma hiris bawang putih n merah je, pastu tumis sampai naik bau, aku bubuh serbuk pati ikan bilis tu, masukkan air n garam sikit n bubuh sayur. Siap!
Ayam masak sambal. Ni aku try masak pakai cili boh siap kisar tu. Tak kena lah dengan tekak aku. Tak sedap pada aku lah. Sebab aku dah biasa kisar cili sendiri kot. Ni saje je try beli yang kecik tu kot kot sedap, dah tak payah aku nak kisar cili sendiri. Tapi rupanya tak sedap, warna pun tak cantik. Lebih baik aku kisar sendiri cili lagi puas hati.
Ni aku masak masa hari ahad tak silap. Sebab kan tak keje, waktu panjang sikit aku nak masak yang renyah renyah. Mcm nak masak asam pedas ni nak kisar cili dulu bagai, siang ikan. Kalau masak di waktu keje tu maknanya dah ada cili kisar n ikan dah siap siang. Hihi
Masakkan sayur kailan tumis air. Cara masak sama je mcm sayur atas. Gitu je lah cara aku masak sayur. Kalau nak best sikit aku bubuh ikan bilis sekali. Ni buat berkuah sebab anak anak aku nak makan nasi tak berkuah kang tercekik camne. Takkan nak bagi kuah asam pedas kan? Haha
Makan asam pedas mmg sedap digabungkan dengan telur dadar.
Lepas tu pulak ada petai. Perghhh terangkat mabeles gila makan dengan nasi panas panas n oren juice.
Yang ni sambal bilis petai. Ada petai lagi yang sebelum layu baik aku masak je. Senang je ni, kisarkan cili padi ikut tahap kepedasan masing masing, 3 batang lada merah, bawang merah 4-5 ulas n bawang putih 2-3 ulas. Lepas tu tumis je la bahan kisar tu sampai cili betul betul masak. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing, masukkan garam, gula n ajinomoto sikit n last sekali masukkan petai.
Ayam masak kicap. Kalau ada lebihan ayam goreng, aku akan masak kicap atau masak lemak cili padi. Tapi yang ni ayam goreng baru. Bukan lebihan semalam punya. Dah takde idea nak masak apa, masak kicap je lah senang n mudah. Hihi
Dah tu je yang ada dalam phone ni. Dulu rajin gila kot aku ambik gambar masakan aku. Skrg ni malas dah. Kalau ada ni pun sebab kebetulan je hp ada kat meja dapur sekali. Hahaha
Ok dah upload dalam blog, boleh padam dah gambar gambar ni dekat hp tu. Banyak noo gambar berat jadinya memori.
No comments:
Post a Comment