Followers

Saturday, 12 May 2012

Berebut Mainan Je Kejenya

Anak dara aku tu kan, kalau bab makanan, dia tak kedekut. Kalau bab mainan ke harta benda dia ke, dia punyalah kedekut tak bagi orang lain pegang atau pinjam. Memang sangat menjaga harta benda dia terutama semua permainan dia. 


Ok tu takpe lagi lah sebab dia tahu rasa sayang pada harta benda dia. Yang buat ibu geram, bila nampak mainan org lain pun dia buat mcm harta dia jugak. Tak bagi tuan punya permainan tu main sekali. Kalau permainan tu fun n best, dia lagi suka. Kalau permainan tu tak fun, dia pun tak nak. Eksen woooo..


Kejadian ni dah lama, aku pun dah lupa bila. Dia bergaduh dengan kakak sepupu dia berebut mainan pancing2 ikan tu. Walhal kat rumah pun ada. Atau mungkin dia fikir itu permainan dia n dia tak bagi orang lain main? Konpius ibu taw.. 


Mula2 kakak sepupu dia main permainan tu. Fun kan sebab ikan tu pusing2 siap muzik. Padahal dekat rumah pun Dhia ada tapi tak main sangat, cepat bosan dia tu. Nampak org lain main, dia pulak yang sibuk.


Rampas! Siap bagi renungan tajam kat kakak sepupu dia tu. 


Bila kakak sepupu dia ambik semula, tengok Dhia menjeling. Geram lettew.


Ok Dhia rampas semula! Kesian atuk buyut jadi penyelamat keadaan bila 2 org cicit bergaduh berebut mainan. 

Siap jerit2 2 org sepupu ni. Neng ale ibu la tiap kali main mesti nak gaduh berebut2. Tapi bila dah baik, amboi siap peluk2, kiss2. Kanak2 kan.. Mmg begitu pun. Sekejap gaduh sekejap baik. Tapi kakak sepupu Dhia lagi ganas, siap main tarik2 rambut tuuuu. Dhia dah kalah, menangis je lah yang dia mampu.. Funny lah uolls ni.. 


Wednesday, 9 May 2012

Gila Tempe

Sila jangan salah faham dengan tajuk entry di atas. 


Anak dara aku tu ha.. Suka benar dengan tempe. Lagi2 lah tok mak dia mmg pengusaha tempe, ape lagi dapat makan tempe free, suka dia. Tapi tidaklah selalu. Bila mana dia nak je dia akan mintak n makan.





Tempe yang belum dimasak atau belum digoreng lagi dia suka makan. Makan begitu sahaja. Jangan risau, tidak akan sakit perut. Kacang tempe tadi sebelum dibungkus sudah pun direbus sampai masak. So tiada istilah risau anak sakit perut. 


Aku pun tak pasti sejak bila Dhia suka makan tempe ni. 


Ada 1 hari tu nak ajak dia balik, asek lah bising "Pepee.. Pepeee" (baca = tempe). Mula2 mmg tak paham ape benda yang dia cakapkan. Tanya mak aku, mak aku kata "Oh dia nak tempe la tu". Mak aku ambikkan sekeping, terus dia makan. Siap cakap "Dappp dappp".




Anak n cucu jawa lah katakan. Mmg lidah pun suka makanan berunsurkan jawa ni. Aku pulak lagi suka tempe goreng. Kalau buat masak lain aku tak berapa suka. Suka yang digoreng n dicicah pulak dengan sambal kicap. Mmg terangkat! 


Ok balik nanti boleh lah angkut tempe beberapa keping n bawak balik digoreng. Lama dah tak makan tempe goreng. :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers