Sebelum ni sangat susah nak suruh anak aku ni duduk diam2 bila aku tengah masak. Asyiklah nak berdukung aje. Letih mak taw! Mujur lah skrg lepas ada beli tong kecik untuk isi air bersih bila mana kecemasan air paip tak keluar, so bila aku masak, aku dirikan dia dekat situ, nanti dia mainlah senduk sudu mangkuk aku semua. Janji diam sudah. Kena pandai2 bagi dia diam bila kita tengah masak.
Kalau dah kita nak masak dia nak berdukung je, kan susah. Lagi 1 bahaya percik2 minyak panas ke apa ke kan. Not good not good.
Gaulkan resepi |
Lainlah kalau ayah dia ada kat rumah atau dah balik kerja, kita bagi je ayah dia layankan sekejap bila si ibu memasak. Kerja memasak pun jadi mudah n pantas.
Tapi bila anak dara tu berdiri atas tong tu n nampak apa yang ibu dia buat, dia nak jugak. Ibu kupas bawang, dia nak jugak. Ibu potong bawang, pun nak jugak. Sudahnya, bawang yang sudah dikupas aku bagi dia, kalau tak dengarlah dia terjerit2 mintak "Nak nak nak!!". Boleh jadi pekak kalau dibiarkan dia menjerit begitu.
Bu pisss buuuu.. Amboi sejak pandai buat peace, aseklah peace.. |
Aku kena bagi bawang yang dikupas kerana hari tu mak aku cerita, dia nampak mak aku kupas bawang, dia nak jugak, mak aku bagi bawang yang belum dikupas, sekali dia sedap mengupas sampai habis botak bawang tu. Dari besar jadi kecik! Membazir.... Kalau bagi bawang yang dah dikupas, dia cuma main2 masuk dalam mangkuk gaul2 je takde kupas2 sampai jadi kecik bawang tu. Haha
Ok, berbalik kepada tajuk utama, ada 1 hari tu dia nak aiskrim, asyiklah berdondang kat telinga aku "Ais ais ais".. Dia panggil aiskrim tu ais. So aku bagilah dia. Mujur ada stok lagi sikit dalam peti ais tu. Dalam masa yang sama dia nak main bawang pulak. Oleh kerana aku malas nak melayan n perut dah lapar nak cepat siap masak n makan, aku bagilah jugak bawang tu.
Leka punya leka memasak, bila aku toleh , eh anak dara aku tengah 'masak' resepi istimewa yang tak pernah lagi dibuat orang.
Disebabkan aiskrim tu pun tinggal sikit n bawang yang dimasukkan ke dalam mangkuk berisi aisrkim tu pun tak banyak mana, maka aku cuma ckp "Dhia masak apa ni?".. Boleh dia jawab "Dap cak" yang bermakna "sedap masak".. Oh, nak kata masakan dia sedap lettew....
Bila bapaknya balik..... "Ya Allah apa yang adik buat ni? Ibu ni bukan nak tengok anak buat apa".. Reaksi aku? *menjeling saje*
Sape suruh balik lambat. Walhal habis kerja dah lama, dia duduk kat kedai kopi borak dengan kawan2 dia lettew. Mencik!
Oleh itu, ayah kena denda mengemas apa yang anak dara dia dah sepahkan. Hehe
Lauk yang aku masak hari itu.. Ikan belukang masak asam pedas. Walaupun comot sane sini, rasenye sangat ohsem! |
Entry ini tiada penutup. :p