Followers

Wednesday, 31 May 2017

Majlis Pernikahan 10 Mac 2017

Sebenarnya adik aku kahwin bulan 3 yang lepas. Mula mula mmg awal awal nak masukkan dalam blog tapi sebab busy dengan kerja hakiki, mmg tak sempat nak jengah blog. Nak blogwalking pun tak sempat. Ni pun curi masa sikit masuk sini. Kalau tak sampai ke tahun depan pun langsung tak masuk blog.

Bukan apa, bagusnya blog ni sebab di masa akan dtg kita boleh baca semula. Hari tu aku tengok entry 5 tahun lepas, baru dapat ingat ooo aku ada ke sini, ooo anak aku dulu perangai mcm ni. Haaa gitu.. Sebab bukan semua moment kita boleh ingat dalam kepala ye tak?

Adik aku ni umur betul betul bawah aku setahun. Tapi badan dia lagi besar dari aku. Sejak kecik mmg dia lagi besar, kalau pegi mana mana semua cakap dia abang aku adik. Padahal......

Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 10 Mac 2017 lepas sembahyang Jumaat. Rombongan kami sebanyak 8 kereta. Tengok gambar jelah ye..

Rombongan baru tiba

Barang hantaran hasil sentuhan kakak aku

Pengantin dah dupdapdupdap

Kaum wanita duduk dalam. Aku bertudung hijau tua itu

Sign borang nikah

Menunggu tok kadi

Mas kahwin dengan rantai tangan untuk batal air sembahyang

Sign jangan tak sign

Menunggu saat ijal qabul

Pejamkan mataaaa

Pejam jugak



Dah halal
Berbelit belit pulak gelang itu


Mak ayah pengantin lelaki aka mak ayah aku 

Mak ayah pengantin perempuan

Lepas nikah wajib lah salam tangan suami kan 

Yang ni pun same hihi 

Lepas nikah biasalah ada jamuan makan untuk rombongan pengantin. Lauk kampung, sedap sangat. Aku makan banyak kot boleh habis. Langsung takde hati nak ambik gambar ke ape. Sebab tu lah takde gambar adik beradik dengan pengantin masa nikah ni hahahaha

Bila dah kenyang terus beransur pulang. Lagipun dah petang dah lepas asar dah pun time tu. Balik rehat sebab esoknya pulak majlis bersanding.

Eh tu je ek ceritanya? Hahahahaha maklum lah dah 2 bulan berlalu, ada yang aku da lupa dah pun. Ok next entry majlis bersanding.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers