Followers
Friday, 25 July 2014
Aidilfitri Yang Kian Tiba
Di sana apakah ertinya Syawal
Tangisan dan rintihan tiada henti
Alangkah hibanya di Aidilfitri
Buminya mekar ambal duri
Ya Allah sungguh sayu hati bila mana lihat gambar gambar "Gaza Under Attack". Bila mana ramai kanak kanak dan insan tak berdosa terkorban akibat sifat kejam pihak rejim zionis.
Sungguh aku tak boleh pun lihat gambar gambar kekejaman mereka. Kalau kat FB cepat cepat aku scroll down. Kalau boleh tak nak tengok langsung! Di mana sifat perikemanusiaan? Keamanan sejagat? Kasih sayang antara makhluk? Ya Allah lindungilah hambaMu yang tidak bersalah. Mereka punya hak untuk hidup di atas muka bumiMu Ya Allah. Aamin!
Monday, 7 July 2014
Dugaan Ramadhan
Dugaan di bulan Ramadhan dtg dalam pelbagai bentuk..
2 Ramadhan - Balik kerja pukul 5 start kereta tak boleh, tunggu suami datang bawak jumper sampai 5.45 ptg.. Balik singgah bazar beli lauk sebab tak sempat dah nak masak. Ok still boleh start kereta n singgah kedai runcit beli lauk basah untuk stok. Masuk kereta semula tak boleh start lagi. Nice.
3 Ramadhan - Naik motor pulak pergi kerja. Mase balik, baru keluar simpang office tetibe motor mati. Start2 tak hidup jugak. Time ni kurang sikit dah pahala puasa aku sebab *&%$^* huhu. Call suami tunggu dia datang sampai 6.30 ptg sebab dia kerja. Rupanya minyak tersumbat. T____T
7 Ramadhan - Dapat tahu baju raya pertama aku yang sepatutnya sedondon dengan anak tak dapat siap. OMG. Hantar awal (bulan 4) sebab nak siap cepat tapi akhirnya begini jadinya. Baju anak anak dah siap. Ambik kain semula tapi mmg dah takde tailor yang nak jahit lagi. Sedih gile kot sebab lace pun dah beli nak tampal kat baju. Terpaksa cari baju ready-made.

Thursday, 3 July 2014
Resepi Scrambled Egg Potato Super Sedap
Hahahaha masuk bakul angkat sendiri.
Tapi mmg sedap ok. Aku rasa sikit pun mcm nak lagi tapi sebab pecahkan 2 biji telur je, so aku rasa sesudu je la. Alhamdulillah anak anak aku pun suka makan, laju je bila aku suap. Cuma Danial je yang menguji kesabaran sikit kalau suap dia makan. Sebab dia jenis suka kemam makanan dalam mulut, nak suap dia 1 mangkuk nasi tu dekat setengah jam.
Ok resepi ni terjadi bila mana aku bosan bagi anak aku menu yang sama je. So aku try lah masak something different yang dorang tak pernah makan lagi. Tengok kat dapur ada telur, mayonis, brokoli. Stok sayuran dia kebetulan dah habis, tinggal brokoli je.
Bahan :
Telur (ikut suka nak pakai berapa biji)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Brokoli (nak guna sayur lain pun ok je mcm lobak ke bunga kobis ke)
Kentang (ikut suke jugak nak letak berapa)
Mayonis (aku guna thousand island)
1/4 kiub ayam
Garam
Cara :
1. Mula mula sekali tumbuk bawang sampai hancur dan masukkan dalam periuk kecik yang dah diisi air.
2. Pastu letak atas api, tunggu dah menggelegak sikit, masukkan kentang yang dah didadu kecik kecik.
3.Agak agak dah empuk sikit, masukkan pulak telur. Kacau je sebab kita taknak jadi telur tu bercantum. Paham tak? Kita nak telur tu jadi hancur so kena kacau.
4. Then masukkan kiub ayam n garam sikit.
5. Masukkan brokoli yang dah dipotong kecik kecik. Macam aku, batang dia aku tak masukkan. Just ambik bunga dia je. Eh bunga ke tu nak panggil? Haha janji korang paham.
6. Bila semua dah lembut n dah masak, kentang tadi tu lenyek sikit bagi dia hancur sikit. Matikan api. Then letak sesudu mayonis. Gaul rata n tinggg dah boleh hidang bagi anak.
Sedappppp. Kalau bubuh ayam pun boleh jugak takde masalah. Nanti nak try buat letak ayam pulak.
Arghhh tengok gambar ni pun dah terliur. Puasa kan.

Scrambled Egg Potato Super Sedap |
Zoom in |
Arghhh tengok gambar ni pun dah terliur. Puasa kan.
Wednesday, 2 July 2014
Sah Ke Puasa Kalau Lewat Mandi Wajib?
Perkongsian.. Aku copy dari FB..
Ada yang menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk.
Sah atau tidak puasa orang seperti ini?
Jawapannya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh “Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)