Followers

Saturday 17 January 2015

Pengalaman Pertama Bila Anak Masuk Sekolah

Lamanya tak menulis di blog sendiri. Ada je cerita nak dicoretkan tapi bila taip je padam balik, taip tajuk je lepas tu padam balik. Last last dia malas nak update entry, baca blog orang aje. Hahaha

Ni sebab pengalaman pertama, so nak catitkan di blog kesayangan..

Alhamdulillah my sweet lovely daughter, Dhia Fitriah dah masuk sekolah tadika. First day sekolah aku yang excited pagi pagi dah bangun. Sampai sekolah pukul 7.30 pagi, semua budak belum datang. So dapatlah duduk dulu teman Dhia sementara nak tunggu kawan kawan lain datang. Dhia sekolah dekat tadika kemas aje. Macam aku yang duduk kampung ni, mmg murah lah bayaran tadika kemas ni. Daftar masuk baru RM40, bulan bulan dalam RM15 tak salah aku. Pagi sebelum start belajar semua pelajar diberi sarapan. Pukul 10 pagi nanti makan berat pulak. So balik sekolah dia dah kenyang dah tak nak makan lagi, lepas mandi terus tido.

Hari pertama sekolah hari Ahad, aku mmg tak keje, dapatlah hantar dia ambik dia balik sekolah. Oh, lupa bagitahu. Negeri Johor kan sekolah hari Ahad - Khamis. Aku masukkan dia dekat tadika yang dekat dengan rumah mak aku sebab hari aku bekerja senang nanti balik sekolah mak aku ambik. Pergi sekolah aku hantarlah sebelum pergi kerja. Kalau sekolah dekat dengan rumah aku, takde sapa pulak nak handle dia balik sekolah nanti dah kami suami isteri bekerja kan.

Masa hantar dia pergi sekolah tu kami suami isteri yang hantar. Kononnya nak stay lah tengok mcm mana dia berkawan, boleh tak handle nak pergi toilet tu semua. Tapi bila satu persatu kawan kawan datang, dia buat tak tahu je dengan mak ayah dia ni kat pintu. Malah di bye bye kan aje kami. Hihi so senang begitu, terus aje kami balik tak tunggu lama lagi. Ada budak lain menangis pun dia just tengok je.. Aku dah takut kot kot dia pun sibuk nak berjangkit nangis sama. Alhamdulillah takde, aku cakap ibu balik dulu nanti ibu ambik kakak balik, dia angguk angguk n bye bye kan kitorang. Hihihi




3 gambar di atas ni masa hari pertama sekolah. Tu bawah sekali lepas cikgu bagi susun lego, dia dah tak nampak ibu ayah dia. Sibuk nak susun lego tu dengan kawan kawan. Bagus anak ibu ni tak menangis. Seronok sangat sekolah ye..


Yang ni hari kedua. Sebelum pembelajaran bermula, kena sarapan dulu. Biasanya dekat rumah aku dah bagi dia minum susu dulu. Sebab dah biasa kalau bangun tidur mesti minum susu. Takpe, susu kan elok jugak. Nanti dekat sekolah, minum milo atau horlicks, makan roti atau coco crunch. Habis pulak kalau dekat sekolah. Kalau dekat rumah, jangan harap dia nak makan sangat. Mungkin sebab ada kawan kawan ramai kan, so berselera lah dia nak habiskan makanan.



2 gambar kat atas ni pulak hari kelima (Khamis).. Amboii ayu gitu anak ibu duduk bersimpuh. Yang gambar atas tu pulak, sampai je sekolah terus suruh aku ambik gambar dia kat situ. Sebab masa hari pertama sekolah kan ada ambik gambar kat situ jugak. Dhia dan sign peace mmg tak dapat dipisahkan.. Hahaha

Semalam hari Jumaat pulak pagi pagi dah drama airmata. Masa nak hantar pergi rumah tokmak dia, dia nangis kat dalam kereta "Dhia kan nak pergi sekolah, kenapa Dhia tak pakai baju sekolah".. Aku cakap "Hari ni kan cuti, mana sekolah", eh makin mengalir laju airmata cakap nak pergi sekolah berkali kali. Sampai rumah tokmak still menangis.. Tokmak pujuk pujuk "Nanti hari Ahad Dhia sekolah ye, hari Jumaat n Sabtu tak sekolah, semua tak sekolah..".. Baru lah dia ok.. Hahaha tengah seronok kan pergi sekolah ada cikgu ada kawan kawan, tiba tiba pulak tak pergi sekolah. Bukan hari hari kena sekolah sayang.. Good girl anak ibu..

Apa lagi nak cerita? Haha aku rasa ayat aku dah tunggang langgang dah. Lama kot tak mengarang entry, ayat pun dah tak betul. HAHAHAHAHAHAHA

Tu jelah kot buat masa ni. Blank otak aku. Daaaaaaaaaaa

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers