Followers

Wednesday 27 March 2013

KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Monday 25 March 2013

Nasal Drops For Infants


Benda ni bagus sangat untuk baby yang selsema dan hidung tersumbat. Asalnya aku tak tahu pun benda ni wujud. Aku pergi klinik pakar check Danial selsema, doktor bagi benda ni. Doktor cakap kalau baby selsema atau hidung tersumbat, semburkan je benda ni dalam hidung nanti hidung baby akan selesa. 

Dia bukan macam penyembur taw, kira mcm kau tekan pemicit dia, akan keluar lah airnya. Kau tekan sekali, keluarlah setitik. Doktor suggest aku buh setitik je. 


Bentuknya bila cover dibuka

Yang ni aku beli sendiri kelmarin dekat farmasi sebab yang klinik bagi tu dah habis. My epok epok tu kalau malam mesti hidung dia mcm tak selesa, mcm susah dia nak bernafas. Malam kan sejuk, dia pulak aku tadahkan kipas sebab taknak dia berpeluh. Dia kan ekzema. Kisah ekzema akan aku ceritakan di lain entry. 

Jadi dia tak boleh berpeluh. Kalau berpeluh je mulalah timbul ruam ruam dekat muka dia, badan dia semua termasuklah tangan dan kaki. Tangan n kaki tu dekat depan siku n belakang lutut. Mcm kasar kasar kering kering gitu siap merah merah ruam. So malam malam tidur mmg aku tadahkan kipas kat dia, tapi slow je speed. Bila dah tadah kipas je, dada dia sejuk barangkali tu yang buat hidung dia mcm tersumbat ke ape ke kan. Tu pasallah aku selalu guna benda ni sembur dalam hidung dia. 

Aku lebih suka use this nasal drops sebab aku kalau pakaikan breath right dekat epok epok tu dia refuse ok. Mesti kejap je dah tercabut dari hidung comel die. Breath right tu pun aku potong 2 sebab kalau tampal terus mmg besar ok menutup matanya pulak nanti. Kalau potong 2 baru ok ngam. Ehhh ppssttt breath right tu pun kan tak boleh use under 3 ages. Aku baca dekat kotak dia. Hihi slumber je aku ni kan.

Sebenarnya, baby under 4 months adalah sangat tidak digalakkan makan ubat selsema ke batuk ke. Tapi aku mmg benganglah kan sebab sebelum aku pergi ke klinik pakar tu, aku ada pergi klinik swasta dekat tempat aku ni, doktor tu boleh kan bagi aku ubat batuk n selsema. Fine, aku pun bingai mmg tak tahu pun yang baby under 4 months tak boleh diberi minum ubat selsema / batuk. Dan percayalah, aku sudah pun bagi 1/2 botol kepada my epok epok... ~.~

Gila aku sungguh menyesal ok pergi klinik tu. Sesuka hati ko je kan doktor nak bagi ubat. Sebelum tu aku ada tanya, ok ke baby minum ubat selsema? Dia cakap ok je dia bagi dos rendah punya. Fineeeeeeeeeeeee aku pun bagi Danial minum ubat tu.. Bila aku pergi klinik pakar tu, doktor marah aku sebab masa tu Danial baru 2 bulan lebih umur dia. Doktor siap cakap aku bernasib baik sebab Danial masih ok lagi sebab kalau selalu bagi ubat selsema dekat baby, kemungkinan besar jantung dia akan berhenti berfungsi. Terus rasa mcm nk pitam aku dengar penjelasan doktor. 

Tak paham aku mcm mana doktor klinik tu boleh bagi aku ubat selsema untuk Danial. Haiyaaaakkkkk seram bila ingat balik ok. Sekarang kalau demam ke tak sihat ke, mmg aku terus pergi klinik pakar tu. Jauh pun jauh lah janji puas hati. 

Tuesday 19 March 2013

Anak Inspirasi Berblogging

Amboi siap ada perkataan inspirasi2 kau..

Ye memang benar, tujuan utama aku berblogging ni kerana nak catitkan perkembangan anak2 aku. Letak gambar2 mereka dari baby sampai besar. Itu yang sebenar-benar niat aku wujudkan blog ni. Dulu, aku ada blog lain. Sebelum aku kahwin lagi dah menulis blog tapi masih baru lagi, tak lama pun. Lagi pulak aku belum lagi fasih tentang penulisan blog tu semua.

Nak tengok blog lama aku ke? Bolehlah tengok kalau sudi. Klik sini

Lepas aku kahwin, mood nak berblog adalah zero. Aku pun tak tahu kenapa. Lebih2 lagi bila aku pregnant anak sulung. Sungguh nak menaip pun rasa malas sangat. Lepas dari tu, terus stop begitu saja.

Akan tetapi, selepas lahirnya anak sulung aku Dhia Fitriah, aku terfikir nak berblog kembali untuk anak2 aku. Jadi wujudlah blog ini, khas untuk anak2 aku. Tapi bercampur aduk jugaklah sekarang tentang kehidupan aku, tentang apa saja yang aku rasakan aku nak menulis dan kongsikan bersama. :)

Ada sesetengah orang berblog mungkin sebab minat menulis dan sebagainya. Aku ni nak kata minat menulis tu tak jugak, tapi kerana aku nak ada 1 medium untuk anak2 aku dapat membaca tentang diri mereka dari lahir sampai ke besar, aku rasa aku perlu buat blog untuk mereka baca di masa hadapan. Aku pun boleh baca jugak di masa2 akan datang.

Bila difikir2kan, bagus jugak aku buat blog ni. Contohnya masa aku bersalinkan Danial, aku repeat baca balik pengalaman aku bersalinkan Dhia.. Lebih kurang sama cuma aku tak melalui episiotomi kali kedua bersalin. Itu yang buat aku seronok. Boleh baca kembali benda2 yang lalu yang dah aku coretkan kat sini. Kalau simpan dalam kepala je, esok lusa ada harapan untuk lupa. Tambah2 lagi dah beranak 2 ni. Aku mmg kerap lupa. Apekah ini semua??

Sekarang ni suka sangat baca blog2 berkisarkan mak2. Suka baca blog ibu2 yang ada anak2 baye2 anak2 aku. Dalam masa yang sama boleh baca pengalaman ibu2 lain menjaga anak mereka. Setiap orang kan tak sama caranya.

Dua orang dah anak aku. Sampai bila agaknya mampu aku menulis di sini? Sampai anak 5 orangkah? InsyaAllah selagi terdaya, akan aku tulis dan menulis di sini. Catatan kehidupan aku.

Semoga anak2 ibu menghargai apa yang ibu buat untuk kamu. Ibu sayang anak2 ibu dunia akhirat. Amin..

Thursday 14 March 2013

Danial 5 Bulan

* Semalam nak post entry ni tak boleh, terus masuk dalam draft,  tak tahu apa masalah.. So hari ni baru aku dapat post *

Alhamdulillah hari ni genap 5 bulan usia anak bujangku yang debob2 tu. Danial ebob epok2 ibu. Hihi

Semalam dah ambik jab untuk 5 bulan punya. Kebal ko uollsssss, dia tak nangis pun. Ek ek ek je lepas tu dah boleh ketawa riang ria. Cume masa mula2 pegang tangan kaki dia nak bagi diam tu je mencabar. Dia ni jenis orang tak nak sapa2 pegang. Kalau kau pegang dia jugak, dia mcm "Pehal bro pegang2 gua". Begituuuuuu

Walaupun muke nak nangis, tetaplah epok2 ok
Lepas jab je terus hantar rumah mak sebab aku pun nak kena pergi kerja. Cepat2 bagi dia makan ubat demam supaya mencegah dari demam. Mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. Sebab nurse pun dah pesan injection ni boleh menyebabkan demam. Aku pun boleh lupe kan apa nama injection ni. Dasarrrr makan semut banyak. Puihh kat diri sendiri

Tapi alhamdulillah sejak dari kakak Dhia dia dulu, tiap kali injection mmg tak demam. Syukurrrrr sangat. Sebab sepupu sepapat dia tiap kali injection mesti demam. I pun scary ok kalau nak hantar pergi jab. Sebelum nak jab tu aku yang cuak siap tak nak pandang nurse cucuk jarum dekat peha mulus anak2ku. Tak sanggup ok. Umpama aku yang merasa sakitnya. Auuww aauuuww

Tak sangka pulak anak2 aku adalah jenis yang seperti bapaknya, amat kuat sekali. Kalau nangis pun kejap je. Eh nangis ke menjerit? Aku syak jerit je kot tak nangis sebab takde airmata. Nanti jerit "Aaaaahhhh" je lepas tu dah ok dah boleh ketawa main2 happy. Bagus nak bagus.. Jangan ikut mcm mak ekau ni, ape pon tak boleh. Sebab tu mase pregnant nak cucuk jari ambik bacaan hb tu aku mesti rase seremmmnye laaaa. Ape pun cannot lah mak ekau ni haaa... Hahaha

Eh mcm tersasar jauh dari landasan dah ni. :p

Oh my epok2.... 
Ok berbalik pada tajuk, hari ni 13 Febuari 2013, genaplah 5 bulan umur anak keduaku. Semalam timbang dah 6.6kg. Aku check-up dari pregnant sampai check-up anak ni dekat klinik kerajaan je pun. Ko paham2lah klinik kerajaan ni tambah2 lagi klinik kat tempat aku ni, pakai penimbang yang pakai hok besi pemberat tu haaaa. Tapi aku taknak percaya timbang berat pakai besi pemberat tu. Itu tipu ok. Hey hey hey hey aku tak percaya kamuuuuuu. Ye lah, baby dah lah tak diam dekat atas penimbang tu, nurse pun main agak2 je lah adjust besi pemberat tu. Aku percaya pada timbang berat yang jarum mcm jarum meter tu. Hari tu timbang pakai jarum meter tu dekat hospital (mase check dia batuk berkahak) berat dia adalah 7.1kg. So nak ikut mana 1 berat yang betul? Aku pilih yang jarum meter, 7.1kg. Hehehe

Tinggi dia aku lupelah pulakkkkkkkkkk. *pok dahi sendiri 80 kali*

Dia dah pandai meniarap! *claps hand*

Pandai meniarap sudah!! 
Meniarap ni sejak umur dia 4 bulan lebih dah pandai dah. Sejak pandai meniarap ni, aseklahhh nak meniarap. Time dia celik memang nak meniarap je lah keje dia. Kalau letak dia dekat rocker pun dia ngamuk2 taknak sebab tak boleh pusing meniarap. Stress mak dia ni kalau nak masak n time tu pak dia tak balik rumah lagi. Kakak Dhia dia tu tak boleh dipercayai ok. Kita suruh dia jaga adik dia, dia boleh menari oppa gangnam style je kan. Kang sedar2 je dah dengar adik dia menjerit2 sebab penat meniarap. Dia kan epok2 ebob, sebab tu cepat mengah. Sebab tu aku letak dekat rocker kat dapur tengok aku masak tapi pun dah tak hingin duduk dalam tu. Aiyooo acaner mak ko nak masak dengan cepat? Perut aku ni dah lah tak boleh lambat di isi. Dia boleh merajuk ok.

Pandai membebel bising dengan bahasa dia tu. Walaupun tak paham, tapi aku sukeeeeeee dia membebel versi bahasa baby dia tu. Sooo comeyyy. Kadang sampai basah2 baju dia sebab dia membebel. Membebel ke menyembur air liur tu aku pun kompius. Pandai ketawa jugak sekarang, Ko agah sekali, dia boleh ketawa berkali-kali ok. Tapi tak boleh selalu agah, takut tidurnya nanti mengigau.

Tengok ni, memang epok2 sangat kan dia ni?
Manje!
Yang ni amat diakui oleh semua orang di sekelilingnya. Kakak Dhia pun kalah ok dengan kemanjaan dia tu. Tambah2 lagi nampak tok mak dia. Ya ampunnn dia punya bising nak suruh tok mak angkat dia. Nanti bila tok mak dah pegang dah dukung dia, ewah ketawa2 lah dia tanda suka. Geram ok gerammmm. Kalau tok mak ada, dengan ibu pun tak nak. Mesti meronta2 kalau aku pegang, Kang hulur kat tok mak dia, terus senyap dan boleh membebel2 dengan girang. Cissss sabo je lah ibu ni tengok perangai awak tu taw!

Stokin sampai paras lutut tuuuu. Haha
Baju dia sudah banyak yang dah sempit. Aiyakkk nak kena mulakan misi menyoping baju dia ni. Kakak Dhia dia dulu rilex je pakai baju newborn sampai umur 5-6 bulan. Tapi mmg tak boleh bandingkan dengan kakak dia dulu sebab kakak dia halus je badan mcm mak dia jugak laaaa.

Tidur siang masih berbuai, tidur malam pulak selagi kakak dia belum tido, mmg jarang aku tidurkan bawah sebab kakak dia sangat bising ok suka jerit sana jerit sini, belum lagi ditambah dngan menari gangnam style dia tu. Nanti kang adik dia baru tidur sekejap, dah bangun pulak bila dengar kakak dia menjerit2. Tapi bila aku nak tidur, aku angkat dia turunkan bawah tidur sebelah aku. Oh Danial sangat suka tidur bawah ketiak aku. Hehehe

Ebob2 ibu ayah kakak Dhia
Dia sangat sukeeeeee mandi! Sejak baby lagi mmg dia tak nangis pun bila masuk dalam air. Bagus lah Danial ni. Tak mcm kakak. Dulu kakak baby2 mesti nangis kuat2 kalau masuk dalam air. Sekarang ni kaki dia pandai kocak2 air dalam besen mandian dia tu. Lepas tu mandi kena lama sikit, kalau kejap sangat nanti dia nangis. Sebab dia tak puas lagi main air. Danial, awak tu kecik lagi, cannot rendam dalam air lama2 nanti sejuk paru2 awak tu sayang. Sok dah besar sikit bolehlaaaaa rendam lame sikit.

Ape lagi ye? Tu je lah yang aku ingat. Bulan depan update lagi perkembangan terbaru dia. :)

Tuesday 12 March 2013

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu


Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Kau murahkanlah rezekiku untuk anakku. Amin!

* Amat berharap semoga aku dapat memberi susu badan untuk Danial sehingga dia berumur 2 tahun. Sedih kalau tak mampu menyusukan dia lagi. Sebab masa Dhia dulu pun mampu menyusukan selama 7 bulan je. Aku suka bonding semasa menyusukan anak aku. Sebab tu aku berharap sangat mampu menyusukan sehingga dia mencapai umur 2 tahun. *

Saturday 9 March 2013

Bila Dah Kusyuk

Kakak Dhia tu kalau dah tengok sesuatu cerita tu, amboi kusyuk bukan main. Yang paling dia suka tengok Upin & Ipin lah apa lagi. Aku syak semua budak pun suka tengok cerita tu kan. Alaaaa mak budak pun layan jugak tengok kan.. Tumpang sekaki dengan anak. *sebab aku pun begitu hihi*

Macam hari tu mak aku cerita, dia sungguh2 tengok cerita sinetron indonesia dekat tv, ada 1 babak tu budak kecik baya2 dia nak kena langgar kereta ke apa ke kan, budak tu nangis2, eh anak dara aku feeling lebih sangat, dia pun nangis jugak. Siap suruh mak aku pegi ambik budak dalam tv tu selamatkan budak tu. Aiyooo kakak over lah awak ni!


Dia memang begitu. Kalau tengok cerita suspen ke momok ke, sama jugak dia yang over taw. Kalau tengok cerita yang suspen tu, dia pulak yang rasa suspen nanti terjerit2 dekat aku pulak.

Kalau tengok kartun feveret dia tu lagi stress. Dah habis, dia suruh ulang lagi cerita tu. Cerita yang sama berulang2 kali. Aku ni siap dah hafal dah jalan cerita setiap dvd cerita Upin & Ipin tu. Memang koleksi dvd Upin Ipin yang banyak, ada laaa dalam 7 ke 8 keping dvd. Semua pun ayah dia yang belikan. Dan percayalahhh aku sudah menghafal jalan cerita semua dvd ituuuu. *claps hand*


Hari tu aku tengok cerita Juvana, amboi mulut dia jeeeeeeeeeee yang bising taw. Lagi2 bab yang dah nak last2 tu kan ada rusuhan dalam sekolah tu kan. Tapi bahaya bagi dia tengok sama cerita yang ganas2 ni sebab aku takuttt je kalau dia follow sama adegan belasah2 tu.

So sekarang ni aku ada jugak beli dvd untuk dia belajar. Yang belajar ABC 123 tu. Alhamdulillah dia suka dan dia ikut apa yang dvd tu tunjukkan. Terase mcm dah big big girl je my doter tu.


Ayah dia dah berangan je nak sekolahkan dia tahun depan. Tapi aku bantah sebab alahai kesiannya umur 4 tahun dah nak kena pergi sekolah. Tunggu umur dia 5 tahun lah baru aku sekolahkan dia. Maknanya 2 tahun dia sekolah dekat tadika, lepas tu darjah 1 aku nak masukkan dia ke sekolah cina. Memang berangan sangat sebab aku suka tengok anak2 melayu pandai cakap cina. Respek ok.

Tapi ape2 pun ni semua baru perancangan belum diketahui kenyataannya. Alahai kejap je dah membesar anak ibu ni. Patutlah sukeeeeeeeee je dia nak bantah apa yang aku cakap sekarang ni. Kalau aku cakap No, dia tetap Yes. Yang tu mmg stress sebab dia jugak yang nak menang taknak kalah. Ikut perangai ayah mmg lah begituuuuuuuuuuu kennnnnnnnnnnn. *mata ke atas*

Saturday 2 March 2013

Ekzema : Penyebab & Rawatan

Artikel yang aku copy dari web. Sesuai bagi aku yang mempunyai anak2 yang kulit sensitif + alergik. Danial skrg mengalami ekzema yang teruk. Jadi ini aku jadikan sebagai ilmu untuk aku menghadapi anak yang mempunya ekzema ini. 


Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 


Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah. 


Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin. 

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain. 

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit. 


Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif. 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar. 


Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 


Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu: 

• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. 

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan. 


Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba: 

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda. 

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan. 

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema. 

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk. 

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat. 

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 

Sumber : BabyCenter

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers