Followers

Tuesday 28 February 2012

Sampai Bila?


Entah sampai bila aku harus melayan perasaan ini.. Perasaan seorang wanita mengandung melalui trimester pertamanya.. Rasa tak selesa, malas, rimas, pening, panas, baran, emo.. 


Waktu bekerja pulak dah tak rasa mood datang. Badan di opis, jiwa n fikiran melayang entah ke mana. Tambahan pulak tekak aku ni tengah meloya, makanan pulak tak semua aku dapat terima. 4 hari sudah hanya makan mi hun sup sebab tekak tak boleh terima nasi. Semalam tekak dah tak mahu terima mi hun sup lagi.


Malam tadi pulak langsung tak makan, melayan kepala yang pening + tekak yang loya. Bau makanan pun dah buat aku nak muntah. Dan sudah 5 hari jugak aku tak masak. Mcm mana nak masak kalau bau tumis2 pun aku tak boleh nak hidu.


Rasanya masa mengandungkan Dhia dulu tak pulak mcm ni. Kandungan dah masuk minggu ke 10 baru aku mabuk2. Tapi masa mengandungkan Dhia dulu seminggu aku tak boleh bangun, angkat kepala je berpusing2 dunia aku rasa. Kena berbaring je, makan tak boleh, minum susu je. Kali ni pulak baru usia 7 minggu kandungan aku dah start loya n pening kepala. Makan pulak nak yang pedas2 je, manis2 aku tak tertelan. Milo pun aku dah tak boleh nak minum. Geli rasanya bila lalu kat tekak ni. 


Tapi skrg, makanan pedas ke manis ke aku dah tak tertelan pulak. Yang berkuah pun dah tak mampu nak telan. 


Ok dah takde idea nak membebel apa. Nak melayan badan n kepala. Letih + pening. 

Friday 24 February 2012

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi

Anak dara aku tu banyak betul ikut gen aku. Bukan gen apa, gen suka bergambar. Pandai pulak dia berposing mcm2 gaya. Eh kalah ibu mcm ni. Walhal ibu dia takde ajar pun gaya2 mcm tu. 

Senyumanmu mencairkan hati ibu

Ewah tak menahan bergaya sambil pegang jagung!

Bile perasan ibu ambik gambar, terus berikan reaksi

Sampai begini sekali bila nak ambik gambar dia


Amboi gaye gadis melayu :p

Gaye baring

Dah mcm nk bersilat dah ni ha

Alololo muke tu control!

Sejuk nengoknye

Show me your teeth 

Sepet2kan mate



Ewah bukan main posingnya
Skrg ni bila kita suruh senyum je, laju je dia buat mcm2 gaya. Ibu suruh senyum je, tapi dapat mcm2 gaya dari dia. Geram kadang tengoknya. 

Lepas dah ambik gambar dia, dia pulak sibuk mintak hp kita sebab dia nak ambik gambar sendiri. Terbalikkan hp tu n mulalah mulut dia "Nyum.. Nyum.." suruh diri sendiri senyum. Tapi tak pernah capture sendiri pun sebab dia belum tahu mcm mana nak on camera kat hp tu. 

Dah besar dah anak ibu ni.. Setahun 5 bulan dah.. Dah nak jadi kakak dah pun tak lama lagi.. Semoga menjadi kakak yang penyayang, bertanggungjawab dan bertolak ansur.. Amin.

Thursday 23 February 2012

Pembawakan

Mmg beginilah wanita mengandung, serba serbi jadi malas. Sebenarnya istilah yang tepat bukan malas tapi letih, penat, lemah. Macam tu lah yang aku rasekan sekarang ni.. Sejak dua menjak ni aku rase perubahan hormon dah mula terase. 


Pagi sampai ke waktu lunch aku rase loya, nk muntah tapi tak muntah, tekak pahit. Makanan pulak yang tertentu je aku boleh makan. Baru 7 minggu dah mcm ni.. Semoga aku tak seteruk mase first time pregnant dulu. Sampaikan ambik mc seminggu sebab langsung tak boleh angkat kepala, kena baring je. Bila bangun je berpusing2 dunia ni aku rasekan.


Ape yang aku start rase skrg ni, aku tak boleh nak dekat dengan suami, aku rase rimas sangat bila dekat dengan dia. Kalau dia nak peluk aku ke mesti aku rase rimas. Ada jugak pembawakkan budak mcm tu kan? Lagi satu, aku tak boleh telan makanan yang manis2. Mesti nak makanan yang pedas2. Aku makan roti jem coklat pun boleh loya nak muntah. Skrg ni beli roti sambal bilis je, baru tekak boleh terima. 


Dhia pulak skrg ni sangat amat lah super duper manjanya. Betul kata org, bila ibu mengandung, anak pun akan berperangai. Dhia skrg ni kalau aku nak masak ke basuh baju ke g toilet ke, dia mesti nangis, mesti nak berdukung. Tak boleh diletak. Ikut dengan ayahnya pun tak nak. Susah jugak nanti kalau perut dah membesar. Semoga Dhia memahami ibu nanti ye sayang. 


Bila kat opis pulak aku jadi malas. Malas nak buat kerja. Bangun pagi nak bersiap pergi kerja pun aku rasa malas sangat sampaikan ada cakap kat suami yang aku nak berhenti. Tapi aku kuatkan semangat, ini semua hanya pembawakan. Dulu masa mengandungkan Dhia tak pulak aku rasa sampai nak berhenti kerja. Mmg lain aku rase mengandung kali ni. 


Harapnya mase kakak aku kahwin minggu depan aku takdelah nak mabuk. Kalau tak susah. Rugi pun 1 hal. Tak dapat makan makanan sedap pulak nanti. Semoga aku diberikan kesihatan yang baik hingga saat melahirkan nanti. 


* Dah kena start minum susu anmum ni *

Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday 22/2/2012


Ibu no photo please! Amboi.. Tangan kotor dok main kuis2 lantai. Ish2.

Saturday 18 February 2012

Sama Ke?

Ye lah, bila pergi mana2 semua orang cakap muka Dhia ni banyak ikut muka ayah dia. Betul ke? 


Pandai Dhia senyum eh. Oppsss ayah sedikit seksi :p


Same ke? Iras tang mana? Mata? Hidung? Mulut? 


Yang aku nampak sorang putih, sorang malap. Ekekeke.. Sowie ye ayahnya, gurau kasar di petang hari. Tapi bila tengok gambar ni pun tengok mcm seiras kan. 


Ye lah, dah mmg anak si ayah kan, kalau ikut muka orang lain kang haru jadinya. Tak kisahlah ikut muka sape pun kan, yang penting Dhia anak ayah dan ibu. Rindunya kat Dhia. Mcm ni lah bila bekerja di hari sabtu. Sangat membosankan!

Friday 17 February 2012

Dhia Suka Donat

Donat big apple dia suka, kalau donat yang sira gula tu tak pulak dia suka. Kan ibu dah hairan. Kenapa big apple pulak yang awak suka? 


Tapi lepas diperhati baru tahu jawapannya. Dhia suka coklat + kacang! Kalau donat sira gula tu ada gula je, Dhia tak suka. Kalau bagi big apple ni yang perisa coklat atau kacang, 1 biji tu pun dia boleh habiskan taw. 


Dah habis separuh dah

Ngap!!

Dah comot2 dia pegang pulak kusyen tu. Dah comot sekali.


Makan sampai comot. Bukan comot di muka dan tangan sahaja, malah di baju, di lantai dan di kusyen. Biarlah comot janji dia suka. Maklum lah, dia ni dah lah punya susah nak bagi makan. Kalau makan pun punyalah sikit kuantiti yang masuk ke dalam mulut dia. Bila dia nak makan makanan yang mcm ni pun dah kira beruntung. Kalau bagi nasi mmg bercinta. Kecuali kalau bagi dia makan n suap sendiri, masuk jugaklah nasi tu dalam mulut dia. Kalau kita nak suap dia geleng2 kepala siap katup mulut tu. Geram!


Lagi 1 dia paling suka aiskrim. Makan air batu pon kegemaran dia. Ikut tabiat ibu dia lah ni. Benda2 yang mcm tu yang disukai. Aiskrim tu kalau bagi dia 1 cawan, dia mampu habiskan. Tapi ni dah lama dah dia tak makan aiskrim. Sebab stok aiskrim dah habis kat rumah tu. Kalau keluar makan pulak dia suke ambik air batu kat air kita dia dok kunyah2, kemam2. Naik ngilu ayah dia bila tengok. Hehe


Bulan depan ni ada appointment untuk inject n timbang berat Dhia. Bab timbang tu aku risau jugaklah kalau berat dia masih di dalam garisan kuning. Takut kena pergi jumpa doktor pakar nutrisi pulak. Dah sememangnya anak aku begini. Adeh. Bab inject plak aku risau sangat ni sebab dia dah lama tak kena inject + nurse cakap kemungkinan anak demam bila ambik injection ni. Lagi sekali, adehhhh. 


Harap2 Dhia ok2 je. Mcm nk pesan suami hantarkan lah, boleh buat buku merah sekali. :)

Wednesday 15 February 2012

Wordless Wednesday 15/2/2012


Lame gile x makan cendawan. Malam tadi masak banyak2 terus makan siap ratah2 je dengan dak Dhia. Sedap sangat!

Tuesday 14 February 2012

Alhamdulillah :)

Baru dapat perkhabaran gembira ini 2 hari lepas. 

Mengikut perkiraan aku, 6/2 yang lalu aku sepatutnya datang bulan. Tapi sampai ke hari Rabu tak jugak datang bulan. Aku mmg tak pernah lewat datang bulan, selalunya genap 28 hari mesti dah datang bulan. Mmg aku kalau datang bulan tak pernah lambat atau cepat, mmg normal kitaran 28 hari. Kalau datang bulan pulak aku akan tick kat kalendar opis ni, jadinya aku akan senang tahu bila waktu aku akan datang bulan lagi.

Bila dah lewat, mulanya aku risau kalau pregnant sebab ikutkan naluri dan hati, aku mmg belum bersedia menerima kehadiran org baru. Tapi bila aku beritahu suami, suami kata anak tu kan rezeki yang Allah bagi, kita kena bersyukur kalau betul Allah dah bagi. Tak perlu kita nak rasa risau atau takut. Tawakal je inshaAllah akan dipermudahkan segalanya. 

Lepas tu suami kata ada orang yang kahwin dah lama bertahun2 masih tak dikurniakan anak, lagi kesian. Betul jugak apa yang suami aku katakan. 

Hari Khamis aku buat urine test sendiri, nampak mcm ada 2 line tapi samar2. Bila aku ingat2 balik, mase aku pregnantkan Dhia dulu pun mcm tu bila lewat datang bulan 4 hari, mmg samar2. Dalam hati mmg dah kuat mengatakan aku pregnant. Tapi aku diam je dulu. Lagipun kami ni rancang sendiri takde nak ambik pil ke atau apa, so kemungkinan untuk mengandung tu sangat tinggi. 

Hari Ahad baru aku pergi klinik untuk kepastian yang sebenar. Ternyata kali ni mmg terang dan jelas 2 line itu. So aku disahkan hamil 3 hingga 5 minggu. 

Bila suami dengar, dialah orang paling gembira sebab dia mmg suka anak ramai, meriah bila berkumpul katanya. :)

Tapi aku dah pun beritahu suami, lahir anak kedua ni aku nak merancang betul2. Ada 3 pilihan iaitu masuk alat, makan pil atau rancang sendiri. Itu akan difikirkan kemudian nanti. Buat masa skrg ni fikirkan kesihatan diri dan anak dalam kandungan. 

Belum lagi scan, mungkin dalam minggu ni aku akan pergi scan untuk tahu kedudukan bayi samada dalam atau di luar rahim.

Semoga selamat dan sihat hingga melahirkan nanti. Amin.

Saturday 11 February 2012

Memancing

Cerita 3 minggu sudah.. Punya lama terperam. Lately ni aku malas sungguh nak menaip entry. Tak tahulah kenapa. Sebab tu lah buat entry pun pendek2 je. Semuanya kerana jari-jemari ku sudah menjadi femalas!

Sebenarnya tak rancang nak ikut ayah Dhia pergi memancing. Masa tengah sarapan dalam pukul 11 dia usulkan cadangan nak ajak aku ngan Dhia pergi sekali memancing dekat kolam ikan. Mulanya aku taknak ikut, tapi lepas asben bagitahu kakak dia ikut, aku pun ok ikut sekali. 

Pergi dalam pukul 3.30 petang, pergi petang2 lah best sebab redup. Tak best pun kolam memancing tu tapi bagi kaki2 pancing mcm asben aku tu, dah paling best lah tu. Bayaran untuk 3 jam lebih kurang RM25++. Tak berapa pasti pulak bayaran sebenar. Bayar lepas tamat masa memancing, boleh nak samung masa tapi kena tambah duit jugaklah. 

Masa dalam perjalanan nak pergi ke kolam tu Dhia tidur. Sampai dah tiba ke kolam memancing tu dia masih tidur takde tanda2 nak bangun. Maka aku pesan asben pergi je dulu memancing, aku tunggu Dhia tidur kat dalam kereta je. Nasib baik dapat parking kat bawah pokok, reduplah sikit. Aircond terpasang pun aku rasa panas. Dasar kulit buaya kan. :p

Tak sedar langsung

Tenung mukanya kala tidur

Lagi nyenyak
Tunggu punya tunggu Dhia tak jugak bangun sampai dah pukul 4.35 petang baru dia bangun. Terpinga-pinga dia mase bangun tu sebab tengok sekeliling lain tak mcm kat rumah.

Sebelum tu tukarkan lampin dia dulu then pakaikan bedak wangi2 sikat rambut semua baru pakaikan kasut n bawak dia ke tempat ayah memancing. Nampak ayah, mak uda n kakak2 sepupunya terus kegembiraan. Nasib baik dia tidur lama, kalau tak aku agak dia akan mengamuk sebab mengantuk.
  
Hana

Hani

Bangun tidur mamam limau


Ayah dan pak uda 
 Sementara tunggu ayah memancing, aku dok ambiklah gambar budak kecik ni kan. Bukan main lagi dia berposing. Dah pandai bergambar dah skrg ni uolls. Kalau kita suruh senyum, dia akan sepet2kan mata dia tu konon2 dah paling cun lah tu. Geram aku tengoknya. 

Sepetkan mate bila kita suruh senyum

Posing membongkok 

Bukan main lagi dia ye

Suka je Dhia ada kakak2 sepupu dia

Dhia funny lah posing!
 Dalam mase 3 jam memancing tu, banyak jugak hasil pancingan. Asben cakap tak bayar pun sebab hasil pancingan tu dah over daripada amount yang perlu dibayar selama 3 jam memancing tu. Sebab ikan tu jual balik, pemunya kolam akan masukkan semula ikan2 tu ke dalam kolam. Tapi kakak ipar aku siap bawak balik 3 ekor, so maknanya mmg banyaklah ikan yang dapat dipancing hari tu. Semuanya pun ikan keli je. Dalam tu banyak ikan, tapi aku syak tuan punya kolam banyak letak ikan keli je. Mase tengah memancing tu ada sorang budak cina ni dapat ikan siakap besar betul. Aku cakap dekat asben aku, kalau dapat ikan siakap tu jangan jual balik, kita bawak balik masak 3 rase.. Pehhh sedap!

Ikan keli yang dipancing

Besar gile! Aku pun geli kalau nak makan. 

Banyak ikan 

Ibu pun nak gambar tame2
 Kakak sepupu Dhia 2 org ni mmg suka sangat kat Dhia. Kalau dia datang rumah mesti Dhia Dhia Dhia. Dhia tu je lah masalahnya merimas kalau org peluk2 dia. Kakak sepupu dia ni pulak sikit2 nak peluk, sikit2 nak dukung. Sampai menjerit2 anak aku. Kelakarlah mereka ni. 

Dhia tu rimas dipeluk

Ni bukan posing sayang, ni rukuk :)

Baru reti nak senyum :p

Mak uda Dhia

Tetaplah membongkok konon posing lah tu

Sampai mencangkung-cangkung

Comel!
Balik dalam pukul 6.40 petang gitulah. Sampai rumah ngam2 maghrib. Minggu ni nak jenjalan mane pulak ye? :)

Wednesday 8 February 2012

Wordless Wednesday 8/2/2012




I AM BERRY SWEET :)


Alamak dah sweet tapi tidur mulut nganga pulak :p

Tuesday 7 February 2012

Dah Macam Baby Boy

Bila aku pakaikan romper + seluar pendek, dah mcm baby boy pulak aku tengok anak aku ni. Dah lah rambut mmg lah nipis, mmg nampak kelelakiannya. 





Tapi aku suka je pakaikan dia romper ngan seluar pendek. Sebab aku rasa dia comel bila pakai mcm tu. Hehehe

Kalau rambut dia panjang, aku rasa tak nampak sangat mcm baby boy kan? 

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers